MENGENAI JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan adalah di antara jabatan-jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab selaku Competent Authority bagi Bandar Seri Begawan melalui kuasa Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Brunei Penggal 57.

Jabatan ini ditubuhkan dalam Tahun Masehi 1921 dikenali sebagai Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) bagi melaksanakan peruntukan Undang-Undang Lembaga Kebersihan yang telah berkuatkuasa dalam bulan Januari 1921 sebagai Enakmen 10/1920 yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan dan memberikan perkhidmatan kepada kawasan perbandaran. Dalam Tahun Masehi 1935 nama Lembaga Kebersihan ditukar menjadi Lembaga Bandaran apabila Undang-Undang Lembaga Kebersihan diubah menjadi Undang-Undang Lembaga Bandaran menurut Enakmen 20/1953. Manakala Perintah Tetap (Standing Order) bagi Majlis Mesyuarat Lembaga Bandaran, Brunei ditubuhkan dalam Tahun Masehi 1963 sebagaimana kenyataan S. 97/1963.

Dalam Tahun Masehi 1972 satu perubahan baru telah dibuat kepada Lembaga Bandaran dan Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan apabila Jabatan Bandaran dijadikan satu Jabatan tersendiri yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran yang juga menjadi Pengerusi Mesyuarat Lembaga Bandaran.

 

Misi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan “Memantapkan Pengurusan Perkembangan dan Kemajuan Bandar Seri Begawan”

 

Visi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan “Menjadikan Bandar Seri Begawan Sebuah Bandaraya Maju Setanding dengan Bandaraya-Bandaraya Dunia”

 

 

| Back |
 

 

Copyrights Reserved © Jabatan Bandaran - BSB