Melawat Brunei Darussalam

Pada umumnya semua orang dari luar negeri yang hendak masuk ke Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki mempunyai Visa, kecuali warganegara Brunei di samping pasport yang sah sebagiamana dinyatakan di bawah Bab 3(1) Akta Pasport.


Visa Melawat

Visa adalah kebenaran untuk melakukan perjalanan ke negara ini dicatitkan ke dalam pasport seseorang asing yang memohonkannya, oleh Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau pihak yang diberi kuasa olehnya.


 

SENARAI WARGANEGARA NEGARA-NEGARA YANG DIKECUALIKAN VISA

 

BIL.

WARGANEGARA

LAWATAN TIDAK MELEBIHI

1.

Malayasia

30 Hari

2.

Singapura

(Perlaksanaan keperluan visa bagi warganegara Malaysia dan Singapura bagi lawatan melebihi 30 hari belum lagi dilaksanakan)

30 Hari

3.

Indonesia

14 Hari

4.

Thailand

14 Hari

5.

Philippines

14 Hari

6.

United Kingdom

i)    British Citizen

ii)   British Subject Citizen yang dalam passport mereka mempunyai catatan ‘Subject has the right to abode in the United Kingdom’

30 Hari

 

7.

Canada

14 Hari

8.

France

30 Hari

9.

Japan

14 Hari

10.

South Korea

30 Hari

11.

Switzerland

14 Hari

12.

Liechienstein

14 Hari

13.

Netherlands

30 Hari

14.

Belgium

30 Hari

15.

Luxembourg

30 Hari

16.

Maldives

14 Hari

17.

Germany

30 Hari

18.

Denmark

30 Hari

19.

Norway

14 Hari

20.

Sweden

30 Hari

21.

United States of America

90 Hari

22.

New Zealand

30 Hari

23.

Republic Islam Iran (Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi sahaja )

30 Hari

24.

Vietnam

14 Hari

25.

Laos

14 Hari

26.

Myanmar  (Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi sahaja )

14 Hari

27.

Spanyol (Spain)

30 Hari

28.

Italy

30 Hari

29.

Kesultanan Oman

30 Hari

30.

Kingdom of Cambodia (Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi sahaja )

14 Hari

31.

Peru

14 Hari

32.

Poland

30 Hari

33.

Republic of Ireland

30 Hari

34.

Austria

30 Hari

35.

Emiriyah Arab Bersatu

30 Hari

36.

Republik Slovakia

30 Hari

37.

Republik Hungary

30 Hari

38.

Republik Rakyat China/People Republic of China (Pemegang Pasport Diplomatik, Pasport Rasmi dan Pasport Perkhidmatan [Services] sahaja )

14 Hari

39.

Republik Czech

30 Hari

40.

Republik Slovenia

30 Hari

41.

Republik Ukraine (Pemegang Pasport Diplomatik, Pasport Perkhidmatan (Services) dan Pasport Rasmi sahaja )

14 Hari

42.

Finland

30 Hari

43.

Greece

30 Hari

44.

Cyprus

30 Hari

45.

Malta

30 Hari

46.

Portugal

30 Hari

47.

Estonia

30 Hari

48.

Lithuania

30 Hari

49.

Latvia

30 Hari

50.

Iceland

30 Hari

51.

Romania

30 Hari

52.

Republik Bulgaria

30 Hari

   

VISA ON ARRIVAL

1.

QATAR

14

2.

AUSTRALIA (Single/Multiple Entry Visa)

30

3.

BAHRAIN (Single/Multiple Entry Visa)

30

4.

KUWAIT

30

Nota : 30 hari bagi 25 buah negara Kesatuan Eropah (EU)


Jenis Visa Melawat

Tempoh Memproses (semua jenis visa melawat)

  • 3 Hari Waktu Bekerja

Bayaran Visa Melawat (semua jenis visa melawat)

  • Untuk sekali perjalanan - B$20.00
  • Kemasukan Berkali-kali ke Negara ini - B$30.00(KURANG DARI 3 BULAN),B$50.00(LEBIH DARI 3 BULAN)

Visa Melawat (Professional/Business)

Untuk memohon visa tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya melalui bahagian Visa Lawatan dan Diplomatik di Tingkat Satu Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat saja.


Dokumen yang perlu dibawa bersama:

  • Pemohon hendaklah mempunyai pasport yang sah tidak kurang dari 6 bulan tempoh mansuh sebelum masuk ke negara ini
  • Surat Penjamin yang menyatakan sejauh mana dia mengetahui latar belakang yang dijaminnya itu dan juga menyatakan dengan jelas akan maksud kedatangannya ke negara ini
  • Dua keping gambar ukuran pasport

Visa Melawat (Jangka Pendek/Sosial)

Untuk memohon visa tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonan dengan sendirinya melalui Kedutaan atau Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam (di luar negeri)

Dokumen yang perlu dibawa bersama:

  • Pemohon hendaklah mempunyai pasport yang sah tidak kurang dari 6 bulan tempoh mansuh sebelum masuk ke negara ini
  • Tiket penerbangan pergi balik atau ke negara lain
  • Dua keping gambar ukuran pasport
 


|| Berita Terkini | Mengenai BruINR | Struktur Organisasi | Melawat | Bekerja | Menuntut di Brunei | Dokumen dan Pasport Perjalanan ||

|| Pendaftaran Kebangsaan | Laman Imigresen Lain | Maklumbalas ||

|| Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenai Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Berkaitan ||