saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/08/2004

Pembukaan LPT hari ini dekatkan KL - Kuantan

KUALA LUMPUR 31 Julai - Pembukaan secara rasmi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa pertama kepada orang ramai bermula pukul 6 petang esok dijangka menjadi pilihan terbaru laluan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Pengarah Lembaga Lebuh Raya (LLM) Wilayah Timur, Ir. Abdullah Hashim berkata, selain keselesaan, LPT turut memendekkan jarak perjalanan kedua-dua destinasi tersebut.

``Untuk perjalanan dari Karak ke Gambang, jarak kedua-dua destinasi itu dapat dikurangkan hingga 15 kilometer, manakala Kuala Lumpur-Kuantan dikurangkan empat kilometer berbanding laluan biasa.

``Kita menjangkakan tempoh perjalanan juga dapat dikurangkan kerana LPT menawarkan laluan yang selesa dan lurus.

``Tempoh perjalanan dari Karak ke Kuantan menggunakan LPT mengambil masa kira-kira dua jam manakala dari Gombak, Selangor pula yang biasanya memakan masa empat jam cuma dua jam setengah saja,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini bagi penjelasan lanjut majlis perasmian LPT yang akan disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Kuantan, esok.

Menurut Abdullah, LPT turut menawarkan pelbagai kemudahan lain yang selesa termasuk 10 kawasan Rehat dan Rawat (R&R;) di kedua-dua laluan.

LPT fasa pertama sepanjang 169 kilometer dari Karak dan berakhir di sempadan Kuantan, dimulakan pembinaannya pada Ogos 2000 oleh MTD Capital Sdn. Bhd. dengan kos keseluruhan bernilai RM1.3 bilion atau RM7.5 juta per kilometer.

Ia akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar utama di Pahang iaitu Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Gambang dan berakhir di Kuantan.

Selain itu, LPT turut menyediakan tiga stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Maran, Temerloh dan Kuantan.

Dari aspek teknikal, LPT mempunyai laluan tiga lorong (termasuk lorong kecemasan) dua hala dengan had laju maksimum 110 kilometer sejam dan akan beroperasi secara sistem tol tertutup.

Sementara itu, persimpangan bertingkat turut dibina di sepanjang LPT fasa pertama iaitu Persimpangan Bertingkat Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Gambang dan Kuantan.

Dalam perkembangan sama, Abdullah berkata, fasa kedua LPT yang akan dibina tidak lama lagi akan mendekatkan hubungan antara Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu.

``Kita belum tahu lagi bila fasa kedua akan bermula tetapi kalau ia siap, banyak kemudahan akan diperoleh oleh rakyat kedua-dua negeri itu,'' katanya.

Pada Mei lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion untuk pembinaan fasa kedua LPT sepanjang 296 kilometer dari Kuantan ke Jerteh.

Samy Vellu berkata, kerajaan menjangkakan tempoh pembinaan fasa kedua LPT akan mengambil masa kira-kira lima tahun termasuk untuk pembinaan tiga persimpangan bertingkat sejauh 20 kilometer di Chalok, Renek dan Kampung Rahmat di Terengganu.

Tinjauan Mingguan Malaysia hari ini mendapati perjalanan sepanjang LPT begitu lancar kerana tiada selekoh tajam atau bukit curam yang boleh membahayakan pengguna seperti mana di beberapa lokasi di Lebuh Raya Karak.

Pengguna LPT akan menikmati pemandangan kehijauan ladang-ladang getah dan kelapa sawit di kiri dan kanannya.

Mereka juga akan melalui beberapa batang sungai antaranya Sungai Pahang, Sungai Jengka, Sungai Jentar, Sungai Teris, Sungai Sertik dan Sungai Kelau.

Pengguna juga tidak perlu bimbang sekiranya menghadapi masalah atau kemalangan kerana terdapat telefon kecemasan disediakan di setiap dua kilometer sepanjang lebuh raya.

Bagi pengguna yang terpaksa menempuh jarak perjalanan yang jauh, dua R&R; dibina di Temerloh dan Maran di kedua-dua arah.

Ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas, stesen minyak, surau dan pelbagai jenis gerai.

Tidak cukup dengan R&R;, tiga hentian sebelah turut dibina untuk pengguna berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Hentian sebelah tersebut yang turut dilengkapi beberapa kemudahan terdapat di Lanchang, Maran dan Kuantan di kedua-dua arah.

Ternyata pembinaan LPT tidak mengabaikan sama sekali kehidupan penduduk kampung-kampung di sekitarnya.

LLM telah membina jalan bawah tanah di beberapa lokasi bagi kemudahan penduduk kampung untuk melintas lebuh raya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:06
Zohor 1:27
Asar 4:38
Maghrib 7:28
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.