Cuba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Cuba
República de Cuba
Moto: Patria o Muerte  (Bahasa Sepanyol)
"Tanah air atau Kematian" a
Lagu: La Bayamesa  ("Lagu Bayamo")
Ibu negara
dan bandar terbesar
22px Havana
23°8′N 82°23′W / 23.133°U 82.383°B / 23.133; -82.383
Bahasa rasmi Bahasa Sepanyol
Kerajaan Republik sosialis
 -  Presiden
   Majlis Negara
Fidel Castro (de jure)
Raúl Castro (de facto)
Kemerdekaan daripada Sepanyol
 -  Diisytiharkan 10 Oktober 1868 
 -  Republik diisytihar 20 Mei 1902 
 -  Revolusi Cuba 1 Januari 1959 
 -  Perairan (%) sedikit sahaja
Populasi
 -  2006 (anggaran) 11,382,820 (73)
 -  2002 (anggaran) 11,177,743
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah 39.17 billion (tidak tersenarai)
 -  Per kapita $3,900 (tidak tersenarai)
HDI (2004) 0.826 (tinggi / 50)
Mata wang Peso
Pertukaran Peso d (CUC)
Zon waktu EST (UTC-5)
 -  Musim panas (DST) (Bermula 1 April; tarikh akhir berubah) (UTC-4)
Kod panggilan 53
Internet TLD .cu
a Seperti yang ditunjukkan dalam syiling tahun 1992
Untuk kegunaan lain, sila lihat Cuba (nyahkekaburan).

Cuba, secara rasminya digelarkan Republik Cuba, terdiri daripada pulau Cuba (pulau terbesar di kalangan Greater Antilles), Isle of Youth, dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Cuba terletak:

Kepulauan Cayman dan Jamaica terletak di selatan negara Cuba.

Cuba ialah negara yang mempunyai paling banyak penduduk di Caribbean. Budaya dan adat resamnya berasal daripada beberapa sumber, termasuk zaman penjajahan Sepanyol, pembawaan masuk abdi-abdi Afrika, dan secara tidak begitu kuat, kedudukannya yang berhampiran dengan Amerika Syarikat. Pulau ini mempunyai iklim tropika yang disederhanakan oleh perairan disekitarnya; arus panas Laut Caribbean dan kedudukannya di tengah-tengah perairan yang besar juga menyebabkan Cuba kerap kali mengalami hurikan.

Sejarah tercatat Cuba bermula pada 24 Oktober 1492, ketika Christopher Columbus menemui pulau ini semasa pelayaran sulungnya dan menuntut pulau ini untuk Sepanyol. Ketika itu, pulau ini telah didiami oleh orang-orang Amerindian yang dikenali sebagai Taíno dan Ciboney. Nenek moyang mereka datang dari Amerika Selatan beberapa abad dahulu. Kaum Taino adalah petani, manakala kaum Ciboney adalah pemburu-pemungut. Nama Cuba berasal daripada perkataan Taino, cubanacán, yang bermaksud "tempat pusat".

Pantai Cuba dipetakan secara lengkap oleh Sebastian de Ocampo pada tahun 1511. Pada tahun itu, Diego Velazquez de Cuellar mengasaskan petempatan Sepanyol yang pertama di Baracoa. Bandar-bandar yang lain kemudian diasaskan, termasuk Havana pada 1515. Sebagaimana yang dilakukan oleh mereka di seluruh benua Amerika, orang-orang Sepanyol menindas dan mengabdikan hampir 100,000 orang asli di pulau ini. Dalam tempoh satu abad, kesemua orang asli itu tidak wujud lagi, akibat kesan-kesan gabungan yang terdiri daripada penyakit, kerja paksa, dan pembunuhan kaum. Peneroka-peneroka Sepanyol kemudian membawa masuk abdi-abdi Afrika yang tidak lama kemudian merupakan sebahagian besar penduduk-penduduk di Cuba.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Cuba

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman web rasmi[sunting | sunting sumber]

Perkara am[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Cuba.

Sumber bercetak[sunting | sunting sumber]



Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Grenadines
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique