Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kotonudan do ‘Kokol Nature Adventure Ko-3 do ko 24tw Kosiam 2017 |  Kopolintaan mongumbasi 30 hamin monginginsada id Kg. Pulau Nunuyan |  Mohoingon Kampung mositi ouhi, ouhuduk manakadai monguhan kobohingkaangan do layat |  TUHUN ISLAM NATAGAN MONONGKI’AAU KOSIVATAN ID VUHAN RAMADAN |  Program derma darah penting bantu Unit Transfusi Darah Hospital |  Ops Samseng Jalanan: Polis trafik Lahad Datu keluarkan enam saman |  Lelaki khayal dadah, tetak mati abang ipar |  Utamakan keselamatan pulang ke kampung: KPD |  Syukuri nikmat Ramadan: Sapawi |  30 pesakit di wad HQE dapat perkhidmatan istimewa |  Masyarakat Islam disaran mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadan |  Hap Seng unveils Kingfisher Inanam condos |  NCER: 37,000 jobs by 2025 |  August 20 date for inaugural St Michael Fund Run |  Fung: This is for dad | 
 BM

Pejalan kaki maut dilanggar ketika melintas jalan

5th June, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Seorang pejalan kaki terbunuh selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di hadapan Instar Supermarket, Batu 3 ½ Jalan Apas kira-kira jam 8.33 malam pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata seorang lelaki berusia 40-an tidak memiliki dokumen pengenalan maut di hospital manakala kenderaan yang dipercayai terlanggar mangsa melarikan diri.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian mangsa apabila cuba melintas jalan dari Jalan Apas menuju ke Bandar Tawau.

“Menurut saksi kejadian dia terdengar bunyi dentuman dari arah jalan raya dan melihat seorang lelaki terbaring di atas jalan raya dengan kenderaan terlibat tidak diketahui dan terus melarikan diri sejurus kemalangan,” katanya.

Fadil berkata mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Besar Tawau.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau dalam pada itu meminta agar saksi yang melihat kejadian itu tampil ke balai polis bagi membantu siasatan dan meminta juga waris keluarga mangsa untuk tampil menuntut mayat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse