Friday, July 29, 2011
bismIllah...


Aku rindu sebenarnya nak berdating ngan hubby. Aku rindu nak habiskan masa bersama dia sahaja. Aku rindu...

Aku rindu nak menonton wayang dengan hubby. Aku rindu nak peluk-peluk dia sambil tengok movie. Aku rindu...

Aku rindu nak bersilat di dapur, memasak untuk dia. Aku rindu nak betul-betul layan dia makan. Aku rindu...

Aku rindu nak sama-sama cuci rumah. Aku sapu, dia mop. Dia mesin baju, aku sidai and lipat. Aku rindu...

Aku rindu nak buat sesuatu yang spontan bersama. Doing things we didn't planned. Doing things to spend some time together. Aku rindu...

Aku rindu masa kita berdua. Hanya kita berdua di rumah. Aku rindu...



Maafkan aku jika tidak seperti dulu, sayang...

Aku juga rindu aku yang dulu... I'm crankier now, I know...

Aku cuba tidak menyisihkan kamu.

Aku letih. Masa yang ada seperti tidak cukup bagiku. Maafkan aku...

How I wish I'm a fulltime housewife~


Well, semua yang berlaku ada hikmahnye...
I never regretted having a baby early in this marriage. NO! certainly no. I just wish I could handle my time more efficiently, that's all.

Aku stress bab kerja. Bengang kalau time Maghrib baru nak punch balik. :(

But for those yang 'belum ada rezeki' lagi, do not fret. Maybe Allah nak bagi kamu honeymoon sepuas-puasnya before ada orang baru. Cos a child definitely will change your life.

I'm a little worried, tho. Kalau baru anak seorang dah rasa overwhelmed and letih manjang, how to add more children? Oh yes, I do want more children. Tunggu Razin besar sikit... insya Allah. ;)

Salam sayang...

p/s: esok hubby balik sailing <3 <3! yeayyyyyyy ^___^


alhamdulIllah...
bismIllah...


Kadang-kadang, ku rasakan masa berlalu dengan sangat lambat.

Tapi most of the time, masa berlalu dengan sangat cepat.

Aku selalu tak cukup masa. Terkejar-kejar...

I don't have 'me' time anymore. 'Me and Razin' time, yes. But ME alone, no.

Takpelah. Menjadi seorang ibu lebih banyak tanggungjawabnya... Love every seconds with my baby.

Sekarang ni aku just stress sikit. Sebab arini busy. Fed up.

Branch Lumut ni tak cukup staff ar... kena tambah lagi sorang. Tumpo la salah seorang dari kami (Me and Ganesh) kalau salah seorang cuti or MC. Memang masak.

Macam arini... tak sempat nak makan, nak pam or solat... Customer call dah sampai jeti Lumut. Padahal reservation pukul 4 petang! Sampai pukul 12 lebih.. aku baru nak melantak. Cam taikkk...

Aku rasa macam nak pergi bercuti je. Seminggu tanpa pikir hal kerja. Stress kepala otak bace emel ni sume. huhuhuhu....

Laki aku tak balik sailing lagi ni. Aihhh nak ngadu tak tau kat sape.

K la... bai


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)



Salam


alhamdulIllah...
Monday, July 25, 2011
bismIllah...


Penat gilebabi... nasib baik hari ni aku annual leave. Nasib baik jugak la aku apply cuti. Kalau tak, memang confirm MC.

Aku gerak ke KL last Thursday... petang... abis keje baru gerak. Sampai KL kul 10 malam lebih... Bukan stay kat Novotel, tukar ke Grand Seasons Jalan Pahang. Pehhh lagi best!

Sebilik ngan Kak Camelia from Penang tapi halfway thru the night, dia ada emergency and kena balik. Her SIL passed away... takziah to Kak Cam...

Gerak ke Port Dickson naik bas ramai-ramai. Masuk group Kak Rehan cos nama aku takde dalam list! haha...

Dewan yang digunakan di Thistle...



Best ke teambuilding nyer? Honestly, TAK BEST! Takde enjoy2 macam pergi Pulau Redang and Pulau Pangkor sebelum ni. Dulu siap leh jalan-jalan, mandi laut bla bla bla.. ini takde. Totally no free time selain makan dan solat.

Aku dapat pam 4x je sehari:
1- Subuh (before join breakfast n join activity)
2- Lunch (then balik bilik utk solat)
3- Dekat2 nak Maghrib (abis activity petang around 6.30-6.45... then sambung balik pukul 8 malam. Kalau lambat, kena denda! cam taik)
4- Before tido. (depends tido kul brp... first night tido kul 1 pagi, 2nd night tido kul 1 lebih... tapi orang lain tido kul 2 kot... aku blk awal cos nak pam)

Semua susu yang dipam berbuang. Setiap kali pam dapat 2 botol penuh (leh dpt lagi kalau pam kot tapi masa tak cukup)...

Bayangkan hati aku camne bila buang je susu tu? huhuhu...

Sedih... tapi nak wat camne, memang takleh nak simpan pun. Kalau simpan confirm basi...

Thistle PD tu tak best ah. Makan tak best... Bilik pun tak best. Or mungkinkah bilik yang kami duduk tu paling murah?? Tapi kalau standard room yang paling murah kat Thistle adalah RM300++... Mmmm memang sangat tak menepati standard.

Biasa-biase je rupanya... best lagi Berjaya kat Redang. Yang kat Redang la.. yang kat Bukit Tinggi tak best jugak walaupun oleh Berjaya... :(

Yang aku suke ialah bilik di hotel Grand Seasons KL. Tingkat 28... memang best biliknye.. tapi sayang dok sekejap je huhu...

K lah, lenkali update lagi. Bye

Kiri: Solihin, Reen, Aza (JB's branch), aku and Kak Rehan (Branch Officer KLIA)



p/s: Lagipun takleh citer banyak-banyak since ada 1 lagi satu group belum pergi. Kang tak seprais la kalau cite kat blog....korang rase la sendiri!!

Salam...



alhamdulIllah...
Wednesday, July 20, 2011
Dah hantar Razin balik Beruas lepas Maghrib tadi.

Dia tengah tido time aku angkut masuk kereta. Diam je. Nasib baik tak nangis.

Nak bagi susu (tak pam since 5pm) tapi tak nak. Kenyang la tu. Tak tido-tido semula sampai le Beruas.

Guling-guling and bagi susu lagi bila sampai. Tak tido jugak.

Dah nak 10.30 malam, hubby ajak balik Lumut. Yela, aku tak pack ape jadah pun lagi ni. Seluar trek baru beli 2 helai kat Billion pas balik keje tadi. Sungguh aku malas giler nak pergi.

Razin,
Dok umah Opah elok-elok ek. Takmo meragam-ragam tau. T___T


.
.
.
.
.
.
Malam ni nak settle basuh baju-baju kotor and sidai.

Esok lepas Zohor baru ke KL kot.

Then to Novotel.

Jumaat, berkumpul ramai-ramai depan Kompleks Antarabangsa and gerak ke Port Dickson.

We'll be staying at Thistle Hotel, by the way.

Nasib baik bagi hotel mahal. Terubat sikit lara di hati...

Adios.

I miss Razin already. isk...

Tak sabar nak tunggu Ahad!

bismIllah...

Mood tak okey.

Hati rasa berat sangat.

Sedih...

Jumaat ni ada training kat PD. Training yang ala bina semangat. Untuk semua staff kompeni... Satu Malaysia sumer kena pergi.

This means Razin kena tinggal.

Aku sedih arr... sedih gile cos aku tak pernah tinggal Razin lagi. Tidur malamnye tak pernah lagi tanpa Mak dia ni. T____T

Aku sedih sebab malam-malam dia suka 'bergayut' untuk tidur. Abis, kalau Mak dia takde, nak bergayut dengan siapakah?? T____T

Ala... baru taip camni dah nak menitik air mata aku dah. Huhu...

Jumaat lambat lagi kan?

Tapi esok aku dah kena gerak ke KL dah. Diorang kumpul staff yang bukan dari area KL di Novotel Hotel (a walking distance from KL office). So, kena tidur 1 malam kat Novotel baru esoknye (Jumaat) gerak ke Port Dickson ramai-ramai naik bas.

Yes, aku memang ada consider nak bawak Razin ke PD sekali. Dok at the same hotel. Selain dari budget tak berapa nak ada, staff-staff yang pergi sebelum aku (Ganesh dah pergi weekend lepas) bagitau yang pukul 1 pagi baru balik bilik untuk tidur. Memang semua kena 'belasah' gila-gila la... Outdoor activities mostly. Memang penat. And of cos, mane der orang bawak anak kan... so... TERpaksa tinggalkan Razin...

Stok susu ibu memang yilekk la... cos aku ni jenis pam, bagi..pam, bagi.. However, ok la since Razin dah leh minum susu formula. Minum jela susu tin ek Razin...

Aku just sedih part nak tido malam-malam tu... isk...

Esok dah nak kena hantar Razin balik Beruas la. Hubby suh aku hantar hari ni, tapi... waaaa xmo la. Nak tido 1 malam lagi dengan Razin before hantar dia ke Beruas.

Malam tadi Razin cam tau-tau Mak dia nak tinggal dia lama. Kul 12 dia jaga ajak main. Tak nak susu, tak nak peluk-peluk tapi nak 'bersembang'. Bila kita wat dek tak layan dia, mulala tarik-tarik rambut Mak dia ni.

Alahai Razin... Pukul 1 lebih jugak baru tido malam tadi. Tido pun lasak dah sekarang... Aku rasa dia berpusing-pusing cos nak meniarap kot? Subuh tadi aku tengok kepala Razin dah kat perut aku and kakinya menjulur ke tepi. *cute*


Arghhhh malasnye nak pergi benda alah ni!!

Aku malas gile nak drive ke KL. Kena drive sorang-sorang la cos Ganesh dah pergi dah last weekend. Orang dari Penang takkan nak singgah Lumut semata-mata amik aku?? Ganesh kata, another way is aku transfer kereta ke Penang and pergi sama2 dengan orang Penang.

Ahhhhh malasnyeeee!!

I hate driving alone.

I hate leaving my son.

:(






alhamdulIllah...
Monday, July 18, 2011
bismIllah...


Alhamdulillah... since update kat blog that I'm a cloth diapering mommy, ramai yang tanya-tanya tentang cloth diapers (cd).

Well, cd ni just lampin jerla. Kain. Cuma dibuat bermacam-macam jenis. Ade yang jenis pocket, ada yang 'All in One', ada yang 'All in two', ada yang 'fitted' bla bla bla.

Jargons ni memang mengconfusekan for a newbie (eh aku ni newbie gak) tapi takde ape pun. Beza tang jenis je... benda tetap sama. Dari kain. KENA BASUH.

Yes. Bab membasuh ni maybe leceh la kot for certain orang. Kekadang aku pun rase leceh juga... Tapi sebenarnya senang je.

Kalau cd kena pee, lagi senang... bilas jer. Then letak dalam baldi or wetbag sampai cukup cd-cd kotor yang leh dimesin sekali.

Kalau kena poo, haaa ni part yang ramai surrender. haha... Well, firstly buang poo kat toilet (in my case, spray kuat2 kat cd biar sampai sumer poo hilang cos my baby masih runny poo--xmakan solids lagi) dan bilas. Dah bilas, letak dalam baldi or wetbag sampai cukup cd-cd kotor yang leh dimesin sekali. <---kopipes atas.

Dah ada dalam 10 helai or dah 2 hari punyer cd, humban semua masuk mesin. Letak sabun sikit jer then cuci le guna mesin. Sesetengah orang cuci guna mesin 2,3 cycles untuk hilangkan bau dan sabun (xnak detergent build up, nanti cd kurang menyerap), so pepandai la ek... belasah...

aku kumpul kat baldi jer...
dry pail, tapi bilas dulu sumer poo/pee.
btw, sinki ni bukan kegunaan untuk masak-masak bla bla..
tu ada sinki lagi satu.


Habis mesin, sidai... dah kering, lipat. Settle.

Time consuming?

Mmm yer kot.

Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

You decide.

Aku leh terjebak ngan cd ni pun cos masa pregnant dulu ada bace tentang cd-cd ni sume. Bab penjimatan duit dari beli dispo every few weeks. Bab jimat of cos la minat kan... tapi bab mencuci tu aku pikir lame gak la. HAHAHA

Alhamdulillah dah almost 2 bulan lebih bercd. So far so good.

Of course, if you're fulltime housewife lagi senang la nak handle cd-cd ni sumer tapi eventho aku keje pun leh handle jugak. So, it's not so bad la kan?

Sesape nak tau lebih tentang cd, leh masuk group 'Malaysian Cloth Diapering Parents' kat Facebook. Banyak sangat info tentang cd... ape-ape hal, just tanya je confirm ada orang jawabkan.

Nak ngomel lebih-lebih macam tak layak cos baru 2 bulan lebih bercd kan... plus, aku masih pakai dispo gak. (Beli Huggies 2 peket time ada sale kat Tesco aritu sampai arini satu peket yang 60++ pieces tak abis-abis lagi)

Insya Allah... satu hari nanti nak try kuar outing pun pakai cd gak. Cam rugi je beli cd mahal-mahal tapi pakai kat umah je kan... hehehe... Nanti la... nak try... camne ar agaknye...

Btw, I've tried prefolds!

Aku beli set Econobum yang ada 1 cover with 3 prefolds. Sangat baguih!! Jimat duit (retail RM65 untuk set ni) cos ade 3 helai prefolds and senang nak cuci poo. Ada duit lebih nanti nak beli lagi... Ni memang sesuai la untuk pelasah pakai kat umah. Berbaloi-baloi!


Kalau prefold tu dah basah kena pee, just tukar prefold.
Use the same cover again.
Except kalau poo la..
Kalau kena kat cover, wajib tukar cover sekali.

But seriously, senang nak cuci poo pada prefold!



Actually, prefold ni same je cam kain lampin flat putih tu. Cuma nya dia tebal le cos dijahit berlayer-layer. Cover tu same cam cover Anakku or Pureen yang murah tu.

Ni saje gedik nak beli yang US branded nyer... *Pangggg sedasss*

Sape pandai menjahit leh je buat prefold sendiri. Murah.. Save duit. Awak tak pandai... mesin jahit pun tak mandang... hehehe

See? Jimat duit kan? Yang penting leh basuh and pakai balik! :D

Alah.. nak lagi jimat, pakai lampin biase tu... tapi kat tengah-tengah letak la insert ke, prefold ke untuk serap pee (for heavy wetter)... then pakai diaper cover murah-murah. Settle.

aku try jugak 'original cloth diaper' ni...
tapi aku tak reti melipat kemas-kemas...
Ni pun macam tak kemas je gayanye...
So, senang pakai prefold je kalau maleh. hehe
but seriously senang cuci poo kalau guna flat or prefold!
(kalau pakai camni, kena ada waterproof diaper cover ye)


But like I said before la, pilihan di tangan sendiri. Sapa yang kata susah nak ber'cd' cos bekerja, well... ada RAMAI sangat ibu-ibu yang ku jumpa yang kerja fulltime tapi still bercd.

Sesetengahnya bercd sebab anak alergik ngan disposable diapers. Kena rashes etc. Pakai MamiPokai yang mahal pun tak jalan, that's why bercd.

And of cos bercd cos nak save cost dari beli disposable diapers every month.

Aku bercd sebab??

Tak nak beli dispo every few weeks (nak jimat la tu) dan juga tak nak banyak sampah dalam rumah. :)

So ada je yang bekerja tapi bercd (like moi)... tapi kena rajin sikit jela. Dapat babysitter bagus nak tolong bilas, silalah bersyukur. Tapi selalunya babysitter biar je cd kotor dalam wetbag/baldi (bertutup) and bila mak baby balik baru la bilas<--ni yang hantar anak kat nursery/taska/pengasuh...

Kalau yang SAHM (Stay-at-home-mother), lagi la senang nak bercd cos takde kekangan masa. Sumer leh handle sendiri (sangat jeles). Chayok2 mommies!


p/s: Semoga entry ni memberi inspirasi untuk ibu-ibu yang curious about cd. ;)



alhamdulIllah...
Wednesday, July 13, 2011
Saturday, July 9, 2011
bismIllah...



Fuhh... lame dah perginya tapi tak citer sambungan dari kenduri kahwin Mashitah di Kelantan 18 June lepas. :p

Ok... Where was I?

Haaa kat kenduri kahwin.

Meh tempek gambar pelamin, tempat makan dan pengantin. hehehe..

Pelamin memang cun walaupun Mash kata patutnye jambak bunga tu mane der rose warna putih.
Kira halal je la Mash oi.. Lawo je aku tengok. hehe

Tho ada few adjustments juga cos pelamin yang Mash nak asalnye sangat lebar...
So kiri kanan tu addition baru...
Yela, tak sesuai kot untuk rumah cos yang Mash nak tu macam untuk bersanding kat dewan rasenya.
Ape-ape pun, tetap cun!

Tempat pengantin makan.



Lupe nak amik gambar hantaran.
Semuanya dak ni hias sendiri. Cantik!
Tapi takde dalam henpon cikai ku ni.
Luper... =P

Me and Mash.
Muka aku kembang dengan jayanya.
HAHA



Gambar pengantin perempuan jer ada cos dari aku sampai kul 12 tengah hari sampai la dah 2.45 petang, pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi. Memang pesen gitu kot kat sana? Tapi tak larat la aku nak tunggu dah. Tepat 2.45 petang aku cabut. Sebabnye, nak cari hotel untuk tido malam tu. Irama Resort? Oh no... no wayyyy. :P

Lepas kenduri terus gerak ke Kota Bharu untuk cari hotel. Nyda suggest Riverview hotel... tapi tak tau nak cari. Memang takde bawak laptop and broadband untuk gugel-gugel.

Jalan punyer jalan, nampak Renaissance Hotel. Ahh belasah ar. Dah itu yang nampak. Hehehehe...

Since takde reservation, bilik yang ada sebijik katil king size was not available. Yang ada just bilik with 2 queen beds. Lagi bagus, takde la Razin mengacau So amik jela...



Rate dia kalau tak silap aku dalam RM360++ untuk 1 malam (for standard room la). Tapi guna government rate (tunjuk ic tentera), dapatla less... time check out bayor dalam RM266. Tak kisah ar cos sangat best tido. Rase takmo bangun dari katil. And of cos berganda-ganda bestnye dari Irama Resort tu. Huahuahua...

Razin tido katil lain.


Tapi yang tak berapa best (bagi aku la) was the food. Makanan masa breakfast la... entah, cam tak banyak pilihan je. But then again, sebab di Kelantan, so western breakfast kureng?? Baked beans takde! hahaha... omelette, sausages and goreng-goreng (nasi goreng, mihun goreng or mee goreng) sumer takde. Yang ada nasi dagang and nasi kerabu. Aku makan nasi kerabu for breakfast. Ini la pertama kali dalam hidup makan breakfast nasi kerabu. hehehehe... belasah ar. But it was nice so leh dimaafkan la takde baked beans yang murahan itu... darat sungguh aku ni. Orang datang Kelantan nak makan nasi kerabu or nasi dagang. Dah itu signature dish nyer. Ko tak abis-abis nak baked beans, omelet, toasts and sosej jerrr...perasan omputeh!

Abis, dah selalu makan nasik, nak makan benda lain pulak... Plus, aku bukan suke makan nasi pagi-pagi. Nasi dagang lagi la... tak pernah aku suke sejak azali. Nasi kerabu ok lagi. ;)

Anyway... dapat breakfast dengan aman cos bawak Razin turun ngan stroller. Duduk la dikau diam-diam dalam stroller ok. Sebelum turun of cos dah bagi Razin 'breakfast' dulu... hehehehe

Tengah tunggu hubby amik makanan dia lak.
Razin dah ngantok dah tu...


Naikkan cover untuk mudahkan Razin tido.
He'll be sleepy with less light on his face. :)
Dah tido, otomatik he spit out his pacifier. huhu



Lepas breakfast, naik bilik balik.
Hubby main-main dengan Razin while aku mengemasss!


Lepas check out dari hotel, dapat 'hadiah' dari Majlis Perbandaran Kota Bharu. A freaking ticket! hahahaha... kena kompaun RM10 cos hubby parking kereta sesuka hati beliau di tepi jalan kat hotel tu. Hubby malas park dekat tempat yang disediakan cos jauh katanya. Cehhh... nasib baik kena saman RM10 jer.

Well, itu juga sebab yang buat aku jumpa En Wan Rusdi di KB Mall. Aku tefon dia nak suh dia tolong bayarkan and kebetulan dia ada kat KB Mall untuk repair laptop ke ape...

***En Wan Rusdi was former colleague di KL Branch. Dia tukar ke KB Airport since kompeni bukak branch baru kat KB Airport. Aku lak ke Lumut since kompeni bukak branch kat sini... so kitorang ni same-same bertukar dari KL. =)

So, pass saman kat dia jela. hehehehe... maleh nak singgah ke majlis bandaran untuk bayor saman. :P

En Wan Rusdi, Kamarul (KB's new staff), Hubby and Razin.


Lepas sembang-sembang and tukar-tukar cerita, we head on our ways...

Jalan-jalan dan jalan-jalan.

Sampai Lumut pukul 9 malam kot? Ntah lupe dah.

Yang pasti aku rase cam serik gile je nak ke Kelantan naik kereta. Waaaa penat gile! Tambah lagi lalu kot Grik. Perhh.. jalan macam ape je...

Nyda, ko kahwin nanti gitau awal-awal cos nak book tiket flight jela. huhu


Dah abis citer. Lega...

Salam...


alhamdulIllah...
Friday, July 8, 2011
bismIllah...


Yeay... kembali lagi dengan join contest. This time, a contest by Mama Rifqy di blog Dnazzshoppe. hehehe... Jom cuba nasib... Untung-untung dapat cd free, tak yah aku beli lagi. :P


Syarat-syarat penyertaan:

#1- Terbuka kepada semua mommies yang pakaikan baby dengan Cloth Diapers.
#2-Terlebih dahulu sila follow blog DnazzShoppe dan InDnazzShoes.
#3-Buat satu entry bertajuk "Moment with Cloth Diapers Contest".
#4- Copy gambar banner contest di atas & pastekan di dalam entry anda.
#5-Letakkan sekeping gambar baby anda berCD dan bagi sedikit info tentang baby anda seperti nama & umur baby (tiada had untuk umur baby asalkan masih berCD :p )
#6- Tag sesiapa sahaja rakan blogger anda berCd seperti anda.
#7-Sila tinggalkan url entry anda di ruangan komen.



Well... dah follow both blogs.

Dah letak banner juga.

Now, for the pics!! (actually mintak satu je kan, tapi aku excited nak letak 3 keping. hehehe)


Nama baby: Muhammad Razin Dailamy bin Rostafar
Age: 3 months plus (nak masuk 4 bulan dah)

Razin with his Ayah wearing my favorite cd.
Oh i love minky cd! :)



In jeans design.


Last sekali....

Tu dia!
Nampak bulat sungguh anak teruna ku ini. hihi
Ni time kepanasan dan aku tanggalkan baju and stop takat atas kepala.
=P


Saya TAG:

1. Deena Awanis or Mama Rafique untuk contest ni! hehe


Chayok2...
Before 1st August, mommies!


alhamdulIllah...
Thursday, July 7, 2011
bismIllah...


What else is new kalau setiap kali nak update blog asyik tulis busy busy busy. Busy sangatkah?? Entah. You tell me...

Bangun tido around 6.30 am. Kalau anak dah jaga awal nak nyusu or tukar lampin, terus jaga ar sampai Subuh. Kekadang tertido balik (penat oi) especially kalo menyusukan Razin sambil baring... confirm aku tido balik. Hubby bangun terus pergi kerja cos dia masuk kul 8 pagi. Kul 7.30 hubby dah kuar umah... aku lak 7.30 baru bangun mandi. Itu kalau aku tido pas Subuh ar.. kalau tak tido, jaga jela buat air ke ape... breakfast? Memang tak dan la... Lagipun hubby makan kat kapal, so dia just nak nescafe je pagi-pagi. Aku? Breakfast cereal (perasan omputeh) dan minum susu/jus oren/oligo/ovaltine (milo dah mahal so minum ovaltine sudey) jelaaa...

Pastu siap pergi kerja. 8.30 gerak kuar since masuk ofis kul 9. Kerja kerja kerja... kalau banyak kerja or kena kuar jejauh, lambat la aku balik lunch. Tapi aku mesti balik umah jugak untuk pam dan solat. Kat Marina Island ni sampai ke sudah takde surau ok!! hape punyer tempat laa... ish ish ish... Sambung kerja sampai kul 6 petang.

Balik umah, mandi dan pam lagi. Kalau Razin baru nak minum susu, terus direct je. Then bilas cd-cd kotor yang Diyana tak bilas (kalau Razin berak memang Diyana tak bilas la.. dia biar je dalam toilet). Kalau cd-cd kotor dah banyak, humban sumer dalam mesin dan basuh. Baju-baju kering angkat untuk dilipat. Tapi selalunya tergendala la. hahaha...

Masak? Tengok keadaan. Selalunya makan makanan tengah hari yang Diyana masak. Aku memang letih bila balik umah. Tak larat nak masak. Kepala otak serabut ngan hal kerja je.

Umah dah macam ape lagi... lantai tak bermop, bersapu or bervacuum. Nak buat tapi tak sempat... ape yang aku buat hah?? Kekadang pelik gak amende la yang aku penat sangat dan takde masa... haihhh betulla dunia nak kiamat. Masa makin singkat ku rasa.

Rasa nak ambil cuti seminggu semata-mata nak uruskan rumah sahaja. Pening kepala ngan kain baju yang tak berlipat dan lantai yang tak bersapu. Suami pulak jenis suka sepah kain baju... sabar jelaaaaaaaaaaa... tapi since dia masak (kekadang), so shut up. =P

Tapi ada lagi... bab jaga anak. Alahai... memang takleh la. Ape-ape hal, memang kena aku jugakkkk.. tu yang letih tu... -___-


**********************************


Confirm hujung bulan ni kena pergi training kat Port Dickson. Patutnya aku pergi 15hb ni tapi aku diubah masuk batch lain. Pergi 22hb Julai and sebilik ngan Kak Rehan. Rasenya sebab nak bagi aku sebilik ngan Kak Rehan kot... tu yang extend ke 22hb. Yela, before this aku call Boss besar cakap takmo pergi cos aku kan breastfeed baby... Boley? hahaha... berani sungguh takmo pergi. Memang tak berkesan la... alangkan orang pregnant pun kena pergi, so kena la pergi jugak.

Bukan ape, aku risau takde masa nak pam je... tumpo le menahan bengkak. Tapi Boss kata "You cakap le dengan orang yang jaga tu you nak pergi pam and whatnot... mesti dia bagi punyer... you takleh tak pergi... it's compulsory".

Yelah yelah... dah camtu, pergi jela.

Mereka-mereka yang dah pergi sebelum ni (ikut batch) semua pesan bawak sunblock banyak-banyak. Alkisahnyer ni bukan training team building macam kat Pulau Redang dulu, tapi ni ala kem bina semangat punyer kes. Semua aktiviti outdoor je... haiii tumpo ler temannn... moga-moga dapat le mintak excuse kalo aktiviti berat. huhuhuhu... alasan baru bersalin masih boleh digunapakai kan??? =P

Aku ingat nak import la Nini dan Razin dok hotel yang kitorang duduk tu. Tapi bajet takde cos hotel nyer mahal le juga bagi pendapat aku. Thistle PD tu... 1 mlm RM360++ untuk bilik paling murah. Tu kalau satu malam. Takpela lagi...

Tapi aku ni dok sana 3 hari 2 malam tu wehhh... bungkus ar nak bayo duit hotel. Kalau laki aku ada leh gak dapat government rate (cam masa dok Renaissance kat Kelate dulu) tapi dia pun sailing time ni.

Hmmm so Razin kena la tinggal. Waaaaaaa... sedihnye! Sejak aku melahirkan Razin, tak pernah lagi dia tido berjauhan dengan aku. Paling-paling jauh masa dok hospital time dia jaundice. Dia tido dalam nursery, aku kat dorm ibu-ibu yang menunggu. Itu je. Kiranye memang tak nah berenggang lagi la ni... Malam mesti tido ngan aku cos Razin nak 'bergayut'.

Nasib baik la since aku tinggalkan Razin kat umah Mak Yang masa aku pergi Sunway Lagoon untuk Family Day last 26th June dulu Razin dah leh minum FM (dah lapo gile la tu)... so lega la sikit. Good boy... at least takde la dia menahan lapar nak susu aku jugak. Kesian sangat kalau camtu. huhu...

**********************************


Raya nanti nak pakai tema ape ek? Aku rasa cam pakai baju raya tahun lepas je ni. HAHA.. maleh nak bazir duit beli baju, boley? =p

Sepp sungguh.

Tapi baju Razin dah berlambak-lambak. Dengan orang baginye.. dengan aku gila belinye... adeh la.. hampir tak muat dah laci dia. Same goes to cloth diapers (cd). huhuhu.. kena tahan diri ni...

Oh ye.. ade orang komen tentang aku berabis duit beli stroller mahal-mahal untuk Razin. Well, aku rasa aku dah tolong menjimatkan duit perbelanjaan beli pampers dan susu tin dengan menyusukan anak dan pakaikan dia cd... So, I'm going to reward myself with a stroller yang agak mahal (ade je stroller yang lagi mahal dari yang ku beli tu) untuk kepuasan diri. Salah ke? Tak guna duit orang pun. Duit aku, aku punyer suke la... ye tak? :P

Yeah yeah... memang la kalau beli beras dah dapat berguni-guni, or kalau beli Medela Free style yang aku teringin sangat tu (just kena tambah lagi sikit la) macam lebih berbaloi... tapi, Razin takde stroller. beras dan pam dah ada That's why la aku beli model yang aku nak sesangat. Tak salah kan?And aku rase ianya still berbaloi cos adik-adik Razin leh pakai gak nanti. Kan?

Sebelum ni sebenarnya aku memang tak plan nak beli stroller langsung. Cer bace entry yang berlabel 'Babywearing'. Haaa aku sebenarnya nak ber'babywearing' je. Tapi memandangkan Razin ni tak suka dok dalam sling or wrap sangat, so tak jadi le. Kena beli stroller gak. And memang dia suke dok dalam stroller. Same goes with his carseat. Whenever I strapped him in, dia diam je... excited nak berjalan. hehe... Kalau nangis dalam stroller pun sebab stroller tu stationary. So, start merengek je terus bawak Razin jalan-jalan dalam stroller. Confirm diam terus. Kecuali kalau lapar la... hehe

Ade budak tak suke dok dalam carseat, ada budak yang suka. Ada budak tak suke dok dalam stroller, ada yang suke. So, macam-macam pe'el manusia kan? =)

Btw, Maxi Cosi ni aku beli preloved je.
Tak mampu le nak beli baru kalo pakai kejap je. huhu
Tapi sangat berbaloi cos barangnye masih sangat elok dan material velvet tu lembut and best!
^___^


***********************************


Puasa banyak tak ganti ni.

Ahhh sudah....

Mampoih.

Ape-ape pun, tak sabar nak raya cos raya di Perak! Yahooooooooooooooo~





alhamdulIllah...
Wednesday, July 6, 2011
Saturday, July 2, 2011
bismIllah...


So freaking busy lately. My free time was always filled with things to do... so macam takde free time jugak la kan? huhu...

Selamat sudah 30 Jun dan kelam-kabut year end closing. Macam hape... dengan kena marah ngan superior, kena siapkan itu, kena betulkan ini... alahai... sakit kepala pun buat bodo jela. Buat jela keje... Ni pun OT tak submit lagi. Hari ni baru nak buat, Isnin baru submit. Tak larat dah aku semalam... Kuar ofis 7.45 pm... Lemau sungguh rase badan.

My hubby is currently away... Sailing... Next week balik la. Sekejap je... Hari ni pas keje balik Beruas la nak relaks-relaks... (Kat Beruas ada Nini and Mamito yang leh take over melayan Razin. hehehehe)

Setakat ni alhamdulillah Diyana masih nak jaga Razin... Takde lak dia sibuk-sibuk nak cari keje lain ke ape ke... tho it's bad on her side, but aku lega sesangatttt... Tapi satu je. Selepas seminggu lebih ber'disposable diaper' sebab nak abiskan stok DD yang size S (Razin dah nak tak muat!), Diyana macam malas nak pakaikan Razin cloth diaper.

Pagi tadi aku tegur, "Debab, bagi Razin pakai cd tau. Cd banyak-banyak aku beli tak pakai buat ape. Takkan sehari ko pakai 2 helai je... aku nak basuh pun malas." <--- ada banyak-banyak baru best nak wat laundry. hehe

"Mmmm yelaa" itu je dia jawab.

"Kalau ko maleh nak bilas dia berak, bior jela dalam bilik air belakang tu. Nanti aku balik, aku bilas laaa"

"Mmmm ok."


Well, that's Diyana a.k.a Debab for you. A person with very little words. :P

Anyway, petang tadi tengok dah 4,5 helai cd kotor dalam baldi. hehehe... Bagus! Esok pagi before kerja aku proses.

I still use DD... tapi untuk outings sahaja. And sometimes at night kalau malas. Tapi during weekends, memang confirm full CD la cos suka nak tukar-tukar cd Razin. :)

Aku ada 3 helai Bamboolite cds on the way... tak sabo nyer... huhu...


******


Razin is sleeping so I could update my blog now. Asyik tertangguh je... padahal I have so many things to jot down. Hmm...

I miss having a 'Me' time.

Dah lame nak gunting rambut (nak nipiskan actually) tapi takde masa. Aku memang tak reti jaga rambut panjang. Rasa berkerak je kulit kepala cos tebal, panas dan berpeluh.

Dah lame tak tengok wayang. Hubby pun said the same thing the other day. He wanted to watcg Transformers 3. Oh, so do I! But I don't have any time to spare. Busy week lorr...

Bile last time aku tengok wayang dengan hubby? Ohhhhh... LAME GILA. Cos I don't even remember! (dah lame sangat la tu)

Rindu nak dating berdua. Sekarang memang kalau keluar mesti Razin ikut. Tapi kira ok gak la Diyana dok ngan kitorang. Selalu gak le kuar berdua beli barang... Tapi, beli barang jela! Lain takde. :(

Masak?

Lagi la... takde masa nak masak. Dah 2 minggu kot xmasak. Setakat goreng keropok lekor ada ar. Haishhh... I feel like such a bad wife. :(

Sebab... aku buat keje lembab. kang baru nak kupas-kupas itu ini Razin menangis... Hubby lak memang tak reti jaga Razin time nangis. Aku jugakk kena jaga Razin... so bab memasak selalu pass kat hubby le. Tak best la kan... Walaupun he can cook well (and rajin masak), tak best ar... cos tu keje bini kan? :|

Masa aku terhad gile lately. Nak kejar makan, pam susu, cuci botol-botol storage, mesin baju... haihhh... nasib baik la ada Diyana. Dia dah jadi babysitter Razin merangkap helper aku gak le. Aku basuh baju dalam mesin, dia sidai. KADANG-KADANG dia lipat. Kadang2 je ek. hehe.... And kekadang dia masak. Nasi jela selalunya. Kalau dia rajin baru ada lauk, kalo tak makan nasi ngan telur goreng je. huhuhuhu...

Alhamdulillah. Lega aku ada Diyana. At least kalau pesan, dia buat.

"Debab, kalo ko free ko sapu depan ni. Berhabuk la"

"Mmmm..." <--- jawapan dari Diyana. Tapi memang dia akan buat la.



"Debab, masak tak?"

"Masak nasi je"

"Bawak kuar sotong dalam peti ais. Masak sayur... sotong nanti aku balik masak"

"K..."


Bila balik, tengok-tengok dengan sotong pun dia masak sekali. Heee... bagus kan? :P

Takpela, nanti ade rezeki lebih aku UP sikit gaji... Currently kitorang bagi RM200 sebulan je. :P Tapi stended kalo kuar shopping, ape dia amik aku bayar je... same goes with topups, junk food bla bla bla. Ala, takkan ngan adik sendiri nak berkira kan. Kecuali kalau aku dah bengkrap.. selalunya hujung bulan... so kalau nak topup, bak sini duit. kehkehkeh

Eh ok la. That's all for now.

Beginning entry ni dah kena edit untuk tarikh pagi ni. Actually, menaip malam tadi tapi terhenti jap susukan Razin. Then macam biase la kalau breastfeed sambil baring ni, ngan aku aku sekali tertido. huhu

Salam...




alhamdulIllah...