Friday, March 30, 2012
bismIllah...



Jam 1.23 pagi. Aku nak tido dah tapi takleh... Memikir banyak perkara.

Lately I sangat hot tempered. Asyik bergaduh ngan Razin je kat rumah. Yelah, dah dok berdua dengan dia je kat umah... nak berperang ngan sape lagi? hehe...

I love my baby... so much! I love him more than I love myself. I love him because of Allah. My precious gift!

But... now since he's so active and learn more new things everyday like tricks to get my attention etc, it's exhausting. I'm tired. Ni baru sorang anak weh! hahaha... camne kalau ade lagi anak dalam masa terdekat? Betullah ada hikmahnya aku tak preggy-preggy lagi. Allah tu Maha Mengetahui... Aku tak larat lagi kot nak handle more children right now.

I am currently struggling on my business. Aku ada target aku... dan insya Allah akan terus komited dengan kerja aku. Inilah kerja aku sekarang... Tak jauh beza dengan masa kerja ngan Hertz dulu. Angkat call, call orang, balas sms, email, deliver barang-barang...

Cuma bezanya kerja ni menyeronokkan dan lebih flexible dari kerja sebelum ni. I love all these baby stuff I'm selling. I'm passionate about what I'm doing now. Cuma downside is, I have to handle everything ALONE! From replying emails/calls/texts, checking products availability with suppliers and handling my company accounts! Aku macam nak pengsan bila part 'akaun' cos I suck at that.

But I know, to be successful you must be serious in what you do. Aku percaya yang 'Your job must be something you love'. Bila kita suka dengan kerja yang kita buat, kita ikhlas nak korbankan masa, tenaga dan wang kita. Dan bila kita ikhlas dengan pekerjaan kita, insya Allah akan lebih diberkati dan murah rezeki. Aku still tengah merangkak-rangkak lagi ni... Dugaan datang bertubi-tubi in form of not enough time and having a toddler who wants you 200% attention... It's not easy to work from home. Unless aku ada maid! haha...Lagi banyak kerja duduk di rumah. I have to cook lunch and dinner, basuh baju, sidai baju, basuh cd, sidai cd, mengemas rumah yang akan disepahkan semula oleh my little toddler... Then kena balas enquiries and attend to my business.

Pulak tu bisnes online, mana ada masa working hours specific. Time tetiba banyak order masuk, mengah la nak mengejar... Time tak banyak order leh la rileks... tapi panas punggung pulak cos duit tak masuk! Hah. Ironi sungguh. But since aku dah decide tak nak cari kerja lain, of course I have to put all my efforts to what I'm doing now. No complaint there.

Cuma sedih ngan my baby. Selalu kena marah-marah dengan aku sebab aku penat. I'm such a bad mom. T__T

Aku sedih sebenarnya... sebab banyak hilang sabar lately. Asyik nak marah je bila Razin menangis. Dah mula datang la penyakit 'tak tahan dengar budak nangis' ni. (yeah, I can't stand crying babies)

Sorry Razin... Mommy is really sorry for being very harsh these past few weeks. I hope when you're older you will understand my situation. I'm doing what's best for you... For us. I quit my job because I want to take care of you. Cos I love you so much...

Thank God Mommy quit her job. There's no stopping me from following Daddy where ever he goes. hehe...

Tapi I must say, banyak jugak la benda nak kena pikir kalau nak serious buat kerja sendiri. No more 8-5 working hours, no more kwsp... hmmm... I've thought about that a lot.

Semoga aku terus kuat menempuh cabaran-cabaran yang mendatang. Amin.




alhamdulIllah...
Thursday, March 29, 2012
bismIllah...Link

Haaa... baru je weekend lepas kitorang datang Selangor untuk tengok F1. Now I'm in Petaling Jaya sebab ikut hubby kursus kat IEM (The Institution of Engineers Malaysia).

Last minute baru dapat signal suruh pergi kursus... hubby suh aku book hotel. Aku book hotel murah-murah je la.. and dekat ngan IEM. hehehe... Kitorang baru check in kul 10 malam tadi di Shah's Village Hotel.

Perjalanan dari Johor ke PJ ni sangat mencabar hari ni. Razin tido sekali jer... then sepanjang-panjang jalan tak reti dok diam. Tak nak duduk dalam carseat and nak main-main kat lantai kereta. Bengang betul aku cos aku pun tak dapat tido! T____T

Esok malam planning nak ke Wangsa Maju untuk viewing/collect stroller. Yeah, aku nak beli 2nd stroller for Razin! Bukan ape, aku nak stroller yang compact and at the same time stylish. Jenuh gak le cari and survey-survey... Sampaikan kalau ade orang nak let go Maclaren Triumph murah-murah memang aku rembat (padahal aku memang jual stroller Maclaren... tapi aku nak murah-murah... lagi murah dari harga reseller! haha <---cheapskate gile)

Ape stroller yang aku nak beli tu?? Well, kita tunggu... Aku nak test dulu, kalau betul-betul best baru aku angkat. Tapi aku memang dah jatuh cinta ar sejak tengok kat Youtube. Memang compact, ringan dan paling penting senang bawak travel.

Quinny Zapp Xtra Razin tu of cos aku still pakai jugak. Tapi aku rasa macam tak praktikal kalau nak travel pakai Zapp Xtra... Travel kalau bawak kereta sendiri takpe lagi. Kalau nak naik kapal terbang, feri or bus? Susah... So that's why aku cari 2nd stroller. hehehe... persediaan untuk 2nd baby yang bila nak ada pun yer jugak... :p


Well, I do wear my baby guna Ergo, but I cannot live without strollers!! Sangat-sangat berguna kalau nak shopping for hours (test-test baju etc... kalau wear baby, camne nak test? hehe). Aku suke strollers macam MEN LOVE GADGETS. Yup, strollers tu tahap ke'excited'an dia macam dapat Ipad, Tab or DSLR la untuk aku. hehehe...

Plus, strollers ni banyak yang stylish and cantik-cantik. Aku sekarang kalau keluar and tengok mommies with children, aku akan tengok strollers dia dulu. Tak tengok la tudung ape ke, handbag LV ke... aku tengok strollers! And akan kagum kalau pakai strollers canggih-manggih and mahal-mahal yang aku hanya mampu berangan untuk miliki. Huehuehue...

Cakap tentang strollers canggih, ade fellow WAHMs yang berniaga strollers nak bawak masuk Origami 4Moms strollers dalam Malaysia. Bagi sesape yang tak tau ape itu Origami 4Moms stroller, meh tengok video ni:



Amacam, canggih tak??
hehe...

Harga yang kawanku jual RM3900.
Hambikkk!
Tambah RM40 untuk pos.
Leh cash atau instalment.
Sape mau?? hahaha... gilebabi punyer rege. Tapi murah la jugak dari beli from Ebay.
Kalau beli kat Ebay dalam RM5000 lebih tak silap. heheh..
Usya-usya jela... nak beli? Tak mampu wehh...

Tapi memang teruja tengok stroller canggih camtu walaupun aku tau nak bawak benda alah tu berat. HAHA



K, cukup la angan-angan kali ni. Sambung lagi next time.


IKLAN: Tengah open pre-order barang2 Bamboolite, Munchkin, Baby Art, Trunki and Ergobaby. Moh reramai usya page Mama Panda kat FB. hehehe...


Wassalam...



alhamdulIllah...
Monday, March 26, 2012
bismIllah...


Last Friday, lepas solat Jumaat, kami gerak ke umah Mak Yang di Bandar Seri Putra. Sebabnye?? Adik iparku, Ady dapat tiket free untuk tengok F1 qualifying round. Diamond Grand Stand tu (worth Rm1800/seat)... Hubby ku memang peminat F1, so dia ajak aku join. Layan jelaaaa...

Nasib baik la sampai-sampai kat situ, ade kawan BIL bagi kupon makan free. Untuk lunch and tea. Lagi la aku suke! haha... sok stay jela sampai petang kat Sepang.

Layan pic jela eh...

Tiket...
walaupun seat dapat ntah ape-ape (bukan duduk dekat2) tapi belasah jela sebab xde la ramai orang sangat pun cos just qualifying round je...




From our grand stand seats. :p
Duduk dekat seat bertentangan ngan Sultan2 and VIP2. huhu




Aku layankan aje... padahal aku tak minat pun F1 ni.
Tak minat and tak paham (malas nak paham).
So lantak... Pergi sebab husband ku ajak pergi.
And sebab makan free. :p


Gambar2 di atas dicilok dari FB. From BIL's Iphone.

Kat bawah ni gambar2 dari BB Curve and Bold 9000 lak.
MEMANG TAK LAWA GAMBARNYE. HAHA...
I miss my BB Torch :'(


Hubby and his youngest brother.
Kalau menang main benda alah ni, dapat tiket free utk esok (Ahad) masa game betul.
Sadly (for them), tak menang. HAHA


My lunch.
Aku sukaaaaa sebab sedap dan mengenyangkan.
Pasta, sparkling water, muffin and fried wedges (dlm paperbag kecik).

BIL amik sandwich ke ape tah... xtau.
Air dia lain.. jus oren.
Tapi pueh hati la makanan dia.
Takdela keras kejung ke ape.. elok panas.
Air pun elok je sejuk berais. LOVE!

Gambar makan petang tak amik sebab BB dah kong.

Untuk tea lak, aku amik salad je.
Ade pilihan main dish nak salad or sandwich.
Then ade kek coklat, kek ape crumble2 tah, and muffin lg.
Air oren, fried wedges lagi and ape tah lg satu. Aku lupe...
Keje aku makan dan tido je.

Tapi terjaga dari tido at one point sebab tetiba PANAS giler-giler.
Bayangkan camne tengah-tengah bising tu aku leh tido?
Haha... tobat tak pergi dah.

Tak best langsung (bagi aku). HAHAHA...

Jadila sekali tu nak merasa. Ni sebab hubby gile ngan Kimi Raikonen. So dia nak tengok ar...
Aku minat sebab hensem je... lelain tak amik tau. =P



Satu perkara aku nak tulis kat blog ni adalah, PLEASE DO NOT BRING YOUR BABIES TO THE F1 CIRCUIT!!!

Hari tu aku dok tengok satu family ni jer... ade 3 orang anak dah couple ni, so bukanla new parents kot? Masalahnye, the youngest boy is less than 1 year. Diorang boleh bawak baby ni tengok F1?? Sungguh, aku tak faham!!

Aku asyik cuit hubby suruh tengok pasangan ni. Budak kecik tu menangis-nangis and squirming like crazy when his Mom nak letakkan headphone untuk block bunyi bising (seriously, IT WAS LOUD even for adults!) kereta-kereta lalu... Aku risau budak tu pekak je. Dahle duduk grand stand, pulak tu row depan sekali kot!! Yang si Ayah sibuk nak amik-amik gambar. Mak nyer jenuh la pegang baby yang tak selesa dengan panas gile and bunyi bising.

It was uncomfortable to watch. Aku kesian kat baby tu... Lastly, Mak dia bawak baby tu kuar.. Ayahnye pun ikut. Then tinggal abang 2 orang kat seat tu UNATTENDED. Yer, maybe nak kuar ke belakang sekejap untuk tenangkan baby, tapi ape citer ngan kanak-kanak lagi 2 orang tu?? Sesia je kalau orang culik.

Lame gak aku tunggu, baru la Ayah diorang datang balik temankan budak2 2 orang tu. Yang Mak nyer sampai sudah tak nampak dah.

I was very disturbed. Marah-marah dekat twitter.

But I really don't get it. For Heaven's sake, WHY??

Budak kecik tu mana paham... tinggal la kat babysitter ke ape ke... Tak pun, tak payah la ikut. Jaga anak kat rumah je. Lantak la suami nak amik gambar kereta ke ape ke...

Aku tak rasa BAYI sesuai berada di grand stand untuk tengok F1. Giler panas ok!! walaupun berbumbung, the heat was unbelievable.

So ibu-ibu dan bapak-bapak, kot yer pun nak tanam minat pada anak-anak pada sukan F1, tunggu la budak dah besar sikit, dah paham kalau tengok. Kalau setakat beberapa bulan (I think around 10 months), toksah la bawak. Kesian kat budak... isk.

Sekian... Orang tengok kereta, aku tengok gelagat orang.
Hrmmmm...



p/s: Razin kena tinggal kat umah Mak Yang. Kak Lin jaga... and she took him to kenduri kahwin. huhu...



alhamdulIllah...
Wednesday, March 21, 2012
bismIllah...


Tau tak aku sebenarnye tergedik-gedik nak 2nd carrier? Sebab satu nak pakai kat umah, satu lagi nak bawak jenjalan. ngeh ngeh... Tapi sebab bajet belum ada, aku berangan jela dulu...


Sebenarnya aku nak Ergo Organic dari siri Petunia Pickle Bottom ni.
Dan ini design yang aku berkenan. Namanya 'Evening in Innsbruck'.
Warna ni daddy-friendly too... So takdela hubby berat hati nak pakai kalau munge-munge banyak sangat. hihi...
Tapi retail price RM689!
>__<



Pastu kan, tetiba dapat tau ade new design untuk siri Petunia Pickle Bottom yang hanya akan available in May 2012..
Nama print baru ni ialah 'Frolicking in Fez'

Amacam??
Cun tak Frolicking in Fez ni?

Kalau bagi aku, memang cun giler ah.
Cantik banget!!
uhuhuhu...
Retail sama ar macam Petunia yang len, RM689.
*die laaa*


Then, nak jugak beli something for Razin.
Aku sebenarnya cari birthday gift for Razin.

Yer, tak beli ape pun kat Razin masa birthday dia...

So, I'm thinking of Trunki.


Yang design Bumblee Bee (Limited Edition) ni comel kan??

Well, kalau ade yang berminat nak order these things I love, just wanna share that Mama Panda Store is having a pre-order on these brands above.

Yang Petunia Pickle Bottom tu you can get it at RM620 with free postage.
And for Trunki above (Bumble Bee) you can get it at RM219.

Tapi bulan 5 baru barang-barang ni sampai insya Allah... sebab tunggu new prints tu available... =p

Ergobaby ni memang famous sebab ergonomic and mudah dipakai.
Even Hollywood celebrities pun pakai Ergo. hehe...

Orlando Bloom tu memang avid babywearing daddy.
Banyak gambar dia dukung anak dalam Ergo.
So hot! :D


p/s: Beware of counterfeits Ergo. The last time I check, buckles yang ade tulis Stealth etc tu pun boleh ditiru... siap tulis 'Made in India' padahal 'Made in China'. Sabo jela... tapi bab serial number yang kantoi.



alhamdulIllah...
Monday, March 19, 2012
bismIllah...


Woke up at 3 am. And now dah 4.45 am, perutku mula lapar. Memang kalau aku bangun awal pagi, cepat je lapar perutku ini. Hmm...

Bangun sebab nak buat kerja sikit. Google products, download gambar, survey harga-harga... brainstorm marketing strategy. Chewahhh... tulis macam ngan bisnes juta2. Padahalll!

Takpela, we start with small dream first... :)

Tadi aku bangun2 je terus buat susu walaupun Razin tak bangun nak susu. Time dia nak susu memang around 3,4 pagi. So better aku buat siap-siap. Sambil bagi dia susu, tukar cd dia... Kalau tak tukar, confirm basah lenjun sampai bocor pagi nanti.

Yeah... dah start pakaikan Razin dengan cd semula. Sepanjang mode berpindah dulu, memang Razin pakai dispo je. Mamy Poko lagi... Saje aku nak try sendiri betul ke orang kata Mamy Poko ni best sangat (sebest harganya)?? Yela, sebelum ni aku pernah jugak try PetPet, Huggies and Drypers time belum bercd or time travel ke ape ke... Mamy Poko ni je tak pernah.

Aku berpeluang try yang pampers biase tu ngan yang Mamy Poko Easy Fit Pants. Beli time offer ke ape tah. Yang pasti 1 pc is less than 80 sen.

Yang Pants beli pek 44 pcs. Ade lagi dalam 20 keping tak pakai. Balance tu nanti pakai time jenjalan kalau aku malas bawak cd. hehe... Well, sepanjang mode berpindah dan transit umah abang ipar di Kulai dulu, beli 2 packs Mamy Poko jela (Pants still ada lagi *diulang*). So bayangkan, dalam less than 3 weeks, 2 packs of disposable diapers? Hmmmm... memang pokai...

So, best ke pakai Mami Pokai Mamy Poko ni? Honestly, biase je. Aku rasa sama je macam pakai PetPet or Huggies (I hate Drypers). Razin pakai max 3jam. Kekadang terlajak sampai 4 jam. Tapi sebab aku ni dah biase bercd, memang tak sanggup nak biar anak pakai pampers lama-lama tak tukar. huhu... Aku dengar-dengar orang kata pakai Mamy Poko waktu malam, tahan sampai pagi and tak bocor. Bagi aku, TAK. Sebab kalau tunggu sampai pagi (kul 7,8 am), confirm Razin akan basah ngan air kencing sendiri. Ni kalau pakai pampers kul 10-11 malam ar (before tido)... So takde la tak bocor... bocor je... I noticed I experienced leakage with MP more than with CD. Bocor melampau lak tu... abis basah sumer.. Oh, PetPet pun selalu bocor gak kalau pakai malam :p

Kalau pakai yang Mamy Poko biase tu, ok la jugak kan... Kalau pakai Easy Fit Pants, haaaa lagi la cepat bocor. Aku rasa benda alah tu tak dapat tampung air kencing Razin yang banyak. Pakai Pants ni setiap 2 jam wajib tukar. Kalau yang jenis biase tu tahan la gak sampai 3 jam...

But then Razin is a heavy wetter. Dia minum susu kul 3,4 pagi sebanyak 5,6 oz. So kencing pun banyak ar.

Maka, bagi aku yang pro-cd ni, dispo ni memang takleh pakai hari-hari. Memang la convenient sebab takyah nak cuci-cuci cd bagai kan, tapi... Sampah berlambak-lambak la pulak! Urghh tak suka. Then, mahal le jugak kan... costly untuk kuar duit tiap2 beberapa minggu for dispo. Tak mampu le kot.

***Bagi yang tak mampu nak fully cd (kekangan masa dan wang untuk modal permulaan), doing half half pun dah ok. Or maybe weekends? Still jimat jugak... serious!

So since bekalan air kat rumah ni dah stabil, air dah tak kuning dan mesin basuh dah ada (manual! >__< ), I'm back to cloth diapering my baby. Rindu gile nak bilas-bilas taik dia kat cd, nak basuh cd.. hahahaha... giler...

Yang paling tak sabar adalah pakaikan dia ngan cd Baby Wombie yang aku dapat before pindah aritu. Dah prewash for 2nd time and esok nak bagi Razin pakai. =)

Tak sabar nak tengok Razin pakai cos cd-cd tu cantik sesangat!

Ohh little things.. silly things that could make a mother happy. But then who cares anyway?

Gambar hari sabtu masa jenjalan ke rumah adik-beradik hubby di Johor ni.



OT: Ade sesape minat nak order Trunki? ETA May 2012. Kalau berminat, meh jenguk Mama Panda Facebook page (xde masa nak upload kat website lagi)


Cheers!


alhamdulIllah...
Saturday, March 17, 2012
bismIllah...


Yeah... I'm adjusting to the new surroundings. So far... memang la tak best dok tempat baru yang banyak benda yang tak complete, but hey, hubby said "Hidup kena la rasa tak selesa sikit... takkan sepanjang masa nak duduk dalam zon selesa? Bila ade cabaran macam ni la best... pengalaman baru..."

So yeah... Aku pasrah. :p

Aku nak update gambar-gambar rumah sewa baru ni tapi aku tak tau mane perginya kabel BB aku nih. Adei... pindah barang ni abis semua hilang... :(

Nak citer, semalam adelah first time aku pergi poslaju kat pasir gudang. Sebelum ni pesan kat hubby je untuk poskan. Tapi sebab consignment note and plastik poslaju dah nak abis, aku pergi la nak mintak. Plus, parking dalam area poslaju tu kena bayor! So hubby tunggu dalam kereta kat tepi jalan dengan Razin.

Bermulalah episod geram-geraman aku petang semalam. Aku masuk je, kaunter ade sorang mamat tengah isi borang kat kaunter. Ade sorang encik front counter je... So aku bagi parcel aku and bayar.

Then, aku mintak plastik... Size regular and large, encik tu bagi 4 helai size Large. Bila aku tanya yang regular, dia cakap takde sambil muncung. Ok. Fine...

Pastu ada orang nak hantar bungkusan gak so aku ke tepi sikit. Sambil-sambil tu aku usya la kaunter tu kot-kot ade borang consignment note dia letak banyak-banyak untuk aku amik. Tapi takde langsung. So aku mintak la kat encik poslaju tu.

"Bang, nak mintak borang poslaju?"

Dia terus bagi kat aku 2 HELAI.

2 HELAI.

2 HELAI ok!

Sambil bagi tu muka memang masam je. Aku terkedu and tak terkata waktu tu. Then, recovered, aku tanya balik.

"Huh? Saya nak banyak-banyak"

Dia jeling and tanya, "Ade akaun ke takde?"

"Takde"

"Kalau ade akaun, baru saya bagi banyak-banyak!"

Aku memang bengang giler dah tapi sebab ade orang lain kat kaunter, so aku malas nak bertekak. Lagipun ni 1st time aku datang kan... takpe, sabar dulu.

Masuk2 kete, aku bising kat hubby.

Ape kes nak kedekut borang consignment note tu?? And, ape kejadahnye nak kena ade akaun ngan poslaju baru leh bagi banyak-banyak??

Wehhh, masa aku dok Manjung, TAK PERNAH LANGSUNG ADA MASALAH DENGAN POSLAJU SITIAWAN!

Kat Poslaju Sitiawan tu, ko nak mintak 'nak banyak2 borang poslaju, bang/kak', SATU BUKU diorang bagi!! Hambik!

Apelaaaaa masalahnye nak bagi borang?? Lagi bagus sebab takde la sesak kat PPL (Pej.PosLaju) tu dengan orang yang dah sampai situ baru nak terhegeh-hegeh isi borang then queued. Isi awal-awal dari umah and tempek kat parcel kang lebih cepat dan praktikal!

Kalau barang yang nak dipos tu seketul je, maybe la takpe... Camne kalau sehari aku nak pos berpuluh bungkus barang?? Abis, berkampung pulak la aku kat PPL tu ek???

Eeeeee bengang betol aku!

Ni kalau aku mintak plastik lagi ni mesti muka masam lagi ni... entah nak bagi ke idak.

Tak paham betul aku laaa... Sabar jelah!

So pasni setiap kali nak pergi Poslaju, memang kena mintak CN (consignment note) and plastik. Setiap kali pergi MESTI mintak. Biar sampai dia naik boring. Pedulik!

Ni sebab tak kenal lagi kot... cam kalo kat Sitiawan tu, almost everyday muka aku ade je kat poslaju tu. Front counter tu pun memang dah kenal dah muka aku ni... so tak banyak cite la... mmmm... ntah la... tak best betul rasa. Sebab aku memang akan sentiasa berurusan ngan Poslaju. Kalau dah gitu layanannye, rasa tak seronok betul.

Ni belum lagi aku terima ape-ape parcels melalui Poslaju. Van Poslaju tak pernah sampai hantar aku ape2 lagi kat alamat Masai ni. Risau gak... ok ke x kan... Jangan dibuat kes tak nak hantar barang ke rumah and suruh amik kat PPL *shudders*. Mintak simpang!

Sebab abg van Poslaju Sitiawan tu memang dah biase ngan alamat umah aku. Even kalau aku takde kat umah pun, diorang akan call and aku suruh jugak diorang letak barang kat umah sebab takde keje aku nak pegi amik kat Sitiawan. And so far diorang memang ok. Diorang sendiri pandai2 sorok dalam baldi la, bawah akuarium la ape la... HAHA. Alhamdulillah takde la pernah hilang apa2.

Kenapa aku tak buat akaun Poslaju?

Seriously, I've thought about it a lot. Yelah, nama lagi bisnes online. Of cos nak kena pos-pos barang kat customer kan?

Tapi... setelah aku tengok contoh-contoh bil Poslaju untuk yang ada akaun, aku decide takmo buat akaun lagi. Not yet. Tunggula bizz betul-betul masyuk (setiap hari pos barang dekat 20 ketul) baru aku buat kot.

Sebab?? Kalau buat akaun, ade Fuel Surcharge. Fuel surcharge ni adalah untuk van poslaju pickup barang ko kat umah/premis perniagaan. Masalahnye, kekadang van ni takleh nak amik barang tu pada masa yang ditetapkan. Plus, nak kena tunggu bila diorang datang tu adalah penyeksaan (i hate waiting! nanti takleh ke mana-mana sebab menunggu mereka). So baik la aku sendiri pergi poslaju at my own sweet time. Asalkan before 6pm (sebab tu aku tak suka pegi pejabat pos, baik pergi poslaju centre terus. P.O tutup awal, PPL tutup 6pm hehe). Kalau PPL tu dekat dengan rumah ataupun on the way jalan korang balik kerja, lagi la bagus kan... :)

Selain Fuel Surcharge, ade caj Value added service jugak kekadang. Ni yang aku tengok dari bil poslaju kompeni yang ada akaun ngan poslaju ar... So apekah Value added service tu? NTAH. Aku tak tau dan malas amik tau.

So method paling senang bagi aku ialah CASH. Bayar tunai kat kaunter je udah. Settle. Takde nak pening2 kepala nak bayar tiap hujung bulan. Ini yang aku rasa buat masa ni la... In future, who knows la kan... ;)

Itu je nak ngomel arini.

Btw, ade pre-order barang Ergobaby carriers di SINI. Authentic, don't worry... Yela, aku asyik promote je, baik aku jual gak... :D

Selamat mengusya.


Adios.



alhamdulIllah...
Tuesday, March 13, 2012
bismIllah...


Dah Selasa.

Tapi aku masih di Kulai. Umah abang ipar.

Lori barang2 bizz dah sampai tapi hubby letak kat rumah kongsi dia dulu.

Aku stress sebab masih menumpang umah orang (ade ke sesapa memang suke dok umah orang?? takde kan? semua nak dok umah sendiri, at our own privacy).

Yang aku dok bising2 xbest dok menumpang ni bukanlah layanan dari tuan rumah tak best ke ape... Takdelah. Kak Zai baik... Anak-anak dia pun bukan ramai sangat. Ade 3 orang je. Semua dah besar-besar and girls semuanya... tapi paham-paham sendiri la, dok umah orang kena la kontrol itu ini, bertudung je kerjanya (sebab ade abang ipar kan) so aku agak rimas nak bertudung sentiasa ni. Plus, kalau marah kat suami takleh nak tunjuk sangat (cover ar) kena bbm pulak. :(

Nak bermesra-mesraan dengan suami pun tak best cos takde privacy. Dah nak seminggu dah ni weh! Tension aku! eh lupe lak aku period.

Oh... previous entry tu sila abaikan sebab aku memang period rupanya. Lepas publish entry, malamnye period. kohkohkoh. No wonder emo nak mampus.

So, aku tak tau bila nak masuk umah sewa tu.

Air dah masuk dah, cuma hubby cakap, kepala paip semua pecah cos dari plastik and rumah tu plak dah setahun takde orang duduk. Pecah ke kepala2 paip menerima tekanan air setelah lama tak disimbahi air.

Hmmm... peti ais, mesin basuh dan tv pun dah masuk. Tapi mesin basuh manual. Alaaaaa sedih aku. Rasa nak je angkut mesin basuh auto kat Lumut. Umah best2 bagi orang sewa... aku plak nyewa rumah macam hape lagi. Sedey... isk isk...

Elok aku pindah Johor ni macam-macam hal plak yang jadi kat Johor ni. Bakar budak la ape la... haihhh... ni alamatnye dok umah sewa nanti berkurung dalam rumah jela. Bapak bosan. Dahle supermarket terdekat Econsave je kata hubby... Poslaju centre kat Pasir Gudang. Jalan dahle jem... Mencik!!!

Seriously I miss Lumut.

Rasa macam nak pindah balik Lumut je. :(



alhamdulIllah...
Sunday, March 11, 2012
bismIllah...


Aku dah dok Kulai since Khamis. Khamis lepas gerak ke Johor from Beruas pukul 10.30 pagi, sampai Kulai Jaya (rumah abang ipar) pukul 6.45 petang. Ade stop 3 kali sepanjang perjalanan. Lemau dok lama dalam kereta...

Until today (11 Mac) aku masih di rumah abang iparku di Kulai. Menumpang dok sini sebab rumah sewa kitorang kat Masai tak masuk-masuk air lagi. Aku stress menumpang rumah orang... Aku tak suka nyusahkan orang lama-lama... Tapi perkara bukan dalam ketentuan kita, so aku sedang bersabar jela ni...

Semalam dah pergi tengok rumah tu. Boleh la... rumah kos rendah. Kecik je... tapi 2 tingkat. Bilik kat atas. Tapi sebab air masih takde, tak dapat nak cuci-cuci. Just sapu-sapu jela...

Aku dah tak sabar nak masuk umah sendiri walaupun kawasan tu crowded gile. Aku dah tak larat nak menumpang umah orang... Arghhhh... stress ok. Pulak tu, aku tension sebab aku banyak sangat benda nak settle tapi takleh settle. Especially berkaitan bisnes aku la...Nak pos barang kat orang pun tak dapat lagi ni... tapi duit dah dapat...

Then email-email tanya itu ini banyak masuk tapi aku takde masa nak reply satu-satu. Plus, setiap email meng'stress'kan aku secara tak langsung...

Razin pulak makin mengada-ngada. Semua aku nak kena settlekan... Tahu jela kalau jaga budak ni camne, masa untuk diri aku sendiri pun takde. Bila cuti weekend camni ingatkan hubby leh tolong sikit-sikit, tapi... kalau dah jenis tak paham kita ni camne, nak kena aku marah-marah or bising-bising (nak bising banyak-banyak pun takleh, kat umah orang) baru jalan, aku lagi la stress... Serious aku tension gile sejak datang Johor ni...

Susah betul kalau nak mintak tolong jagakan anak. Bukan suruh basuh berak anak ke ape (yang tu memang dia tolak mentah-mentah). So toksah heran la kalau anak tu tak kisah pun ayah dia ade ke takde... asal Mak dia ade, dia ok je. Aku pulak yang takde masa untuk DIRI SENDIRI. Geram betul aku...

Tak tau la nak PMS ke hape ke...

Yang aku tau, aku stress. Aku bengang. Dengan Razin pun aku tak larat nak layan... Time aku baru nak on lappy la dia leh bangun... Time aku baru nak mandi, dia tetiba nangis nak aku... Boleh jadi gila ok! Memang la aku ni dah tak keje, surirumah... tapi bagi chance la time weekend camni aku ade kesempatan nak check+balas emel, rileks bace blog SEKEJAP. Ni aku tak berak-berak since datang Johor ni, nak kena penyakit ape pulak pun aku tak tau. Dah 4 hari tak membuang dah ni... Haihhh...

Pastu, arini buat makan-makan sempena birthday Razin pun aku tak sedap hati nyusahkan Kak Zai (bini abg Man) cos guna rumah dia... hubby ajak la adik-beradik dia yang terdekat... Kak Zai buat jugak la makan-makan walaupun aku cakap takyah, kitorang beli jer semua... Hmmm... serba-salah...

Kena dok sini sampai Selasa at least sebab esok baru orang tu kata nak masukkan air kat rumah sewa. Sejak Jumaat kata nak masuk air, tapi tak masuk-masuk!

Aku bad mood.

Aku tension.

What's worse, he doesn't seem to understand. And he wants me to understand his situation.

Selfish ke aku???

K bye... T___T



alhamdulIllah...
Saturday, March 10, 2012
bismIllah...



1st wrap: Moby wrap warna biru. Beli brand new... beli sebelum beranak lagi... Tapi pakai kejap je, masa Razin newborn je. Dah jual kat orang di Sabah.



Itu jela wrap yang aku pernah ada. Tak pernah beli wrap lain or cuba-cuba wrap lagi selepas tu sebab aku rasa macam panas gak le kalau pakai wrap. Plus, agak leceh sikit nak melilit-lilit. hehe... (tak pakar lagi)

But memang betul sangat sedap dan tak sakit badan kalau pakai wrap. Rasa betul-betul supported... tapi tu la, aku tak reti sangat and takde orang nak tunjuk-ajar supaya dapat memaksimumkan penggunaan wrap, so aku let go jela... dari tak pakai, baik jual je :p


Yang kedua, aku try Ring Sling.

Aku beli 2nd hand murah-murah je. Dalam RM50 je kot campur pos. Jenama Kasihku Sayangku. Boleh la... berjasa gak la benda alah ni walaupun aku tak berapa reti pakai sangat (main hentam je and usya youtube hihihi). Bergambar pakai ring sling pun tak banyak... Pakai time newborn gak le cos pastu kan aku beli benda lain plak. hehe...

Time masih dalam pantang.
Masa ni takde carseat lagi... so pakai ring sling je supaya aku tak terlepas baby kalau2 tertido dalam kereta (tu memang pe'el aku yer kawan-kawan :P)

Ring sling ni aku masih simpan dan pakai sekali sekala dalam rumah.
Sayang nak let go cos benda ni memang berguna.



Next, I bought Ergobaby carrier. Ni pun sebab dengar-dengar orang cakap best pakai Ergo etc... so aku pun beli la dari sorang akak ni yang kebetulan ade buat group buy and ade lebih seketul. Beli brand new so aku la first owner...beli tak sampai RM400 so ok la kan sebab lagi murah dari yang ada jual kat M'sia ni.


My first Ergo is Galaxy Grey...
and sejak pakai ni aku terus jatuh cinta ngan SSC (Soft structured carrier).
I found SSC adalah carrier yang senang dipakai berbanding wrap atau ring sling (RS).
Actually RS pun senang sebenarnye, tapi SSC lagi senang! hehe...



Next, I bought Beco Butterfly 2 carrier lak.

Saje nak try SSC brand lain plak.
Aku jual Ergo Galaxy Grey sebab nak beli Beco...

Tapi ni aku pakai sangatlah sekejap...

Cos aku rasa tak se'best' Ergo.
Kawan aku pun cakap, kalau dah biase pakai Ergo, maybe rasa Beco tak best.

I didn't like the shoulder buckle yang macam susah nak buckle on and off, and I think Beco is suitable for smaller babies. Time ni Razin dah 9 bulan kot and badan dia panjang, so macam tak berapa sedap sangat la aku pakai... Ntah. Depends pada orang jugak la kot.

Beco ni aku pakai sekali jer... pastu aku jual balik. Sayang nak jual sebab cun gile. hehehe... Tapi nak buat ape simpan kalau tak pakai?
Lagipun aku nak guna duit...

Sebab? Aku beli Ergo semula.
Tapi kali ni Ergo jenis Performance.
=p

Performance nampak lebih kemas sebab sleeping hoodnyer disimpan dalam pocket berzip.
So takde la hood tu terbuai-buai kena angin bile pakai...

I bought this preloved from a friend.
Preloved2 pun, RM300 lebih jugak le... huhu
Tapi memang dia pakai beberapa kali jer...
Sebab??
Masa mula-mula dapat, aku takleh pakai sangat cos sakit bahu.
Shoulder strap dia very slim and trim. Keras la jugak bagi aku... (macam baru... so kena belasah pakai selalu baru shoulder strap ni lembut sikit)
Laki aku pakai okey jer... so memang hubby jela pakai...

Nasib baik time kat Langkawi dah ok dah...
Aku pakai tak sakit dah hehehe...

Pakai Ergo Performance ni dalam 2 bulan jer... tapi merata dah bawak Razin dalam Performance ni.

Aku baru jer jual last month setelah beli Ergo (lagi!) warna purple plak.

By the way, masa beli Performance tu baru lah aku tau yang Ergo Galaxy Grey aku memula tu sebenarnya FAKE/TAK ORI.

COUNTERFEIT punyer... sabar jela...

That's why aku nak jugak beli Ergo jenis Original (standard design) yang BARU dan ORIGINAL/AUTHENTIC.

1st, sebab aku asyik beli PRELOVED je kan...
Nak la beli brand new. Insya Allah tak beli lain dah =p

2nd, sebab aku rasa Ergo jenis Original/standard ni jugak yang the best.
Sedap je pakai and takde masalah sakit bahu or pinggang.

3rd, I wanna choose my own favorite color which is PURPLE yang sangatlah lawa.
Hehehe

Maka, aku beli la new Ergo Original in Mystic Purple design!

We both love babywearing, kan Razin kan?
(pls abaikan muka aku yang pucat itu huehuehue)


Dear hubby wearing Razin in the Ergo.

Kebetulan sebelah tu ade sorang dad carry his child without carrier.
Haaa... mana lagi senang? Baby wearing, of course!
Tak sakit bahu, tak berat and sangat memudahkan.
Seriously Razin felt weightless in Ergo.
He's 10-11kg ok. Tak koser heh nak dukung without carrier. Berat!

So that is our current carrier at the moment.

Insya Allah tak jual kot...

Err...

Hehehehe...

p/s: Wanna know how to spot FAKE Ergo? Leh bace link INI. Aku takde masa la pulak nak up entry tentang ni... padahal gambar dah ade. TAPI, kat link tu untuk Ergo jenis Original je... kalau Performance, lain sikit kat buckle dia. Instead of STEALTH, it says 'ANTI-BREAK'. And yeah, the old Galaxy Grey dulu takde imprint pada buckles dan juga takde serial number. Padahal beli mahal jugak... :(



alhamdulIllah...
Wednesday, March 7, 2012
bismIllah...

Pic from here.


Nak gerak untuk pindah ke Johor nyer esok... bukan hari ni...

Hari ni dah pack-pack barang masuk kotak untuk dihantar ke rumah staff Hubby. Transit umah staff dia dulu sebab hari Jumaat or weekend nanti baru barang-barang masuk lori navy.

Mulanya kan plan nak post je kotak2 barang bizz aku kan? Tapi kebetulan ade lori navy nak angkut barang untuk kapal from Lumut to Johor this weekend/Friday. Maka, tumpang la sikit barang kitorang mana yang tak muat kereta. Alhamdulillah dapat jimat. :p


Actually rumah sewa yang bakal kami duduki ni tak masuk air lagi. Jumaat ni insya Allah baru masuk. So esok kami gerak ke Johor terus pergi umah abang iparku di Kulai dulu la... Dok situ jap sementara nak tunggu air masuk. Aku tak tau umah tu camana rupanya. Hubby takde amik gambar pun. Haihhh nervous lak ai..

Yang aku tau rumah tu rumah kos rendah. 2 tingkat. Bilik2 semua di tingkat atas. Susah le aku nak buat kerja. Bersepah la kat bawah ngan barang2 berniaga. Tak koser ehh nak bawak naik atas... hmmmm...

Petang kang nak balik Beruas untuk celebrate birthday Razin. PRE-CELEBRATION kaedahnye... belasah la janji ada kan Ajin kan...

As much as I hate moving to Johor (sebab dah biase dok Lumut kan...) but I do feel a bit excited too... Looking forward for our new home in Johor... tengokla camne kan...

Till then...

Nak sambung pack lagi sikit2.

Salam...


alhamdulIllah...
Sunday, March 4, 2012
bismIllah...


***Reminder: Payment must be made latest by 7th March 2012 before 12pm kalau nak terima barang cepat. Kalau tak, lambat le baru dapat post cos busy pindah-pindah barang.




Clarks shoes for boys.
Size UK 4.
Excellent used condition.
Like new sebab simpan sampai lupa nak pakai...
Bila nak bagi baby pakai, dah tak muat.



Very clean.
Just like new sebab memang tak pernah jejak tanah pun.

Letting go at:
RM70 with poslaju
(SOLD)





Munchkin's Fresh Fruit Feeder

Brand new in package.

Digunakan untuk bagi baby makan buah dan elakkan dari tercekik.

RM22 each.

Please add RM6 for Poslaju.

Nak jimat, silalah combine order (ajak kawan2 order sekali) kongsi satu alamat. Untuk 5 pieces of feeder, the Poslaju is still RM6.

Ade banyak gak available. Sapa bayar dulu, dia dapat.





Gyro Bowl.
RM15 only.
Sila tambah RM6 untuk poslaju.
Only 1 unit available.


Munchkin: SpongeBob SquarePants 9oz Insulated Straw Cup

Tinggal satu je macam dalam gambar.
Kat belakang ade gambar Patrick.
Normal price: RM48.90

Nak let go RM35 je! (xcampur poslaju)

RESERVED



Munchkin: 10oz Mighty Grip Straw Bottle

Sebenarnya nak beli kat Razin, tapi Razin belum pandai lagi minum guna straw.
So let go dulu la...

Price: RM28 tak campur poslaju (RP RM39.90)

SOLD




QQbaby printed cloth diapers (NEW)

RM20 each tak campur pos.

SOLD



Preloved Fuzzibunz cloth diapers
RM45 tak campur pos.
Excellent used condition.
Takde stain, takde koyak, semuanya ok je.
Banyak sangat cd. Let go le sikit.
Beli aritu rege RM69.90



Preloved Flip with 3 stay dry inserts
Harga masa beli dalam RM85-90. Lupe dah.
Nak let go RM60 tak campur pos.

Semuanya excellent used condition.
Takde stain, takde koyak or wear. Insert pun masih gebu.
Nak let go sebab tak pakai sangat and prefer pocket cds.

SOLD



Munchkin's Food Grinder.
Ade satu je nak let go.
RM49 tak campur pos (RP RM69.90)

Tak guna bateri or tenaga letrik.
Manual je...

SOLD



Botol Tommee Tippee Tip it up Sportster.
Ni takde straw yer.. just spout yang soft sahaja.
Tinggal satu warna purple.

Yang ni retail RM32.90

Nak let go RM20 je! Lame dah dok simpan benda ni... meh la beli. Murah gile dah... tapi xcampur pos lagi la. hehe

SOLD

COMBINE YOUR PURCHASE untuk jimat POSLAJU.
Sape yang beli above RM100 akan dapat free gift worth >RM25

Nak cepat respon, sms 012 528 0858 sebab I dont have BB now... Susah nak check emel.
Sms jela...

Thanks!


p/s: Please take a look at Mama Panda website cos ade restock barang Tommee Tippee... Kalau nak combine order, boleh je... digalakkan korang share postage ngan kawan-kawan kat ofis. ehehehe...



alhamdulIllah...
Saturday, March 3, 2012
bismIllah...


Petang tadi masa amik kontek lens kat Focus Point, Tesco Manjung...






Razin will turn 1 year old on 11th March 2012!

No big celebration since hubby needs to be in Johor on Friday. So Khamis dah kena gerak ke Johor...

Hari Rabu baru buat makan-makan sikit kat Beruas.

Uhuhuhu... cepatnye masa berlalu....


alhamdulIllah...
Thursday, March 1, 2012
bismIllah...


Remember this entry yang aku tulis awal tahun aritu?

I did mentioned yang hubby akan naik pangkat ke Lt Cdr in March kan??

HAH. Not a done thing since kena amik exam plak... semuanya gara-gara skim gaji baru ni...

Hubby was a graduate intake, so sebelum ni ade elaun graduate... and untuk naik pangkat memang tak exam-exam... automatik bila tiba masanya terus naik pangkat. Ni citer sebelum ni la...

But now since ade skim gaji baru ni, gaji dah diselaraskan and elaun graduate dah dipotong. Huhh... Tak best! Pehtu, nak naik pangkat kena exam-exam gak...

So bulan 5 ni kena exam dulu la... ade rezeki, ade la... takde rezeki, redha jelah...

Pastu hubby baru mengadu sesuatu yang kami missed sebab hubby tak naik Lt Cdr.

Kalau lah hubby dah jadi Lt Cdr, kemungkinan besar kami takde kat M'sia by end of this year.

Tapi Allah dah suratkan untuk kita stay kat sini lagi... Takpela...

Look at the bright side, we still have our family and relatives that we still can see during weekends or once every few weeks! Bagus jugak la tak kena pergi dok negara orang. *sila ceria2 k*

Kita hanya merancang kan... tapi benda bukan dalam kawalan kita...

p/s: Bosan la entry update xde pic kan?? Waaaa... Kalau banyak duit, sekarang jugak aku beli BB baru! T___T



alhamdulIllah...