Friday, May 30, 2014
Bismillah...

Baru tahu...
Macam ni rupanya ber-anak dua.

Baru ku tahu...
Macam ni rupanya seksa sleep deprived ketika ber-anak kecil...

Sudah lupa... Dah lama takde baby kecik....

Belum lagi 3 minggu berpantang...

Tapi alhamdulillah sakit di perut bekas operate dah berkurang. Dah boleh batuk dan bersin tanpa rasa nak terburai isi perut...

Baru tahu seksanya berpantang kalau czer...

Baru ku tahu...

Alhamdulillah dengan pengalaman ini...

Banyak sangat benda yang ingin ku catat. Tapi tak cukup masa! Masa siang aku sibuk uruskan online bizz (yer, dah start busy semula). Malam pulak tak cukup tido cos my newborn baby tak tido malam sangat.... T.T

Malam-malam memang masuk tido awal cos I really need the rest. Tu yang kadang2 orang mesej pukul 9-10 malam, esok pagi baru aku reply huhu...

Cabaran menyusukan baby pun bermula. Setakat ni paling banyak leh pam 2x je sehari... Paling koman sekali cos aku pam untuk stok bagi susu malam2. Tak tau la kenapa, baby macam tak puas je kalau nyusu badan malam2... Bagi botol with 4oz ebm baru dia tido... 

My milk production plak since balik Lumut (dah balik rumah sendiri even belum 2 weeks) dah merudum sikit... Masa kat Beruas banyak gak dapat pam... Now, even with double pumping (10 minit) dapat average 4oz je. Lantak la asal ada...

Kena rajin pam je sebenarnya tapi aku takde masa sangat cos busy online huhuh... And Raul pulak time siang dia banyak tido.. So tak cukup stimulate susu untuk kuar banyak... Tu yang malam2 tak cukup kot? Hmmmm...

Will write more in next entry... Banyak benda nak catat tapi takde peluang ngadap blog. Tension jugak... Cos dulu time Razin aku slalu je blogging ;p

Ape boleh buat... Kerja sendiri lagi susah cos I expect more of myself. Tak kerja kang takde duit masuk pulak. Nasib baik la aku kerja dari rumah je...


Raul dah botak... Bapak dia gondolkan... Aku start bagi Raul botol (to drink ebm) before dia berumur seminggu lagi... Guna botol Tommee Tippee yang dipercayai. Nasib baik le takde keliru puting... Dia still boleh direct latch but I do notice dia lagi prefer botol.. Esp waktu malam.. Sbb waktu malam kalau jaga 3,4 pagi aku direct bf mesti lepas beberapa minit dia lepas and ngamuk2... Tu yg panaskan ebm n bg botol je tu... 

Tapi aku pun dah takde bengkak2 breasts sebab penuh susu macam masa kat Beruas. Dulu, bangun tido je mesti penuh je... Now takdek. T.T

Oh semoga dipermudahkan lah urusan penyusuan susu ibu pada Raul ni... Insya Allah...



Alhamdulillah...
Tuesday, May 20, 2014
bismIllah...


Alhamdulillah... Dah selamat melahirkan anak kedua melalui pembedahan. Another boy =)


12hb Mei tu bukan kena operate rupanya... tapi jumpa doktor bius je. But still kena warded cos doktor busy gila... silalah standby je kat wad bila doc panggil. Maka, hari Isnin tu semata-mata jumpa doktor bius.
The doctor told me to start fasting by 2am hari Rabu cos waktu operation adalah lepas pukul 10 pagi.
Abis jumpa, aku balik rumah (walaupun sebenarnya takleh balik).

13hb Mei:
- Masuk ward semula dalam pukul 3 petang. Malam dah kena start puasa untuk operation the next day. Melantak dulu puas-puas. hehe...


Bilik 7-8
Katil no. 7
Ni bilik untuk pegawai/bini pegawai.
Kalau pangkat komander ke atas ade bilik lebih special (bilik no. 6 kalau tak silap)
Dapat bilik ni pun dah alhamdulillah.

Selesa je cos bilik ada aircond and sebelah katil kosong. Suke hati nak buat ape pun...
Sejak hari Jumaat lepas memang aku duduk bilik ni jer bila warded (walaupun kejap and tak kena bermalam)..



Start pukul 11 malam hari Selasa tu dah kena cucuk macam ni. Takleh tido cos sakit tangan :(
(First time kena macam ni huhu)


Esok pagi kena pindah ke bilik yang ada 4 katil. Bilik ni bertentang kaunter. Motif adalah untuk senang monitor cos nak kena operate kan... 

Sebelah katilku ade sorang mommy bakal dibedah cos baby songsang juga. Actually she was the 1st patient masuk OT. Aku patient kedua.



Gambar ini disnap semasa doktor tengah buat round. 
Yang uniform hijau dari kiri: Dr Sharifah (doktor ni la yang operate diriku), Dr Ilyana and lagi sorang tu nurse.

Smart je doktor pakai uniform tentera hehehe...


Start dari pagi Rabu tu dah mula cuak.
Bila turn aku sampai (dalam pukul 1 petang), kena strip and pakai scrub sahaja. Then dimasukkan catheter (salur kencing). Giler tak selesa! Other mommies kat FB bagitau yang catheter tu dimasukkan lepas kena bius... so tak rasa ape. huhu... tapi malang nasibku kena time sedar. Erghhh... 

Proses ni berlaku time waktu melawat. Memang la ade tirai penghalang tapi ade jugak mak pesakit sibuk nak ngintai-ngintai nurse prepare aku. Geram betul. Tak selesa betul dok bilik ni. FYI, kat HAT ni boleh sesuka hati je nak datang melawat pukul berapa... ade time yang nurse halau gak pelawat tapi takdela strict sangat. And budak-budak pun leh naik ke wad, takde masalah. Tak macam hospital lain yang tak bagi budak naik melawat. Tapi kalau budak-budak hyper and bising memang ko sakit hati gak laaaa... mengganggu ketenteraman. huahua...
Anywayyy...Bilik Bedah di HAT ni di tingkat 1 (Wad Bersalin iaitu tempat aku stay adalah di tingkat 2). Masuk je OT aku dah terkejut cos ade seorang doktor (doktor la kot) lelaki. Alahai... dari awal sume pompuan je... tetiba ade lelaki plak dah. Memang la beranak operate takde kena seluk-seluk miss v ke hape, tapi malu le jugak cos dalam OT time nak kena cucuk bius tu belakang memang bare... time nak kena cucuk tu aku duduk tak betul kot, 3x cucuk baru ok. Hadoii sabo jelah.

Lepas tu kerjanya baring jela sambil tunggu doktor settle membedah.

Alhamdulillah baby selamat dikeluarkan pada pukul 2.17 pm, 14hb Mei 2014. Mulanya cuak juga cos tak dengar baby nangis (kalau masa Razin dulu, time keluar je dah uwaaa uwaaa). Then terdengar dia batuk. A few minutes lepas tu baru nangis. Fuhh lega =)

Baby was taken away to be cleaned up. Then dibawa masuk semula dan diletak di dadaku. Masa ni baby memang wide awake and nak menyusu... mencari-cari nak menyusu tapi tak dapat nak susukan cos diorang tak positionkan betul-betul. Doktor bius tu cakap "Takpe.. nanti kat bilik boleh susukan. Nak bagi nyusu sekarang position awkward sikit". Okla pasrah. huhu...

Abis kena jahit, baby was taken away again. Time ni aku dah kesejukan tahap gaban. Memang ade warm blanket yang cover tapi still takleh cover kesejukan tu. Menggigil-gigil badan aku menahan sejuk huhu... Pastu settle segala benda (amik bp, bla bla bla) I was sent to Wad Bersalin semula. 

Menunggu husband datang... datang je dia azankan baby.



Janggal je rupa pegang baby.




My second child. 
Berat 3kg.




Petang tu Mamito, Nini, Diyana, Kak Lin, Mak Yang, Amirul & Razin datang melawat.

Esoknya baru pindah ke bilik no. 7 semula. Lega giler...


 Ni dah balik bilik 7-8. Lebih privacy and selesa. huhu....

Esoknya (Jumaat) baru check out.


Razin pelik je tengok ade bawak balik baby =P




Gambar hari ni... 20th May 2014. 
7 hari.

Nama baby?

MUHAMMAD RAUHILLAH ALTAMIS BIN ROSTAFAR

(Bapak dia bagi nama kali ni... mak punyer cadangan semua kena tolak)

Semoga sihat sejahtera, membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti wahai anakanda...


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, May 9, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...




Pagi tadi, lepas Subuh terus gerak ke HAT (Hospital Angkatan Tentera) dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Husband ambil cuti and teman aku. Pergi kat Unit Hasil cos kena admit untuk jumpa Dr Sharifah (admit sebab nak jumpa doc je pun huhu). Aku tersalah faham dengan info yang nurse kat A10 bagitau Isnin lepas. Tak tau plak kena admit, ingatkan just tunggu je sampai doktor buat round... Rupanya kena admit jugak. Huhuh

Rasa risau cos ade sebijik Medela Freestyle yang customer order belum pos. Dalam keadaan ade benda tak settle ni memang tak tenang dibuatnya.

Anyway, naik le aku ke Wad Bersalin di tingkat 2. Pehhh deja vu betul. Teringat time beranakkan Razin dulu hehe...

Kena salin baju and pakai baju hospital yang warna purple, ditimbang berat and rekod CTG diambil. Alhamdulillah baby ok je despite the look on the nurses' faces when they read my pink book on "Cord around neck 2x" - dicatat oleh Dr Goh. Huhu... 

Then tunggu jelah kat bilik sementara tunggu doctor datang round. Bosan giler time ni. Mati kutu aku. Dahla bateri phone nak kong, then line 3G untuk Maxis pun hampeh kat HAT ni. Tak tau nak buat ape!


Bilik aku... Dok sesorang je. Ini lah bilik yang sama aku duduk lepas beranakkan Razin masa 2011 dulu hehe...





Tapi dulu aku duduk katil sebelah tingkap tu. Dulu ade tv petak atas meja depan tu... Sekarang tv gantung kat dinding plak.


Sementara nak tunggu doktor datang, aku bantai membuta. Sempat jugak suruh laki aku datang hantar breakfast cos lapar gila. Keluar pepagi tak sempat makan pun...

Around 9-10am, Dr Sharifah datang buat round with her entourage of staff nurse and other nurses... Check2 perut (dah berapa orang cakap baby aku kecik huhu) and she said, Isnin ni aku akan dibedah. Was told "jangan urut-urut ya". Hehe... Of cos i won't. Dr Goh has already warned me about that too. Dah pasrah dah perut nak dibelah... :|

Amik Hb pulak cos the last time my Hb taken was a month ago. Alhamdulillah ok je takde ape. 

Then scan ultrasound. Again, doktor yang buat ultrasound commented that my baby is small. Approximately around 2.3kg? Hmmmm.. Aku doa sangat baby sihat... masa scan tu doc cakap bahagian bawah tu kosong je... kaki baby and bontot sume kat atas jugak. huhuhu... camne la dia berpusing-pusing... (maybe sebab kecik?)

Lepas scan, lepak bilik. Buka tv. Main ipad (husband bagi masa hantar breakfast cos aku bising boring tak abis2). Lama gak la dok bilik... Sempat lunch kat hospital... Huahua


Ni la lunch aku kat hospital arini. Ngap je cos kebulur (laki aku beli sebungkus je nasi lemak size kecik! Mana cukup T.T)


Then dah pukul 2 aku tanya kat kaunter bila leh kuar. Kebetulan Dr Sharifah kat kaunter. She said boleh balik dah. Tunggu nurse hand over buku pink aku. Yeayyy lega... Xtau nak buat ape dah kat bilik tu. Kawan pun takde nak nyembang (nak online pun takleh cos xdapat line 3g). 

Terus sms husband suruh datang amik. Alhamdulillah by 2.30 dah blah dari hospital. 

Settlekan hutang-hutang Corelle then balik rumah pack order customer. Gerak ke Airpak Express untuk pos barang and bayar bil courier. Alhamdulillah settle.

Esok nak balik Beruas makan laksa and makan benda2 lain yang aku bakal takleh makan time pantang. Hehehe...

Razin bakal ditinggal di Beruas la cos Isnin pepagi tu dah kena serah diri kat hospital. Ya Allah takut sebenarnya aku ni... Tapi tawakal jelah. Moga baik-baik sahaja nanti. Doakan ye! Mudah-mudahan tiada apa-apa komplikasi dan baby pun sihat sahaja. 

Sekian.... Assalamualaikum.


Alhamdulillah...
Thursday, May 8, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam dah kemas-kemas beg untuk bawak ke hospital.

Aku guna diaper bag Pink Lining yang supplier bagi hadiah... Hehe



Inside the bag:
1. 10 pcs newborn diapers 

2. 10 pcs maternity pads

3. Maternity loop (mls pakai spender kahkah)

4. Receiving blanket sehelai - yang warna biru

5. Lampin/swaddle/wrap sehelai - yang warna putih corak kapal layar tu

6. Toiletries johnson - baby punye tp aku pun bedal gak nanti

7. Baby wipes

8. Stokin kaki 2 helai

9. 2 helai newborn outfits - satu onesies berbutang depan, satu lg baju 2 pcs butang depan jugak (xkoser nak bawak romper)

10. Mitten+booties and barut. Barang2 di no. 9 & 10 aku sumbat dalam plastic transparent that came together with this diaper bag. Kemas sikit.

11. Nursing bra

13. Sehelai nursing blaus untuk dipakai masa check out hospital.

14. Kain batik 2 helai

15. Disposable breastpads

Tu je yang dalam gambar.

Yang bakal dibawak tapi takde dalam pic:
- tuala baby
- kurma & air zamzam
- berus gigi
- manual breastpump (xtau lagi nak bawak yang Medela or Avent)
- minyak telon (ade mommy suggest, cos mana tau baby tak berak2... Letak minyak cepat berak then leh balik)

Lagi ape ek...

Ape-ape pun bersyukur betul ramai kawan di FB yang caring and banyak bagi suggestions. Tak kurang jugak yang bagi maklumat & berkongsi pengalaman bersalin czer. At least aku dah bersedia gak la dengan info berkaitan... Syukur...

Tapi cuak jugak... Esok nak jumpa Dr Sharifah dah. Berdebar-debar je nak tunggu tarikh.

Mak pulak risau and suruh aku beranak operate kat private - siap nak sponsor sikit. Huhu... Tapi tunggu jela esok camne. Tunggu ape Dr Sharifah nak gitau...

Sekian.




Alhamdulillah...


Tuesday, May 6, 2014
bismIllah...



Isnin lepas aku ade check up kat A10. Seperti yang aku risaukan, baby masih songsang. So kena refer ke HAT and memang most probably akan dibedah la... Aku tanya gak kat HAT ade buat ECV (External Cephalic Version) ke? Diorang cakap TAK. And since Dr Sharifah adalah doktor yang busy gila, memang akan dibedah jelah. kwang kwang kwang...

Balik dari check up terus nangis beria-ria. Sedih and takut. Sedih cos nak bersalin normal macam Razin. Yela, nak lalui benda yang kita familiar la kan... Then takut sesangat. Yer, aku memang penakut. Bayangkanlah perut nak kena bedah! huhuhu T_T

So hari Selasa (arini) aku pergi ke Sejati Maternity pulak nak buat detailed scan and tanya pendapat Dr Goh sama ada dia boleh buat ECV ke tak.

Dr Goh tanya aku balik, mana aku tau tentang 'ECV' kejadah semua ni? haha... agaknya jarang orang tanya kot bab ni... aku cakap la aku bace kat internet & FB hehe... Dia pun terangkan tentang ECV ni. Bagus Dr Goh ni panjang lebar dia cerita. Dia boleh buat tapi kena make sure criteria-criteria yang membolehkan ECV dilakukan dipenuhi:-

1. Baby dalam keadaan ok, takde terbelit tali pusat di tengkuk.
2. Air ketuban banyak untuk memudahkan baby gerak bila dipusingkan.
3. Err... aku lupe.

Anywayyyy, Dr Goh pun scan la aku....


Kalau normal, macam gambar kiri tu. But no, baby aku di posisi pada gambar kanan. Sebijik macam tu dengan kaki kat atas... tangan dia lak tutup muka and muka dia menghala ke bahagian kiri aku.

And guess what, tengkuk baby dililit sebanyak 2 KALI dengan tali pusat. Tengok tu je terus la Dr Goh cakap, SORRY... cannot do ECV. No wonder baby takleh pusing, dah tengkuk dia tersangkut kat atas... camana nak pusing, ye dak?

Other than that, ok la... uri di atas... air ketuban normal. Tak banyak. Oh, and Dr Goh said my baby is small. 2kg lebih jer.. boleh besar lagi... (baru nak masuk 37 weeks). Hmmm adakah sebab aku tak makan segala vitamin-vitamin yang klinik bagi? Huhu... asyik lupe and busy gile :(

Aku sempat tanya jugak, possible tak baby still head down? Doktor cakap "yes, but the chances is very low".

Walaupun tengkuk dia berlilit dengan tali pusat, tapi kalau baby reti nak untangle herself/himself, of cos she/he can still head down. Dia yang control sendiri kan... kalau dia rasa terjerut, dia berenti la. huhu... itu la serba sedikit yang Dr Goh terangkan.

Marilah berdoa supaya keajaiban berlaku and baby akhirnya berpusing kepala ke bawah tanpa komplikasi tengkuk terjerut etc.

On another note, serius bagus Dr Goh ni. Baik je. If I have more money to spend, I will definitely deliver my baby at the clinic. Tapi memikirkan kelebihan beranak di hospital yang of cos le free, maka... beranak jela kat HAT lagi. Belum mampu lah nak beranak kat private. Sape tak nak beranak private? Aku nak sangat. Tapi tak mampu der... Sampai RM5-7K kalau czer.. err... beranak jela kat HAT. Special jugak hospital angkatan tentera tu. Bukan semua orang leh beranak situ. ehehehe... (sedapkan hati =P)

So Jumaat ni ade appointment dengan Dr Sharifah di HAT. Most probably untuk tetapkan tarikh bila nak kena bedah. Aku paksa husband teman cos aku blur dengan keadaan kat HAT tu. Segan la nak pergi sorang-sorang. Tercangak-cangak plak kang... Dahla belum tentu dapat jumpa Dr Sharifah dengan cepat (was told to be there at 7.30 AM!!), kang mati kutu aku tunggu sorang-sorang. Ehhh tak koser I. Silalah teman binimu ini.

Kesedihan and kecuakan aku untuk di'operate' dah berkurang berbanding semalam masa baru balik A10. Maybe sebab dah nangis puas-puas and dah pasrah?

Dan jugak akak sebelah rumah dah bagitau serba sedikit bab berpantang lepas kena operate? Aku masih takut but I try not to think so much...

Antara yang aku takut/cuak adalah kerana:-
a) TAKDE SAPE dalam family aku pernah kena c-zer. Mak aku 6x beranak sumer normal. So, takde pengalaman. And of cos dalam adik beradik aku, baru aku sorang je yang beranak. So... memang tak tau ape... yang aku tau dari ape aku dengar2 jelah.

b) TAKUT susah nak berpantang. Aku dengar kalau czer takleh berbengkung (abis la perut tak kempis!), takleh gerak banyak and kena jaga luka di perut dengan teliti.

c) TAKUT susu sikit. Sebab baby tak kuar secara normal, so susu pun malu-malu nak keluar? Ntah... tak tau mitos ke tak tapi aku risau. Cos masa beranak Razin dulu, time mandi lepas bersalin memang menitik2 susu kuar. huhu...

d) TAKUT tak dapat susukan anak direct lepas kena operate. Orang kata, 1st day lepas kena operate memang takleh bangun. So camana la nak bagi anak susu? Aku ni dah le semangat gila nak bagi colostrum kat baby awal2... kalau dah aku lalok tak berapa nak kuat/sedar, camne eh?

e) TAKUT sakit! Memang la masa beranak tak sakit cos ko tak rasa ape time kena belah perut tu, tapi SELEPAS itu?? huaaaa... takut sangat. Major operation kat perut tu wei... Aku ni terbayang-bayang rupa akak sebelah katil aku dulu yang baru lepas kena operate. Teruk betul rupa dia dalam kesakitan... dan juga masa Cikgu Pah kena operate buang cyst dulu... Pun teruk jugak. Haihhhh.... >__<


Apa-apa pun aku berserah pada Allah.

Mungkin Allah nak bagi aku rasa both normal and dibedah? Ujian dari-Nya...

I still hope baby will head down soon.... amin.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, May 2, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


36 weeks pregnant and baby still in breech position.

Keserabutan minda.

Feeling unloved and unappreciated.

Scared.

.
.
.
.
.
.
.

Things i feel so sure about doesn't seem so anymore.

And I don't know what to do other than embrace what's in stored for me.

May Allah helps me.




Alhamdulillah...

~ time to write in Personal Thoughts (my other blog) again ~