Monday, November 17, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Bila anak tak sihat, hati ibu mana yang tidak tersentuh.

Razin asyik demam je. Last week demam, tak pergi sekolah hari isnin. Weekend ni demam lagi.

Mesti time amik dia dari sekolah pada hari Jumaat ada je tak kena... Selesema la... Batuk la... Melarat sampai demam.

Malam semalam Mamito kejut aku cos risau badan Razin panas sangat. 

Razin memang tido dengan aku, tapi semalam aku tertido masa menyusukan Raul (that always happened) and Razin plak tengok tv and terus tertido depan tv dengan Opah dia.


Menjelum kepala dengan air asam jawa. Ni sebab kat kampung, Mamito yang byat air asam jawa ni. Kalau aku, air paip je huhuhuhuh... 


Gambar pagi tadi... Tak sabar ajak aku balik Lumut. 

Husband dah balik dari Sabah last night. So lepas balik Lumut, kuar pergi klinik nak doctor check Razin. Dpt ubat n antibiotik but decided not to give any antibiotics to Razin. Alhamdulillah petang tadi dah tak demam....

However, 3 kali dia muntah. Sebab perut dah masuk angin gamaknya... Dia tak nak makan sejak semlm... Semalam makan nasi lemak je beberapa sudu. Minum ade la sikit... Air kencing kuning sangat. Nak warna oren dah. 

Susah hati ya amat bila anak tak sihat amd tak nak makan ni. Kurus kering je Razin.... :(

Malam ni dia makan nasik aku suap... Tapi lepas tu muntah. Xtau la apa je yang ada dalam perut dia ni... Kesian razin...

Esok tak tau nak hantar pergi taska ke tak. Kalau nak ikutkan, dia dah sihat... Tak demam dah... Tapi tu la... Tak sampai hati plak nak berenggang dengan dia. Mmm tapi eson kalau ke kedai pun mesti asyik menangis boring... Aku jugak yang tension. Haihhh

Kuatkanlah hambaMu ini ya Allah... Berikanlah anak2 aku kesihatan yang baik.


P/s: on another note, i just found out my ex-roommate during uni days menghadapi cabaran yang lebih tinggi lagi.. Her firstborn was diagnosed with leukimia. I cried when I found out from her facebook comments. Sedih sesgt. Semoga Allah tabahkan hati menempuhi cabaran ni... 

Anak demam pun dah susah hati. Kalau kena penyakit mcm tu tak tergambar dah apa dalam dada aku....

:'(
Saturday, November 8, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Tetiba nak tulis tentang hartanah walaupun sebenarnya takdela pandai sangat.

Kat FB banyak org bagi nasihat untuk beli rumah apartment berbanding landed house (rumah atas tanah/teres/banglo etc) especially kalau nak sewakan.

Aku setuju. TAPI, depends lokasi juga. Dan depends pemaju/pengurusan apartment tu.

Macam kat Lumut ni, ade satu tempat tu memang femes giler... Orang gelar A10 cos ramai navy duduk/beli rumah di apartment ni. Dalam base tldm tu kuarters navy sampai A39 je (nama blok), so yang kat luar ni walaupun dah sah2 bukan kuarters kerajaan, tapi ade gak nama timangan manja jadi A40 hehehehe

Anyway, apartment A40 ni sebenarnya Apartment Bukit Permata. Banyak blok actually... Tapi sentiasa ade isu timbul. Mostly masalah parking, lif dan bekalan air.



Rumah apartment memang murah la sikittt dari landed house. Tapi kalau dah bermasalah rupa ini, memang tak ok la. Orang pun takut nak nyewa.

So tips beli rumah apartment dulu baru beli landed house tu tak berapa tepat sangat.

Aku harap masalah kat apartment Bukit Permata tu cepatla bertambah baik.

Padat sangat manusia.

But on the bright side, semakin naik kedai2 and macam2 kemudahan. Bagus la kannnn... 


Semoga sewa kedai aku maintain sampai bebila huehue...

Entry blog di kala bosan and takleh tido so scroll Fb ajer... Hehehe

On another note, ramai plak orang tetiba add kt fb. Now i dont feel comfortable updating status on fb yg berbunyi personal/merapu. Hmmmmmmm.....


Alhamdulillah...

Thursday, November 6, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 Razin ke taska. Aku nak berblogging sejak 1st day dia ke taska aritu (Isnin lepas, 3hb November 2014) tapi biaselah, perasan sibuk dan tiada masa nak menaip.

1st day, nangis.

2nd day, nangis dari rumah lagi. Sepanjang dalam kereta dia dok tersedu-sedu kat belakang. Bila sampai taska, he squirmed and screamed. Not wanting to be left there.

Sedih hati aku. Menangis jugak aku dibuatnya time drive berlalu dari situ. Hati sapa tak sedih... dia berkejar ke pagar and gapai-gapai tangan suruh aku amik.

Dok terfikir juga, betulke ape aku buat ni? Tinggal anak kat orang? Raul pun sama.... tapi yelah Raul kecik lagi mana tahu ape.. memang tak nangis ape pun.

Yang si Razin ni ha... sedih bebenor kena tinggal.

Then Hanis reminded me, "Biase lah razin.. dia kan mana pernah berenggang lama2... hari2... asyik berkepit dengan mak je. Mak pergi mana dia ikut. So dia tak puas hati kena tinggal la tu"

And Mamito also added, "Kalau dia tak ke taska, dia ikut ke kedai, ape dia dapat? ade ke kamu mengajor dia? idak kan... sibuk mengadap laptop. bior jela dia ke taska, bagi bergaul dengan budak lain. ni nak kawan pun tak reti"

Betul la tu kan...

It's not like I teach my him at home pun. Memang lebih bagus dia ke taska dari dok melepak tengok tv, main ipad or sepahkan kedai huhuhu....


Ni kalau Razin tidur kat kedai. Tak ke sedih rupanya??



Sebenarnya kat kedai memang ade sofa bed and selesa nak duduk, tapi area belakang la. Razin penakut sikit nak tido area belakang tu sesorang. huhu...

Takpelah, setelah ditimbang-timbang, lebih elok dia ke taska je dari ke kedai ikut aku. Dah besar dah Razin... bole dah kot lepas bersekolah awal...

Honestly aku tak tau la betul ke tak cara aku ni. Yela, pergi sekolah seawal umur 4 tahun macam sangat2 awal bagi aku yang ke tadika umur 6 tahun! hehehehe... tapi zaman berubah kan... aku pun takde pilihan lain yang lebih baik.


Ni masa 2nd day aritu. Masa ni dah moody dah sejak dari rumah.
Tengok la muka tu macam nak nangis... (adik debik tak sakit pun... dia tampa2 manja je hehehe)






Raul and Razin happily bergolek2 atas katil lepas bangun tidur. 
Memang la bahagia je Razin takde ke sekolah ke ape hari-hari... 
So agaknya dia macam terkejut apsal hari2 kena pergi sekolah and MAK TINGGAL dia kat situ lelama kot?



hai la anak-anak... nak wat camne kan... Mak korang ada kerja juga.
Raul pun sekarang mak hantar ke babysitter. Razin lak pergi sekolah (taska)

Semoga Allah lindungi anak-anak Mak... insya Allah.


Written By Ryehana
alhamdulillah...