Showing posts with label Blog(s)s I read. Show all posts
Showing posts with label Blog(s)s I read. Show all posts
Friday, September 11, 2015
bismillah...






Bloglist aku kat bahagian kanan blog ni dah lama tak berupdate. And aku pun nak remove link blog-blog yang dah berzaman tak update. Malas nak simpan hahahaha...

Maka, di kesempatan ini saya ingin mengajak pembaca blog ini bertukar-tukar link blog ngan saya. U link me, and I'll link yours. Hihihi...

Jangan malas update blog tau. At least sebulan mesti ade update.

Meh komen link blog mehh


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, December 23, 2012
bismIllah...


Rindu nak berblogging dengan rancak seperti dulu. Tapi apakan daya... sudah jadi mak orang ni banyak tanggungjawab, masa dan kesibukan melanda.

Aku rindu nak baca buku cerita wei. Last weekend Nyda pergi Big Bad Wolf punyer sale and berjaya merembat beberapa ketul buku. Sungguh aku kejelesan tahap gaban cos buku novel (what else yang aku bace lagi kan...) murah je! iskk... sebab jauh je. Kalau tak, memang aku dah sampai! Tak dulik... huhu

Hilangkan rindu bace buku dengan bace blog. Ceria sekejap hidupku membace blog si Pokapola. Sebelum kenal blog dia, dulu aku bace blog si Kahuna. Tapi sebab lambat benor berupdate blog Kahuna tu, now beralih arah ke Pokapola. haha... blog2 mereka ni sangat menceriakan hari aku. =p

Aku ade banyak benda nak settlekan tapi tak settle-settle.

Aku nak gunting rambut sejak sebelum pergi Indon lagi. Tapi belum buat.

Aku nak tengok wayang... pun belum jugak tengok. Sekarang ni nak sangat-sangat menonton cerita Life of Pi. Damn it, semua review kata cerita ni MESTI TONTON. Arghh...

Luckily, aku dah sempat settle hantar lukisan yang dibeli di Indon untuk diframekan. Dok husung lukisan tu ke sana sini dalam kereta, at last, last Friday aku berjaya hantar kat kedai sebelah Hong Leong Bank Sitiawan. Kerana lukisan tu besor (aku beli kat Cianpur dengan harga 200 ribu rupiah = lebih kurang RM60 which is cheap la jugak cos size dia memang besar gedabak. Bila frame, kena caj RM128. wakakaa... frame lagi mahal dari lukisan. Lukisan tu pemandangan di Cianpur... bukit bukau and sawah padi etc. Aku kan suka panorama camtu... hehe...

Mamito bought a painting too... but smaller than mine. And she chose scenery waterfall... suke benor gambar air... Padahal kat umah dah ade scenery waterfall gak.

Anywayyy....

Berbalik kepada things I need to settle... I wish I could do them next week. Laki aku ada balik ni, tapi so far dia dok busy gak. Ade jugak kerja dalam base siang tadi (Sabtu)... Isnin pun ade kerja.. Selasa dia balik Johor semula. Mati-mati aku ingat dia cuti seminggu... rupanya sampai Selasa je. heh.

Apa pun, banyak barang dari Johor dah diangkut sikit-sikit ke sini. Aritu hubby tumpang kereta orang, so leh la angkut barang... Malas bawak motor cos selalu hujan kot. huhu...

K lah... sekian sahaja cerita kali ni.

Diakhiri gambar poyo masa kat Bandung. Terima kasih.


Bulat kan pipi aku?
Pedulikkkk!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, October 16, 2012
bismIllah...



I clicked on my old posts. Very old posts. Like this and this.

Lama kan? Tahun 2009.

My God... how time flies!

Yang menyentuh hati aku malam (pagi?) ni adalah komen-komen pada entry tu. Ramai bagi kata-kata semangat. I feel like I have friends that CARE. No wonder lah dulu aku suka sangat blogging. Addicted.
And aku pun sama jugak selalu blogwalking and comment entry2 orang jugak.

But now? Even aku sendiri dah jarang blogwalking and blog diorang pun ade yang berzaman aku dah tak jenguk... takkan diorang nak jenguk blog aku lak kan?

Huhu...

Nasib baik lah twitter masih ada. They, who have not blogged much these days (or aku yang dah tak bace blog diorang) are still on Twitter. That's how we still keep in touch. Thank God for twitter!

I'm feeling very emotional tonight. I miss those who touched my heart. I miss the old times... I miss when there were several comments on my blog entry... I miss that.

But yeah... I've changed. My style of writing changed too. People changed and they no longer blog/read my blog.

Wish I have a time machine where I could go back and savor the moments of having them as my 'friends'.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, January 24, 2011
bismIllah...


Dulu, masa mula-mula blogging, agak gile nak mencantikkan blog dengan theme sarat-rendat, dengan widget entah ape-ape dan emotikon kat setiap entry. Blog yang aku selalu refer masa awal berblogging di blogspot adalah BlogMenjerit dan Chokilala. Ada lagi kot tapi aku tak ingat sangat dah... 2 blog tu la yang aku selalu usya segala mak nenek tutorial nyer...

BlogMenjerit dah lame berkubur... Tapi owner dia still ada lagi la... berblogging di DilarangMelarang plak. Tapi baru tadi aku nak usya, sekali domain expired la plak. huhu...

Oh, dia sekarang di KiubRubik plak (baru google)

Chokilala plak dari berblogging di blogspot, kini dah bertukar ke wordpress. Kalau theme kat blogspot adalah very girlish and kiut-miut, now di wordpress tema blognyer lebih kepada simple and pro. huhu...

Dulu jugak, aku mula kenal ngan kawan-kawan blogger yang sebaya dan muda dari aku.... rata-rata kami adalah student ataupun budak lepasan sekolah yang selalu online di cyber cafe. Tak kurang jugak yang kerja di cyber cafe. You know who you are... ;)


Gambar lame ni... 2008 i think.
zaman student mechy uitm.
Masa ni kurus je... those pants hung on me! :P


Dulu, aku banyak buat entry tentang masalah study dan cinta.

Entry masalah study selalu up bila musim exam. Haha... macam hampeh.

Entry masalah cinta plak... ermm... selalu jugak le ada... huahuahua...

Selain dari tu, dok up entry tak puas hati. Dulu-dulu macam banyak je buat entry tak puas hati... Entry lepas geram... err... jiwa muda la katakan...

And yang buat lagi best tu, kalau buat entry menghentam orang, banyak je komen dapat. Orang lain pun sibuk la bagi pendapat masing-masing. Sama-sama tumpang sekaki. Waktu tu cam best gile bila komen kat entry mencecah berpuluh-puluh. Hahaha...

Kenangan siot!

Sekarang, aku dah menjadi isteri orang.

Penulisan aku di blog pun mula berubah sikit-sikit. Kalau dulu blog tentang masalah study dan cinta, kini aku memblog tentang rumah, suami dan pregnancy plak. And lepas ni mesti blog tentang baby plak kan... hihihi...

Kawan-kawan bloggerku masih ramai yang bujang lagi... Yela, aku banyak kawan ngan masih muda dariku... Then ditambah lak aku ni belajar sekerat jalan. So, diorang baru abis belaja, aku dah kahwin. Paham-paham le kawan-kawan yang baru abis belaja... mesti nak cari keje dulu... then kerja baru kahwin.

So, kekadang terasa takde geng blogger di situ.

Sekarang, aku mula berkenal-kenalan dengan blogger-blogger baru plak. Kalau sebelum ni usah harap aku nak bace blog mak-mak budak ni (yela, sikit-sikit citer hal anak, resepi dan bercuti. bapakkk bosan! HAHAHA... <--- ini blog-blog yang aku jumpa DULU la ek), sekarang aku mendapati aku asyik la dok bace update blog yang ditulis oleh golongan ibu-ibu muda... Lagi-lagi yang baru melahirkan anak. :P

Malah, aku dah menjadi seperti itu. Blogger yang menulis update hal rumahtangga, suami dan baby.... Huahuahua...

Oh well... memang tujuan berblogging adalah untuk mencatat peristiwa dalam hidupku... so where else should I pour myself out if not in my own blog, right? :P

So, pembace blog aku pun berubah la gamaknye... kalau dulu just kawan-kawan blogger yang aku kenal di awal berblogging yang selalu melawat, sekarang dapat pelawat dari fellow mommy-to-be(s) or hot mommies yang aku follow blog mereka...

As for my previous blogger friends, ada yang dah slow down sikit... Kurang dah jenguk blog aku... Update blog diorang pun jarang-jarang... Nak bermesyuarat tingkap di shoutbox apatah lagi! Ada tu, siap dah tak letak shoutbox kat blog dah pun. Serius, banyak dah berubah... teringat dulu-dulu dok gile berbalas-balas mesej di shoutbox macam hape lagi... emotikon menggelikan hati jangan dilupa... :D

Sekarang pesen orang asyik nak up traffic. Singgah shoutbox PAKSA orang follow blog. Up entry kontroversi and rage orang... bla bla bla... nak traffic la katakan...

Tapi aku lega sangat cos my blogger friends yang ku kenal sejak aku awal berblog tak terjebak benda-benda camni... Kalau menganyam ketupat and lepas geram sikit-sikit tu biase la kan... hihi...

Komunikasi dengan kawan-kawan blogger yang ku rapat masa awal-awal blogging dulu pun dah kurang... Nasib baik ada twitter! So, ok la... still kontek mengontek and jenguk update blog walaupun tak komen... (i know they did the same).

Ok la jugak... still tau citer and perkembangan, ye tak?

Kadang-kadang rasa macam dah tua sangat je bila aku tak tau depa tengah gosip ape kat twitter. Yela, dah kahwin ni priority dah berubah. Kurang masa nak melepak bloghopping and stay up to date ngan online world. Nasib baik la leh DM kat twitter... so, tau le jugak ape gossip terbaru... haha...

Sekarang, dah berbeza...

Cara penulisan dah berubah... Isi kandungan entry pun berubah. :)

However, I still love to blog (and tweet!).

I'm so happy to know that I made lots of friends from this blog.

I would still be here even if there is no Nuffnang (and ChurpChurp!)...

:pandaGeli_19::pandaGeli_32::pandaGeli_01:

Salam.



alhamdulIllah...
Wednesday, December 15, 2010
bismIllah...


Bila bace entry Hanis Zalikha tentang Resepi Lauk-Pauk Mudah, memang aku terasa ada betulnya kat perenggan di bawah;

"...Mesti korang hairan asal tiba-tiba mama dah tak kisah anak perempuan dia tak pandai masak kan? Dulu punyalah bingit kalau anak tak masuk dapur. Lemme tell you why.. Sebab Mama tengok ramai je kawan dia yang tak reti masak langsung, zero skill dan semua perempuan macam tuh Allah jodohkan dengan lelaki pandai masak. Maka dia dah tak ambil pusing kalau anak dia pun tak pandai masak sebab opposite attracts, syok dapat menantu lelaki pandai masak. Kah kah kah!"


Muehehe...
Well... that is so true. Nini masa overnight umah aku pun macam terkejut tengok hubby tolong aku prepare breakfast (nasi goreng + nugget goreng je pun). Yela.. bapak aku dulu mane penah ke masak kat dapur langsung...

Aku ni bab memasak adalah sangat moderate. Biase-biase je... Takdela sampai tak tau langsung kan.. melampau la tu... dahla mak aku cikgu KH (ERT). Huahuahua. Tapi sebab utama adalah malas... tapi tak sangka lak bertemu jodoh ngan lelaki yang rajin ke dapur. And boleh/reti la memasak... kekadang, dia yang betulkan aku... :">

Orang kata, askar memang pandai masak. Yeke?? ade bini-bini askar lain nak komen?

So yes, aku rasa teori pompuan tak pandai masak bertemu jodoh ngan lelaki pandai masak tu boleh diguna pakai. Heeee...

Lagipun, memang selalu je aku jumpa kes macam ni... kalau kes pompuan terer masak and laki tak tau ape tu selalu la... kan?

Sekarang alhamdulillah... lepas kahwin ni baru la aku rajin nak masak. Terpaksa pun same gak. Nama lagi dah jadi bini orang.. kenala ke dapur... Hehehehe... sebelum ni liat nak mampos. Nini je yang selalu masak... aku bagi duit. :P

But what I enjoyed most was when we cooked together. Hubby masak lauk ni, aku masak lauk lain... tapi selalunya dia tukang menggoreng je...

Lauk lebih yang disimpan dalam fridge di rak tengah.
Abaikan benda lain yang tak bersusun.
Ade cili blended dalam tupperware, tin berisi jem dan kaya, bla bla bla...


Well... tengah belajar nak budget supaya masak tak berlebih sangat... Paham-paham jela kalau dah simpan dalam peti ais ni, kadang-kadang sampai lupe... lastnye buang... bazir je. huhuh

Pagi ni tetiba mood nak menambah resepi tiba-tiba muncul. Malam kang nak memasak-masak lagi...

K lah, dah nak lunch time. Nak balik umah panaskan lauk and mamam. Byeeeeee...



alhamdulIllah...
Saturday, August 21, 2010
bismIllah...



Ramai orang benci massive traffic di jalanraya... tell me, ada ke orang suke trafik jem? Tapi ada traffic yang orang suke... iaitu traffic jem di blog. Sebab ape? Sebab owner blog leh jana duit dari visitors yang datang ke blog dier...

Ok. Aku faham. Sape yang tak suka dapat duit kan? Tapi.... berpada-pada la...

Kelmarin aku MC so aku banyak masa spend untuk blogwalking... Macam-macam entry yang aku bace...

And then aku noticed la beberapa teknik yang orang buat untuk tarik pelawat. I'm fine with SEO and all that... I'm also fine with people leaving messages on shoutbox on comment box (blogwalking)... all in the name of traffic..

Tapi yang aku kurang gemar adalah apabila ade blogger yang sanggup ubah masa dia update blog so that entry blog dia tu akan muncul on top dalam BLOGLIST. Sebab most bloggers akan buat entry on top dalam Bloglist adalah yang paling recent... so blogger ni nak entry dia sentiasa on top. Kalau entry baru takpe la lagi (macam tak biase je ade orang update blog 3,4 kali sehari), tapi bila klik, eh... aku dah bace entry ni pagi tadi... sekarang dah petang pun entry same gak... ingatkan sambungan... so, I was very annoyed at that particular blogger. Kot yer pun nak kejar trafik, takkan la TIME/MASA update blog pun asyik nak diubah-ubah. Ini la first time aku jumpa orang wat cara camtu.

Come on la weh....

Another thing yang aku tak gemar adalah bila blogger menyiarkan isu yang kurang maklumat. Contohnye bila a certain blogger posted on his or her blog about isu halal/haram makanan. Biase la bulan puasa kan... benda ni memang hot. Tapi, without valid reasons or proof, patutkah benda itu di'publish'? Especially benda yang sangat arguable. Bila ditanya, rupanya diri sendiri pun tak sure... just copy paste... I mean, it's ok to share... Niat nak share tu bagus! But please make sure what you published has its proof. Tu je... biase la blog ni, kang tak pasal-pasal owner blog jugak yang naya cos sebarkan maklumat salah...

Aku faham yang entry-entry begini timbul sebab SEO. Maybe benda tu yang orang selalu search sekarang [cos bulan puasa=bulan makan], so kena la up satu entry tentang benda yang orang selalu search. Dapat visitors. Tapi... like I said... berpada-pada la... kalau info yang betul dan penuh info yang mantap takpe... tapi kes ni adalah sebaliknya.

Oh well... This is just my opinion. Sape la aku ni nak ngomel panjang-panjang about this. Aku cuma blogger picisan.

TAPI...

Aku rasa semua orang patut berhati-hati bila nak menulis or menyiarkan tentang sesuatu yang boleh dijadikan isu.

Renung-renungkan...


p/s: Bloglist di sidebar blog sedang mengalami perubahan/penambahan/pengurangan. Ade link yang dah takde, ada yang ada... akan diupdate dari masa ke semasa. TQ

Panda lover: Lebih rela update blog secara personal dari mengejar trafik. Biarla blog aku ni orang kutuk sebab citer arini makan ape, pergi mana, buat ape etc dari tulis benda yang aku sendiri tak pasti.

Salam.


**pembetulan: bukan semua orang suka trafik... ade je yang lebih suke orang tak bace blog dia cos dia jenis pemalu dan very private. that shows there are all kinds of people in this world.. ;D



alhamdulIllah...
Tuesday, July 27, 2010
bismIllah...


I found myself writing a lot in my other blog these days.

Things I couldn't published to public. Things I have to keep to myself.

Aku memang kena menulis... kalau tak, aku leh jadi gila. Blogs are my escapism.


Cantik tak design blog sulit aku?
Dah bertahun tak tukar template... malas.

Err.. satu label category kena censored. hehehe...



Oh well...

Mungkin kerana blog itu maka tak banyak entry bermakna yang aku tulis di blog utama ni.
Blog sulit itu hanya boleh dibaca oleh encik suami... Yela, kang kalau semua luahan perasaan aku tulis kat blog panda abis semua orang kena muntah darah ke ape ke... mushy2 nyer entry... or lepas geram tahap dewa....

tapi dia pun jarang berblogging...

Jangan tak tahu... Mr CC juga ada blog sendiri.

Tapi update sebulan sekali kot. haha...

But it was nice to suddenly be surprised by his updates. His writings...


July 10th was his last update.

I miss him actually...

He is supposed to be back on land tomorrow.

I hate it when he went sailing and I couldn't call him via telephone.

Maxis, couldn't you widen your coverage to the Malacca Straits and the sea near Langkawi (xtau nama perairan tu ape)?

Sedih tau...


Penanti setia,

alhamdulIllah...
Wednesday, August 5, 2009
bismIllah...


Aku baru selesai membaca blog posts yang aku copy-paste ke dalam Microsoft Word. Aku buat kerja meng'kopipes' tu semalam sebab aku tak sempat nak bace semua karangan, so saje la save. Bebila free aku bace. Tak perlu nak online cos internet di rumahku slow.

Aku tak pernah terasa sampai mahu 'kopipes' entry/penulisan orang di blog dan print untuk simpanan. Tak pernah. Tapi kali ni aku terjumpa blog seorang penulis... dan aku sangat suka bace penulisannya. Yang buat aku kagum adalah kerana dia menulis dalam bahasa Inggeris. Dan dia sangat pandai bercerita (in my opinion lah.. selera orang tak sama kan. tapi dia memang penulis!) sampaikan aku rase nak print semua cerita dia dan buat macam buku. hoho..

And about the controversial blog that I read the other day, aku dah sampai part-part di mane aku dapat tahu dia memang penulis yang bagus. Dia diterima menjadi penulis untuk majalah universiti dia ar lebih kurang.. dan profesor dia pun suka dengan penulisan dia. So, no wonder ar aku terikat giler ngan blog dia. Dia memang sangat berbakat. Aku lak memang suke bace cerita-cerita.. especially bila the writer tu bijak guna ayat untuk describe segala mak nenek benda dia citer.

How I envy those who can write brilliantly... suka sangat bila baca ayat-ayat bombastic. Bombastic yang kena gayanya la. Aku rase (pendapat aku ler) gaya penulisan mereka sangat berkualiti dan kreatif. I wish I can write like them. huhu.. Oh well... for now biarlah aku menjadi pembaca yang setia jer.

I love to read. Dan aku tahu minat membaca ni aku warisi dari Mak. Mak selalu cerita masa dia sekolah dulu dia memang kaki novel. Masa dok boarding school, Mak tetap membaca novel mengharapkan lampu koridor cos lampu dorm dah ditutup. Hmm.. sampai sekarang Mak suka membaca. Minatnya tak pernah padam. Yang mewarisi minat mak ni dalam family aku adalah Nini, Yong dan aku sendiri. Oh, dan Diyana juga. Tapi Debab (Diyana la tu) bace novel Melayu jer. Novel omputeh langsung tak sentuh. Yang lelaki... ermm... aaa... takde sorang pun suka baca novel. Usah harap. Harap komik jelah. huhuhu

Great stories and good books NEVER fail to make me happy and occupied. Bila dapat buku yang diingini, mata aku jadi shining-shining gitu. haha ^__^


Cuma peliknya Mak aku, dia tak baca novel Melayu... jarang sangat la. Kalau ada pun, novel dari Norhayati Berahim yang kawan sekolah dia rekemen. Antara aku dan Nini lak, aku prefer english novels. Nini lak b.i boleh, b.m pun boleh. So, bila kawan ngan Nini yang aku jadi baca novel b.m. Dia yang rajin beli. Aku hanya beli novel b.m kalau authornye ialah author Ayat2 Cinta tu. hehe...

Sangat seronok bila minat sama nih. Aku dan Nini lak suka bincangkan buku-buku yang kami baca. Bincang tentang cerita dan benda-benda saspen dalam buku. Heheh. Tempat yang aku sangat enjoy pergi ialah kedai buku. Tapi aku PALING enjoy kalau ke Novelhut (ada kat Perak jer;di Ipoh Parade dan di belakang Jusco Kinta City kalo tak silap). Banyak giler buku dan semuanya murah-murah cos 2ndhand. :P

Masih ingat lagi pengalaman pertama ke kedai buku yang ade sewa dan beli buku(mak aku suka sewa buku).. Masa tu samada aku masih sekolah rendah or baru masuk Form 1.. Tak berapa ingat sangat. Kedai tu kat Sitiawan.. area belakang Fajar (sekarang The Store). Mak benarkan aku pilih buku-buku tapi harga mesti takleh lebih RM10. hampeh jer kan... So aku pilih buku-buku dari Enid Blyton. Ala, siri penyiasatan yang glemer giler di kalangan budak-budak dulu. heheh..

I remember thinking 'betapa bestnya kalau ada kedai buku sendiri. Boleh baca buku sepanjang masa dan ada banyak koleksi'. Giler bahagia. huahuahua

A few of my darlings...


Tak sabar nak ada rumah sendiri (or kahwin dan dok rumah suami aku) supaya leh simpan semua koleksi buku-buku yang aku beli dan dapat hadiah dengan baik. Buat mini-library ker... wahh best! sukanya berangan macam ni... Mr Chubby Cheeks, sila take note yer. =P

Hmmm.. k lah, dah nak Subuh. Nak kejut orang bangun. Lame gile aku menaip and edit+upload pictures.. mula menaip dari 4 suku pagi tadi. Hoho.

Salam.



alhamdulIllah...
Sunday, August 2, 2009
bismIllah...


Yesterday, today... I was hooked with a blog. Found the blog when a blogger friend 'tweet'-ed it. Terus aku ke link yang di'tweet'kan tu. Kemudian aku merasa sangat pelik dan marah dengan penulisan di entry itu. Kemudian aku teruskan lagi membaca entry-entry lain. Kesimpulannya, penulis blog itu seorang perempuan Melayu yang belajar di luar negara and she doesn't believe in God. And maybe juga masih tercari-cari tentang kebenaran yang hakiki. She is also a feminist. Oh, let me quote her "To me God is a chauvinist, favoring men always over women, and I hate Him for that".

Tak payah tau la blog dia ape yer.

Tapi aku terus juga membace blog dia. I read her older posts. As much as she puzzles+irritates+angers (at some point) me, I also admire her candor.

Eh, aku admire dia?? Okay, mungkin ade yang akan bangkang... kenapa nak admire orang yang dah tak ingat agama? tak percaya tuhan? malah suka kaum sejenis? (err.. in her case, bisexual kot. Tho dia macam confused jugak sebenarnya?). Moga dia mendapat hidayah akhirnya.

Ntah. But I do! Especially bila dah spent HOURS reading her old blog posts. Kenapa dia jadi macam dia sekarang? Well... dari pembacaan aku pada entry-entry dia yang lama, dia jadi macam tu kerana ape yang berlaku pada dia. Apa yang dia alami. Apa dia rasa while growing up etc. No wonder she is such a bitter and hard headed person. But she has other admirable qualities. She's strong, independent, brilliant, hardworking and adaptive.

Oh... aku juga terlekat lama di blog dia cos aku sangat admire dengan her choice of words. Her blog's in English btw. I don't really wanna know about her sordid affairs with men and women! nor do I wanna know about the parties she went to. But how she chose her words and wrote what she felt... darn, she's a really good writer. Brilliant. Too bad dia dah terpesong jauh... but her points of 'why i hate god' amused me. Let's just hope she'll find her peace with God someday.

Blog dia ade juga ditegur tapi maybe sebab blog dia tak famous sangat, so takdelah kena hentam banyak.

I don't really like to judge people by what he/she writes. Yelah... sape lah aku? macam aku baik sangat. And even if they are wrong, diorang tak sepatutnya dibenci, disisih or dihina. Bila buat macam tu yang diorang akan lebih rase diorang betul.. same goes to other issues as well. Hmm.. mungkin aku salah anda betul, tapi.. ntah la.. itu yang aku rasa.

I feel like I learnt a lot today just by reading her blogs. yes, she has more than one blog. Biaselah kalau feminist, mesti nak mempertikaikan penindasan wanita dalam agama. And she kept mentioning just that. Why women can't do this... why women can't do that... why only men have all the power bla bla bla.

Kalau orang tak kuat iman, mau terpesong akidah kalau terima bulat-bulat point budak ni. Dia memang budak pandai. Benda yang dia argue tu memang ramai bijak pandai Barat dok argue sebelum ni juga. Tapi takde manusia yang perfect kan... bijak tang ni, tang lain dia tak berapa nak bijak.. Childish sometimes. Especially bila dia nak tegaskan juga hujah-hujah dia yang anti-religion tu. Ape-ape pun, aku bace jer blog dia. Dengan minda yang neutral la...

I learnt a lot from her blogs bukan berkaitan points2 yang dia argue tu... tapi lebih kepada insan yang terperangkap dan keliru. Dan aku kasihan kepada dia.


How do you handle a blog like this?
I just read and try to understand the author from what she/he wrote. Trying to see in his/her point of view. Try jelah. I know I could never understand the writer sepenuhnya.

How do you handle a blog you didn't like the contents?
I don't read the blog. What's there to read if things she/he wrote irks you? Tak payah le bace kan. Ade jer blog-blog okay dan tak kontroversi (yang banyak followers) yang aku tak berkenan nak bace. Selera masing-masing la kan.

Sebelum menegur blog orang, what should you do?
Bila come across blogs yang macam tak best dan tak sensitif sila kaji kenapa dia macam tu (boleh kaji dari older posts). Then tengok whether dia dah pernah kena tegur ke tak? Kalau pernah tapi stil berdegil and takde buat ape-ape perubahan, so let it be. Cos ade je controversial blogs these days yang dah muak kena tegur sampai tak jadi ape kan... Biar jelah.


Okey, berbalik kepada blog yang ku baca tu...

Blog dia bukan famous pun. Dan dia bukanlah 'advertise' kepercayaan dia tu sampai boleh pengaruhi orang. Aku rasa tak. Blog dia blog personal. Bukan cerita tentang agama jer. Aku pun taknak famouskan blog dia kerana content dia yang sensitif tu. Dia pun dah bertukar ke blog lain. Blog yang dijumpai tu blog lame dia. Nevertheless, I haven't finished reading all the posts yet. And I want to. It's like reading a novel. A story of faraway places and a life I couldn't (and wouldn't!) be living. I read to kill time. And to experience new things...(to me, reading a story is like embarking on an adventure).

Okeylah... banyak aku mengarut pepagi buta ni. Sama-sama kita doakan mereka-mereka ini mendapat hidayah dariNya. Moga dijauhkan perkara-perkara ni dari berlaku pada keturunanku.

Salam.

p/s: Kalau korang stumble upon blogs like this (or other blogs yang tak manis isinya), what is your reaction??


alhamdulIllah...