Showing posts with label Bloggers meeting. Show all posts
Showing posts with label Bloggers meeting. Show all posts
Sunday, August 8, 2010
bismIllah...


Aku memang nak update blog.. tapi takde masa.

Last Friday was Yash's birthday. So aku belanja dia makan kat Pizza Hut and tengok wayang citer The Last Airbender di Pavilion.

There were four of us. Yash brought her friend and I brought Nini. It was fun and sangat mengenyangkan... nasib baik la si budak Yash ni boleh habiskan semua makanan. Bagus... tak rugi aku belanje... hehehe...

Happy Birthday, Yash!

The birthday girl downing some food...


Me and Nini.
Yeah I know I put on weight!
so what?



Dah kenyang. Nak abiskan aiskrim pun dah tak larat actually...


Then off we went to watch The Last Airbender!

It was awesome!

Kalau tengok 3D mesti lagi best.. tapi sebab kami kejar masa, memang dapat tengok yang biase jela...


Hari Sabtu aku kerja dari 8 pagi sampai 1.30 petang... but sampai kul 2.30 gak keje.. pastu punch card and wait for my cousin, Eti yang nak datang pickup aku untuk pergi umah Mak Yang. Yela, since weekend ni takde mende nak wat, suami pun tak datang, baik aku melawat Mak Yang. Mak Yang buatkan aku jeruk mempelam! hihi! best wohhhh...

Eti came after being lost for quite a bit in KL (sorry Eti!! aku xmo naik train cos aku takut xdapat seat... kang kalo dlm train for sure bergegar je... not good!) then we picked up Nini before going to Bandar Seri Putra Mahkota.

Malam tu asyik menyembang je la...biase la kalau ada Eti, macam-macam cerita ada... and the next day (today), Eti pergi melawat Opah tunang dia di hospital and then dia nak pergi shopping barang nak kahwin... Aku, Nini dan Kak Lin (anak Mak Yang) plak pergi merayap ke Alamanda untuk menonton wayang... Tengok wayang sesaje.. haha... aku belanje tengok wayang, Kak Lin belanja makan. :D

Makan dessert sebelum melangkah ke KFC untuk melantak lagi.


Penatnye hari ni... nasibaik minggu ni masuk kerja kul 9 setengah pagi... tapi abis pun 6.30 petang. Mmm macam kena berbuka kat ofis je sapenjang minggu ni... ape nak buat...

Update tentang kesihatan plak.

Now I'm 7 weeks pregnant. And sejak malam semalam, dah mula start simptom asyik nak buang air. From what I read, the growing uterus is pressing on my bladder now.. buatkan pundi air kencing dah tak cukup space untuk store urine. That's why orang pregnant asyik nak terkencing je kejenya... mmm i guess that's good then. It's growing... :)

The not so good thing is I still suffer from nose bleeds. Tapi tak banyak sangat dah. Tak meleleh. Tapi rase macam berhingus. Tapi bukan hingus. Semalam Kak Lin bagi aku pakai Kool Fever. Sejuk sangat la plak jadinya dahi aku. huhu

Lagi ape ek...

Semua orang asyik komen badan aku dah naik.

Guess what? I'm expecting!!

huh.

Aku agak risau tentang berpuasa ketika mengandung ni. Aku dah ganti puasa before aku tau aku pregnant... ok jela. But now, kalau makan lambat je (ari Sabtu lepas pukul 1 baru makan) mesti perut aku sakit and pedih sangat. Aku tak tau la sebab gastrik ke (sebab memang aku ada gastrik) atau sebab lapar sesangat-sangat. Camne nak puasa ni?

Huhu... takkan la tak puasa plak?

Mampos nak ganti. T____T

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan tanggungjawab...

That's all for now. Salam.


alhamdulIllah...
Thursday, June 17, 2010
bismIllah...

Baru ada masa nak mencatat tentang my wedding...

Well, entry 'Sudah bergelar isteri' tu part 1. Ni part 2 la lebih kurang since majlis kenduri di Pahang pun dah selesai.

Lagipun, takde letak pic wedding lagi kan? Ada 1 je... So ni nak tempek sikit.

And aku baru tau jugak yang ada kawan Nini datang awal and sanggup tunggu sampai Mr CC datang untuk tengok sword barrel or 'lalu bawah pedang' masa wedding aku. So, untuk yang tak dapat datang kenduri aku, ni nak share sikit gambo masa kahwin aritu...

TARIKH:
6hb Jun 2010

LOKASI:
Beruas, Perak.

Last minute punyer 'penunjuk jalan'.
Heheh...


Time ni pengapit Mr CC adalah adik dia...
Patutnya pangapit dia kawan navy gak...
tapi si Daniel a.k.a pengapit Mr CC pun berbaris gak cos tak cukup orang.
Sorang tak dapat datang...


Nyda pegang payung, Eti lak pegang ekor kain aku yang meleret kat belakang.
That's why I just hate baju yang meleret2... menyusahkan orang...
Kalau kahwin kat dewan takpela...



A walk to remember...
huhu...


Langit cerah je time wedding...
Alhamdulillah...



Love this pic!
Time ni Nini cerita yang dia tak dapat nak masuk rumah cos ramai sangat orang depan pintu nak amik gambar... Rumah plak kecik je... kamera aku takde pun pic ni. huhu...


Roi a.k.a Leftenan Norhizam.
Wedding dia di Nilai last year memainkan peranan penting dalam hidup aku...
:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:


Our family.
Lengkap.

Oh... gambar Opah je takde.

Kenduri di Pahang pada 13hb Jun yang lepas... Double wedding. Actually, tak hengen langsung aku nak upload gambar aku masa wedding kat sana di blog mahupun Facebook.

Wanna know why?

Sebab mekap aku huduh!

Sedih woiiii... Aku mekap kat Melor Collection di pekan Bentong since kami tido sana before ke Lanchang. Dahla kakak aku tak dapat ikut, maka aku kehilangan jurumekap. Walaupun Yong bukanla pernah amik kelas andaman mahupun kelas mekap, tapi dia mekap lawa jugak. Dia amatur tapi macam pro oke. Siap ada bace-bace lagi masa mekap aku... :P

Tapi masa kat Bentong aku terpaksa cari orang mekap. Dia caj RM200 untuk mekap pengantin. Tapi since aku dah bengkrap dan aku rase dia caj mahal (Yong aku mekap free je! haha... eh. tapi Mak bagi dia RM100), so aku gitau aku takmo mekap pengantin. Mekap biase-biase sudah. Lagipun muka aku bukanla teruk sangat nak mekap tebal-tebal. Mekap biase pun ok. Aku ni bab mekap sangat tak reti nak mekap mata. Tu je. That's why la aku perlu khidmat dia. Dia pun setuju nak mekap biase dengan harga lebih murah. RM120. Ok lah...

Sekali kau, huduh siot muka aku. Dahla foundation dia warna gelap. Tak pasal muka aku hitam. I mean, memang la aku hitam, tapi... foundation yang dia guna is darker than my skin tone tau. Ade ke patut.

Dahla muka jadi gelap, dia plak pergi mekap muka aku style smokey eyes. Smokey eyes jubo apenyer kalau aku nak kahwin?? Ingat nak pergi dinner ke? Wedding aku dah sah-sah waktu siang. Lebam macam hape je muka aku... Masa dia mekap aku, memang aku tak tengok cermin cos mekap kat sofa kedai dia... takde cermin. Yang aku ralat tu, Mamito yang tengok aku kena mekap takdela pergi tegur dia ke ape.... bila dah siap baru sume bising muka aku tak cun. Cilakak tol. Bila aku tunjuk gambar Yong mekap aku, baru dia terkedu. Yong mekap takde pakai Kryolan jubolan pun lawa je. Tapi takleh nak watpe dah. Aku pun malas nak bising-bising since kitorang dah lambat nak ke Lanchang. Tapi memang sume orang tegur mekap aku huduh T___T

Dahla adik Mr CC yang kahwin jugak tu putih (family diorang berkulit agak cerah), nampak sangat beza ngan muka lebam aku ni bila bersanding 2 pasangan (yer... style 3 Abdul you... time Abdul Wahab dan Abdul Wahib kahwin)!!! Hampeh.

Maka.... memang aku dah decide takkan upload la gambar aku masa kat Pahang. Sesape yang gatal-gatal upload kat Facebook (selain aku) dan juga 'tag' aku, berjaga la... Aku sumpah muka dia jadi hitam and mata dia lebam.


Tapi aku mungkin merubah fikiran kalau komen di entry ni mencapai 50 komen.
Since pembace blog ni pun takdela ramai mana, rasenya tak sampai kot. Selamat gambar huduh aku. heheh...


Terima kasih.



Salam sayang,

alhamdulIllah...
Saturday, October 10, 2009
bismIllah...

Sabtu (hari ni) aku off from work. So nak jenjalan tengok wayang.. Rase macam nak tengok wayang... Last week tengok Sorority Row kat Pavvy. Sebelum tu citer Gamers. Dua-dua movies tengok dengan Mr Chubby Cheeks. Tapi weekend ni dia tak dapat datang. Lemak la tu kalo tiap-tiap minggu nak datang dari Lumut kan... ngabih duit minyak je.

Maka, aku ajak Yash. Baru sekali jer aku jumpa minah ni masa berbuka puasa dulu. Pastu sembang punya sembang, macam on je la nak kuar hari Sabtu. Tempat: KLCC. Aktiviti: Tengok wayang dan makan. Tu jer. hehe

Ajak Khairul, dia pun on. Khairul ni senang je on kalau ajak jumpa. Hehe... So kitorang bertiga memang confirm leh kuar.

Ajak Jaws, kata on gak. Ajak Enny, dia tak confirm. Ajak Yonna, dia nak kena attend open house kawan. Ajak Azman, dia kerja... Hmmm... Last-last, jumpa gak si Azman. Tapi Jaws dan Enny takde rezeki nak jumpa. Takpela, some other time maybe? Tapi aku sedih la jugak cos Jaws janji nak bawak hard disk penuh ngan movies yang berdownload untuk aku. Alih-alih dia tak dapat datang. Huhu...

Cam biase, meeting point mestilah KL Sentral. Senang. Aku malas bawak motor cos tak tau jalan ke KL Sentral. Aku tau jalan nak pergi kerja je. Haha... Lagipun malas nak bawak motor. sengihnampakgigi

Lepas breakfast kat McD, kitorang gerak ke KLCC dengan tumpang Abang Khu (my colleague) yang baru balik inspection kereta kat Puspakom. Lagi bagus kalo dia nak tumpangkan kan? Rezeki jangan ditolak... Aku ada ajak Khu join kitorang since dia pun off gak hari ni tapi dia telah di'request' untuk kerja juga. Oh well... takpela. Tumpangkan kitorang pun dah cukup bagus. senyumkenyit

Anyway...

Udah macam adik-beradik lak aku tengok gambar ni.
Dua-dua pakai baju sepesen. Hehe... Tapi Yash nampak macam kakak la.. ihikhik
Ni time baru pas solat Zohor after tengok wayang.

Kitorang tengok cerita 'The Surrogates' by the way.


Yash balik awal. Lepas makan-makan ni, dia blah dulu cos ada hal.
So tinggal aku dan Khairul je. Maka, kitorang lepak Kinokuniya jap.
Aku sangatlah geram tak dapat beli beberapa buku yang best cos tengah pokai...

Nak baca 'The Lost Symbol'...
tapi mahal la buku nyer. tak cukup duit..
T___T

So I bought one of the books below;
Teka aku beli yang mana satu?
;)


Then, lepak kat luar lak cos nak jumpa orang tua ENCIK Azman. encem

Leh nampak building tempat aku kerja dari sini... hehe

And then...
'dia' datang, jeng jeng jeng

...dengan lenggang-lenggoknya.. ewah!

HAHAHA
:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:

So I finally meet Azman Ishak yang bertanggungjawab buat edit header blog aku ni bagi cun sikit. Aku memang tak pandai sangat bab-bab grafik ni... and thanx to him, dia rajin editkan header aku supaya selari ngan tema warna blog aku ni; which is white, black and blue. love

Lagi gambar-gambar berkaitan;

Malu-malu taik kucing!
Susah benar nak amik gambar orang tua tu...
Takpela, kita kasi can... orang tengah 'darah manis'. :P

Macam kakak si Khairul ke??
T__T


Okeylah, ni jer la update arini.

Next time bebila free aku nak ajak Yash dan Khairul (cos diorang je senang nak ajak dan leh teman aku) pergi Times Square untuk memain kat Cosmo's World tu.
Muahahaha... muntah aku tak tau. sengihnampakgigi

Sesape free leh je join. Lagi ramai lagi best wo...
Tapi next month la kot.
Bulan ni dah pokai ar.
Huhu...

Argh.. esok kerja.
Malasnye kerja hari Ahad.
:(
Salam sayang,

alhamdulIllah...
Wednesday, September 9, 2009
bismIllah...


Salam, y'all! Wah.. hari ni aku happy sangat cos dapat berbuka dengan 2 kawan yang kenal dari internet. They are Yasha dan Khairul.


Actually kan, semuanya bermula dari tweet jer. Aku dok tweet tanya sape nak teman aku berbuka since aku asyik berbuka dalam train je. Sangatlah bosan. Alang-alang dah kat KL Sentral, ape kata kawan-kawan yang leh join datang teman aku berbuka? hehehe...

Aku memang dah lama plan nak jumpa dengan Yasha. Cos selain dari Chokilala, another virtual friend and blogger yang aku agak rapat adalah dengan dia. Rapat dari segi selalu chatting, gossip-gossip, share tips/news dan yang sewaktu dengannya. hehe. So, bila dia kata macam leh datang berbuka ngan aku petang tadi, hatiku sangatlah berbunga-bunga gembira. Akhirnya ketemu insan yang telah ku jalin ikatan persahabatan sejak tahun lepas. Selama ini hanya bersua di atas talian, tapi hari ni dapat jumpa. :) (Skema gile ayat)

As for Khairul, leh kata dia ni kawan baru la kot. Cos aku memang jarang giler berhubung ngan dia. Eh silap. Aku memang TAK PERNAH berhubung ngan dia before this rasenya. Baru semalam aku follow twitter dia. Cos semalam dia ade balas tweet aku untuk bagitau dia takde transport nak teman aku berbuka. Si Yasha lak baru petang ni follow twitter Khairul tu. Hahaha... memang tak nah kenal la dak Khairul ni sape before semalam.


Iklan jap;

Follow twitter saya di sini.
Follow twitter Yasha di sini.

Marilah join komuniti twitter.
Banyak faedahnya.
:]

Iklan tamat.


Kata Khairul, dia segan nak tegur dan komen-komen blog cos budak-budak yang menulis personal blog ni dah ada clique masing-masing... Hmmm... Well, aku rase adela sekali dia komen entry kat blog aku. Tapi bila aku nak view profile dia, tak boleh nak tengok blog dia ape cos dia tak display. Huhu... So arini bila dia balas tweet aku kata leh join untuk berbuka, aku pun on jer. Lagi ramai lagi meriah kan... :)

Gambar yang aku twitpic right after the picture was taken.
Aku nampak macam kakak-kakak ke? hahaha...
Pssst.. Khairul panggil aku 'Kakak' siot!
*aku tak tau nak react camne*
XP

Aku habis kerja 6.30 petang, terus bergegas tunggu monorel ke KL Sentral. Si Yasha lambat sikit cos dia dari Wangsa Maju, Khairul lak on the way. Nasib baik aku dapat cop meja makan. Huh lega... Khairul sampai dulu. Terkejut aku tengok Encik Khairul kita tu. Keciknya badan dia!!! Macam budak-budak! hahahaha... Cute tho. Tuan puteri intan payung Yasha tak mai-mai lagi time kami dah start makan. Sian lak kat dia... berbuka on the way. huhu

Bila Yasha dah sampai, macam biase ar, sedap-sedap je dia kutuk komen aku gemuk la ape la kan... huh! Tapi takpe ar, dia dah susah-susah datang kan... :P

Ape-ape pun, hari ni best. Mantap sangat la tarikh hari ni 9 September 2009 untuk diingati dengan peristiwa ni. Haihh... bila pulak nak jumpa Cik Chokilala yer? Aku teringin nak jumpa dia dan Yash. Si Yash dah jumpa tadi so kira satu hajat dah tercapai. Lagi sorang ni bile agaknye... Takkan nak tunggu dia jemput time kenduri kawen kot? Huahuahua...

Kejang otot muka menyengih.


Bergambar ngan si kecil molek Khairul, memang nampak la aku macam gergasi. huhuhu...


That's all for now.
So guys, kalau ada sesapa rase macam leh berbuka sama-sama lagi, bagitau la yer...

:)

Salam.


alhamdulIllah...