Showing posts with label Confinement. Show all posts
Showing posts with label Confinement. Show all posts
Thursday, September 10, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


10 September! Ya, hari ke-44 melahirkan (beranak pada 29 July, so hari tu dah dikira 1st day)

Esok merdeka lah aku...

Tapi despite the fact I'm at the end of my confinement, luka ceaser aku masih belum baik.

Malam semalam aku terkejut cos nampak ade benang (benang la jugak namanya walaupun ianya actually macam tali tangsi tu... keras) terkeluar dari luka czer.

Pagi tadi pergi Sejati, tapi rupa-rupanya Dr Goh masuk hospital cos ade infection kat otak. Was told by her nurse that "otak dia bengkak". OMG. Terkejut beruk aku... So Dr Goh takde... dia masuk Hospital Pantai Ipoh. I went to Dr Yeak instead.

First time actually pergi klinik Dr Yeak (also a specialist) and was greeted warmly by the nurse at the front counter. Bagus la. Sejuk hati aku haha...

But turned out Dr Yeak takde, diganti Dr Kama ke namanya... Doktor Melayu, lelaki. Alahai, segan aku... Padahal Dr Goh and Dr Yeak tu lelaki jugak, tapi kalau sama-sama melayu segan ler.... T_T

Anyway, buat bodo jela kan... dah ko desperate nak orang check luka. Kena bebel "akak tak cuci luka ni...." 

Ermm... aku rasa aku muda lagi okeh. Doktor tu beruban dah. Aku tak. HAHAHA. As for the cleaning of the incision areas, well... of cos la aku cuci. Masalah aku ni ialah kuat berpeluh and GEMOKS. Tempat luka tu kena tutup ngan perut yang menggelebeh. So still macam bertutup and berkuap. Ahh ape-ape pun lega doc bagi ubat, tolong cuci (kikiki) and clearkan benang2 yang 'getak' and mereput tu.

**Getak tu loghat Perak untuk jatuh (kot). Lebih kurang lah.. benang2 yang jatuh mereput gitu. belasah jelaaa...


Darah nifas tak habis lagi! Ermmm tapi memang dari dulu aku camni... 50 hari camtu baru abih.
Bosan tul nak pakai pad. T_T


Raiq. Ape nak update pasal si kenit ni?

Makin susah tido.Growth spurts I guess... asyik nak bergayut je. Letih aku cos aku banyak kerja nak buat.

So far Mamito ade kat sini tolong aku:
- tolong masak
- tolong tidokan Raiq
- tolong standby kat rumah jaga Raiq if I have to go out

Dalam keadaan mak aku ada ni pun aku dah terkejar-kejar jugak nak wat kerja. Camne lah aku nak kerja pasni dengan baby?? Mati weh.

Aku mengaku, aku memang WORKAHOLIC.

"Ko dalam pantang nak kerja hape ke? Duduk jela jaga baby elok-elok"

Haha... takde makna nak duduk saja. That does not apply to me.

Aku ni bukan kerja makan gaji. Bekerja sendiri dengan bisnes kecik (takde ramai staff to delegate jobs) memang membuatkan aku kena juga ambil tahu hal kerja dalam keadaan berpantang.

I mean, I love my work. I love it when people making orders, paying orders bla bla... and I really really strive to give the best by replying and taking action as soon as possible. That's me. Aku memang suka buat kerja cepat-cepat and tak berlengah.

I guess I'm a perfectionist too? - at least when it comes to my work. 

Masalahnya ialah kadang-kadang aku tak boleh la nak buat camtu cos I have a baby yang demand attention too.

Dah berapa kali mak aku bebel cos letak Raiq atas riba bagi dia nyusu sambil aku plak ngadap lappy balas email, order barang, proses order etc. Raiq dah melalak2 tapi aku biar je dia melalak atas riba aku cos aku ade kerja lagi sikitttt nak settlekan. My mantra would be "sekejap... tunggu jap..."

"Sekejap" should be 30 seconds. But sometimes aku terlajak sampai 5 minit. Huhu... bayangkan kalau baby ngamuk lama camtu? Hmmm...

Mak cadangkan untuk aku tinggal baby kat Beruas. She said, "Biar la aku bawak balik Raiq. Kat sana ade Nini, Diyana... aku pun ada leh gilir-gilir jaga. Kat sini kamu sorang dengan kerja tak habis-habis macam mana nak jaga dia... budak 2 orang tu lagi"

Well, of cos la aku tak setuju. ape ke he nyer nak hantar ke sana pulak? abis nak nyusu badan camne?

Cadangan itu sudah tentunya ditolak.

Pening wehhh... Takde ke sape2 nak jadi orang gaji aku? Aku kena work from home until Raiq 4, 5 bulan then baru lah aku hantar ke babysitter. Untuk umur sekarang ni terlalu awal... Mak suggest umur 2,3 bulan nanti hantar kat orang (or kat dia) tapi tak sampai hati plak... kecik sangat lagi. haihh dilema wehhh.

Ni belum lagi bab Hanis bebel-bebel kalau aku bawak baby ke kedai. Dia serabut la cos kena jaga baby yang melalak-lalak. Dia dahle anak bongsu kan, takde adik so tak reti sangat nak melayan. Haihhh...

Sangat-sangat perlukan maid.

K lah ngantok gile dah. Bye


Current weight: 84 kg

Current feeling: SEDIH LA COS LUKA TAK BAIK LAGI! takleh exercise, takleh berbengkung. Dahla gemok! benci... gemok and huduh gila... I am sad, angry and.... alone. :'(




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, August 16, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Ahad. 1.47pagi... Belum tido cos baru lepas tidokan Raiq and baru ade kesempatan check FB and dashboard website.

Hari ni 16 Ogos. Birthday si Izah Chokilala. Aku ingat birthday dia cos birthday dia sehari sebelum birthday aku hihihi...


Lagi sehari, umur aku 30 tahun!

Takde dah pangkal nombor 2 pada umurku lepas ni. Huahuahua


Black & white picture of me wearing Raiq using Jumpsac's Rainbow Waves ring sling last Friday (14th Aug).

Yer, tak habis pantang lagi dah merayap... Tapi ni balik dari klinik... Singgah Aeon manjung cos Mamito nak makan Kenny rogers. Mak aku tak larang pun, so...... =p

Anyway, pergi klinik cos Dr. Goh nak check luka czer. Earlier last week, Isnin tu ade nurse KKIA datang check... And nurse tu la mentioned ade nanah kat luka aku tu. Sebab kena air masa mandi and tak betul2 kering kot. Stress aku... Jumpa Dr. Goh petang tu but he said takde nanah pun (maybe jugak nurse dan tekan2 and cuci masa check pagi tu)... He did say "maybe u alergik dengan benang jahitan". Perghhh seriau lak aku dengar...

He then told me to clean the incision area with alcohol swab. And asked me to come again on Friday. Nasib baik lah masa datang semula Jumaat lepas doc kata takde ape2 dah. Lega oiii

Sempat jugak tanya;

"Doctor, kalau I dah 2x czer, you still bagi lagi ke try for normal delivery if I preggy lagi?"

"Nope... Kita akan czer terus. Tak berani la ambil risiko" he said, smiling.

Alahaiiiii...

Nak kena operate lagi ke??

T.T

Now baru la aku paham kenapa ade orang dengan "berani" nya amik risiko homebirth.... And mostly unassisted la cos mana ade doctor kat malaysia ni nak buat home visit kan? 

Yang buat cmtu cos dah pernah czer, and tak nak kena czer lagi. I know a couple of people from ICAN group yg memang berjaya normal birth after MULTIPLE c-sections. 

Ermmm... Frankly, tak berani ler... Memang kagum and teruja baca cerita2 orang yang berjaya beranak sendiri di rumah dengan hanya bertemankan suami, TAPIIIII ishhh tahla. Tak berani la aku. Takut jadi ape2...

Takpela, lagi 3 tahun baru pikir balik hahaha...


Nak tido lah.

Bye


Thursday, August 6, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ke-9.

Hari pertama tu kira masa hari melahirkan lah yer...

1. Done berurut 3 hari.

Alkisahnye aku mengalami engorgement of boobs since my baby didn't really want to direct feed.

Aku dah tuam tapi tak betul-betul lega. Well, time dah bengkak baru la terhegeh-hegeh nak panggil orang mengurut.

Makcik yang selalu urut aku tu tak dapat dihubungi le pulak. Maka, aku contact spa depan rumah ni. Spa Lurvely Beauty kat Bukit Permata. Amik 3 hari jer cos price boleh tahan... Huahua. Amik pakej urutan orang bersalin + hot stone massage since takleh bertungku (bertungku di sini bermaksud guna tungku utk tolak2 kat perut betulkan peranakan ke ape tah... Aku kan czer, so takleh nak wat)

RM110 per session x 3 hari = RM330

Alhamdulillah so far serasi dengan aku. And I love the hot stone massage! Sedap gila badan! =D



Badan rasa ringan and yang paling penting, susu dah lancar and takde bengkak or ketul2 lagi (seksa wehhh)


2. Done daftar nama baby.


محمد راءق الفا ته

Raiq : aku bagi nama
Alfatih : ayah budak yang bagi nama

Surat beranak kali ni je tempat lahir "Sejati Maternity & Specialist Centre". Yang dua orang sebelum ni kat Hospital Angkatan Tentera... Takpelah. Special case sikit... Kebetulan ade rezeki lebih, alhamdulillah...


3. Dah boleh mengiring.

Alhamdulillah... Czer kali ni tak derita sangat mcm dulu. Baru hari ke-9 and aku dah boleh mengiring susukan Raiq. Takleh lama-lama, but still boleh la tanpa sakit melampau. Dulu memang takleh langsung even dah 2-3 weeks! Tak tau la ape masalahnye dulu sampai teruk bebenor... Tu yang dulu aku heran camne orang cakap after 2 weeks dah ok. Aky tak ok2... NOW baru ok. Alhamdulillah syukur sesangat. Jalan pun laju je takde sakit sangat dah.

But, still takleh berbengkung. I tried compressive camisole too, but still hurt. So tak nak la paksa badan. Biar je dulu...

What else to jot down?

Mmmm tah. Tak ingat.

Adiossss


Oh ya! Tengok gambar ni baru teringat... Raiq dah botak today!

Sunat patutnya cukur kepala baby hari ke-7, tapi sebab bz and takde alat, tak buat-buat...

Hari ni aku ke Sejati cos nak doctor check luka czer (aku dah cabut sendiri pelekat kat luka cos masuk air... Patutnya appointment 7hb ogos untuk doctor cabutkan pelekat).

Balik dari klinik tu singgah kedai gunting depan rumah untuk cukur kepala Raiq.

Lega. Sebabnye macam ade 'cradle cap' in the making... Elokle botakkan je.

Hmm...

I can't wait to get back to work... Bukan sebab aku SUKE sangat nak kerja, tapi sebab risau and tak harap kat adik-adikku huhu... Padahal diorang ok je so far... Agak stress jugak bila takde kat kedai untuk monitor keluar masuk barang  and restock stuff.

Ikutkan hati memang le nak cuti je lelama.. At least 2 bulan ke.. Tapi macam takleh. Tengok le camne...

Till then.

Wslm
Sunday, August 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


5.55am

Baby dah tidur semula lepas bagi susu 60ml. Bottle fed. Formula milk.. Sebab tak sempat nak pam. Malam tadi aku penat sesangat... Hours of trying to coax him to suckle... Dapatla dia nyusu sikit. Pehtu tido or melalak nak botol. Geram betul aku cos dia maleh nak direct feed...

Bengkak susu pun yer... Stress gila. Nasib baik lepas tuam macam ok sikit. Sakit oi berbonjol2 jadinya... Nasib baik tak demam.

Aku dah tak ingat pengalaman masa Raul dulu camne... Memang bagi FM jugak awalnye cos aku tak larat nak bangun... Sakit gile kat tempat czer. And masa 1st czer dulu memang aku rasa teruk sesangat... Alhamdulillah this time aku larat jugakla bangun untuk pangku baby nyusu... Tho i must admit my back is killing me :(

Mamito has been helping me since day 1. Dia tau aku camne kalau penat... Budak kecik tak bersalah pun kena marah. Alhamdulillah so far I still can keep my calm... Ade 3,4x jela termarah baby cos dia takmo suck. Penat, bengkak and sakit pinggang... T.T

Aku belum start berurut lagi... Makcik yang aku slalu urut tu tak dapat dihubungi. So aku call spa depan umah ni je... Spa tu ade wat khidmat urut orang bersalin gak. Hopefully ok la... Dia akan dtg hari ke-7 nanti.

Nurse KKIA Sitiawan dah start datang melawat since Jumaat. So dah 2x datang. Arini Ahad pun nak datang lagi... Yang semalam cakap baby ade mild jaundice. Haihhh ni yang tak larat. Bab jaundice ni... Budak ni dahla takmo menetek sangat. 



Razin has been a great "abg long". Helped me to fetch stuff... Very loving towards his baby bro, and tolong kontrol Raul for squashing lil baby.

Raul? He's an adorable toddler... Dia sabgat loving tapi still tak reti nak control lagi. Semalam dapat naik atas katil seronok gila (katil has been off limits to him sejak dia cuba cepukk kepala baby). Excited tengok baby baru... And when I let him to get closer to the baby, he kissed baby's head. Awwww... Air liur Raul pun selambak jatuh atas dahi adik hahaha... 

Sian gak kat Raul cos Mak tak dapat nak manja2 and dukung Raul... Mak takleh angkat berat2 lagi... And Raul is 12kg-ish! Huahua


Alhamdulillah i feel so blessed with the 3 heroes.


"Hi... I'm the newest baby bro. U can call me Raiq"

Hehe...

Baby Raiq for now.



Nanti hari ke-7 baru kita umum full name. Dah daftar dah hari Jumaat lepas btw. Ayah kena settlekan cepat cos Monday ni dah start kerja semula. Ayah cuti seminggu je and dah cuti sejak tarikh due date aritu... Nak wat cmne kan, "Sedia Berkorban" 

Ok dah 6 suku pagi. Nak kejut orang Subuh.

Adios. 


Alhamdulillah....
Thursday, June 26, 2014
bismIllah...


Hari terakhir berpantang.

Yayyyy!

Sekarang baru settle pack-pack barang untuk pos esok. Raul tido, Razin tido (kot? - baru lepas buat susu). Now aku mengadap laptop settlekan kerja.

Ape kerja aku?

Check payment.
Pack barang terus - siang nanti senang. Takde la aku tensen nak tunggu baby tido untuk settlekan packing.

Check payment.
Jot down order - untuk barang yang kena order (pre-order).

Check payment.
Update list instalment + kutu.

Check email.
Balas email-email penting berkaitan order from supplier dulu. Bayar invoice.

Check whatsapp.
Sejak ade instagram (follow la @mama_panda_store), terus aku selalu berwhatsapp. Kalau idak, takdela sangat... Bagus gak ig ni. Kenapa aku lambat buat - well.... aku tau kenapa.. cos sebelum ni aku pakai Blackberry! mana ade instagram. HAHA

Tu jela update pasal kerja.

Aku sedang mencari pembantu rumah harian ni. Nak yang datang 4 hari je seminggu. Ade ke orang area Bukit Permata yang nak ek? Suruh husband tanya-tanyakan kot ade bini-bini navy yang surirumah takde buat ape kot2 leh tolong? tapi husband tak membantu.

Aku ni perlukan sokongan dan bantuan dah ni.

At least benda-benda remeh macam mop lantai, kemas rumah, sidai kain, lipat kain tu aku takyah buat. Baik aku spend masa layan budak-budak ni kat rumah. Now I'm juggling an online bizz, taking care of my babies and the house ALONE. Arini rasa macam nak pengsan... cos arini gomen gaji. Nak amik order lagi, nak pack barang lagi... nak melayan anak yang meragam lagi. T_T

So yeah. I definitely need THE HELP.

what else to write....

Blur dah.

nanti je la sambung.

Wslm



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 22, 2014
bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah... dah hari ke-40. Lagi 4 hari merdeka dari pantang...

Tho I must say, aku ni pantang macam tak pantang je.

Lepas discharged hospital, memang terus balik Beruas. But tak sampai 2 minggu di sana, aku dah balik ke Lumut. Terpaksa cos permintaan dari customers takleh nak tolak... nak mengepos barang susah di kampung... Kat Lumut senang, courier service pick up barang di rumah je...

Anyway, awalnye ade adik aku temankan so okla ade orang jaga budak2 ni time aku kerja... Then sejak 2 Jun aritu ade bergaduh pulak (sampai sekarang aku sakit hati) and dia dah tak nak kerja/duduk dengan aku dah so tinggal la aku sorang2 berpantang di Lumut and taking care of my 2 sons... and at the same time handling my online bizz. Laki aku waktu petang kul 5 lebih je baru balik... so bayangkan macam mana keadaan aku??

Takde tungku2... takde masa... masa awal2 kat rumah mak je... and kadang2 kalau laki aku sempat bakar besi tungku atas dapur before dia pergi kerja.

Mandi air herba, air daun? Takde jugak. Nasib baik la kat rumah ni ade water heater so still mandi air panas - tapi masa kat rumah mak di kampung dalam beberapa hari lepas bersalin dah mandi air sejuk cos takde heater (bilik air lain and aku malas mandi situ) and takde sape nak merebus daun ke ape untuk aku mandi. So lantak...

Bab makan? hmmm makan jela ape yang ada... megi dah telan, pama dah telan, ayam pun aku bedal je. Asal makan udah... kang tak makan takde susu pulak nak bagi baby.

As for berurut, Jumaat lepas baru start berurut. Hari ni dah abis... Okla lega ckit badan.

Berpantang dengan hati remuk redam and depressed. Nasib baik jugak beranak czer, takde batu meriyan... kalau idak mau meroyan jugak aku ni. Sampai sekarang aku takleh tengok adik aku tu... rasa sakit hati ya amat-amat. Time kita tengah susah, tengah perlu bantuan, sampai hati la dia biar kita terkontang-kanting sorang-sorang hanya sebab kena tegur. Kena marah sikit sebab lembab time kita lapar and nak cepat. Aku kalau kebulur memang nak marah je kejenya. Takpe... After all, hidup ni takleh nak harap kat orang sangat kan. Buat jelah benda sendiri.

Some people might say buat ape lah nak sibuk kerja time berpantang.. time pantang, pantang jelah. Yeah, easy for you to say. Kalau aku kerja makan gaji macam masa beranakkan Razin dulu of course that's what I'll be doing too. Rilek jelah kan. Cuti 2 bulan pun gaji masuk macam biase.

But now I'm working on my own. Aku lah boss. Aku lah kuli. Aku lah tukang check payment, check order, check stock, pack barang etc. Nak berehat pun serba salah cos ade email-email/mesej whatsapp/fb menunggu... tak balas kang orang kutuk service lembab etc. Serba salah cos aku takde orang/pekerja untuk ganti tempat aku. Takde orang aku nak redirect. So? Nak tak nak I have to settle those emails and restock barang yang dah nak abis etc.

Gaji laki aku mana la nak cukup bayar segala expenses. Bayar utk kereta 2 bijik, rumah 2 bijik and bil2... semua duit dia (kecuali bil internet). Ate, kalau aku tak tolong seksa la sikit lebih-lebih lagi rumah sewa kat Manjung tu ade tenant dah kuar last May. Maka, bekerjalah aku di waktu pantang...

Aku tak kisah pun... I love what I'm doing. I love baby stuff! Bila buat benda yang kita suka, tak rasa beban pun. Cuma aku perlukan bantuan untuk orang taking care of the baby + 3yo Razin while I'm in front of lappy. Bila takde pembantu, tu yang kelam-kabut. Padahal aku kerja dari pukul 10pagi - 4, 5 petang je. Kejap je pun.

Yang membuatkan hati aku bengkak and masih berdarah adalah kerana plan2 yang aku rancang sejak preggy tak dapat dilaksanakan disebabkan takde orang tolong jaga baby+Razin. Geramnye ya Allah.. tak tau nak cakap. tapi  yelah, Allah sebaik-baik perancang. Belum ada waktu sesuai lagi la tu... or this is a test for me to go all out to get what i want. I have yet to understand the signs...

Anyway, beranak kali ni pengalaman berbeza sungguh.

Tak rileks... sakit lepas beranak and seksa sangat nak bergerak... tobat la kena czer ni. Takmo dahhhh T_T

Benda pertama yang beza lepas giving birth was my milk production. Memang lambat baru susu tu nak keluar banyak... tak macam lepas bersalin normal. Terus keluar menitik2 time mandi lepas bersalin...

Hari pertama lepas dibedah (aku dibedah time Zohor) memang takleh bangun and angkat kepala for the first 6 hours of operation. Time ni memang aku tension and stress sangat-sangat... Aku nak sangat-sangat bangun tapi takleh. Bahagian bawah kebas tak rasa ape and kaki pun takleh gerak. Pastu aku rimas gila-gila dengan salur air kencing. Berdoa sangat-sangat time ni cepatla masa berlalu supaya leh diorg buang catheter tu and supaya aku leh bangun gerak sendiri pergi toilet.

But then bila bius dah abis and disuruh bangun and gerak, baru lah tahu SEKSA GILA nak bangun hoi...Allahuakbar...nak bangun dari pembaringan tu yang seksa. Dah bangun ok la ckit... fobia jadinya untuk baring cos takut susah+sakit nak bangun huhu...

And sebab dah biase catheter dipasang (takde rasa nak kencing cos air kencing tu terus kuar masuk ke plastik), udah la kena baerlari ke toilet kalau nak kencing cos dah nak terkencing sesangat baru rasa. Haaa bayangkan dengan keadaan sakit baru lepas operate nak berlari ke toilet untuk kencing?? Memang la takde berlarinya... hahaha... terkedek2 jalan cepat2 untuk kencing... ade la sekali tak sempat sampai ke toilet bowl bersepah lantai dengan air kencing. Huahuahuahua... nasibaik bilik kat hospital tu aku dok sorang je =P

Anywayyyy... bagi aku, bersaling czer tu best kat part tak kena seluk je. hehehe... fuh seronok gila takde nurse check-check jalan... tapi yang tak bestnya perut tu la... Lama oi sakitnya. Even dah 40 hari ni pun masih tak baik lagi. Masih ada sengal-sengal... tapi a lot better la dari dulu....

Dulu aku tak boleh mengiring langsung.Seksanya nak susukan anak malam-malam... takleh selak je. Kena bangun, duduk and bagi dia nyusu. Penat and mengantuk and tension je.... T_T

Which was why anak aku minum susu perahan waktu malam. Sebab aku penat and aku pass kat Mak (masa kat kampung la) untuk bagi dia minum susu.

Alamakkkk... Raul dah bangun. Nanti aku sambung lagi bab penyusuan susu kat anak no.2 ni.

To be continued.
Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, May 30, 2014
Bismillah...

Baru tahu...
Macam ni rupanya ber-anak dua.

Baru ku tahu...
Macam ni rupanya seksa sleep deprived ketika ber-anak kecil...

Sudah lupa... Dah lama takde baby kecik....

Belum lagi 3 minggu berpantang...

Tapi alhamdulillah sakit di perut bekas operate dah berkurang. Dah boleh batuk dan bersin tanpa rasa nak terburai isi perut...

Baru tahu seksanya berpantang kalau czer...

Baru ku tahu...

Alhamdulillah dengan pengalaman ini...

Banyak sangat benda yang ingin ku catat. Tapi tak cukup masa! Masa siang aku sibuk uruskan online bizz (yer, dah start busy semula). Malam pulak tak cukup tido cos my newborn baby tak tido malam sangat.... T.T

Malam-malam memang masuk tido awal cos I really need the rest. Tu yang kadang2 orang mesej pukul 9-10 malam, esok pagi baru aku reply huhu...

Cabaran menyusukan baby pun bermula. Setakat ni paling banyak leh pam 2x je sehari... Paling koman sekali cos aku pam untuk stok bagi susu malam2. Tak tau la kenapa, baby macam tak puas je kalau nyusu badan malam2... Bagi botol with 4oz ebm baru dia tido... 

My milk production plak since balik Lumut (dah balik rumah sendiri even belum 2 weeks) dah merudum sikit... Masa kat Beruas banyak gak dapat pam... Now, even with double pumping (10 minit) dapat average 4oz je. Lantak la asal ada...

Kena rajin pam je sebenarnya tapi aku takde masa sangat cos busy online huhuh... And Raul pulak time siang dia banyak tido.. So tak cukup stimulate susu untuk kuar banyak... Tu yang malam2 tak cukup kot? Hmmmm...

Will write more in next entry... Banyak benda nak catat tapi takde peluang ngadap blog. Tension jugak... Cos dulu time Razin aku slalu je blogging ;p

Ape boleh buat... Kerja sendiri lagi susah cos I expect more of myself. Tak kerja kang takde duit masuk pulak. Nasib baik la aku kerja dari rumah je...


Raul dah botak... Bapak dia gondolkan... Aku start bagi Raul botol (to drink ebm) before dia berumur seminggu lagi... Guna botol Tommee Tippee yang dipercayai. Nasib baik le takde keliru puting... Dia still boleh direct latch but I do notice dia lagi prefer botol.. Esp waktu malam.. Sbb waktu malam kalau jaga 3,4 pagi aku direct bf mesti lepas beberapa minit dia lepas and ngamuk2... Tu yg panaskan ebm n bg botol je tu... 

Tapi aku pun dah takde bengkak2 breasts sebab penuh susu macam masa kat Beruas. Dulu, bangun tido je mesti penuh je... Now takdek. T.T

Oh semoga dipermudahkan lah urusan penyusuan susu ibu pada Raul ni... Insya Allah...



Alhamdulillah...
Thursday, April 21, 2011
bismIllah...


Tahu bentan tu ape? Mmm.. in my own words, bentan tu adalah akibat negatif yang berlaku jika melanggar pantang larang. Contoh: Mak suruh aku duduk umah diam-diam sebab masih dalam pantang (lepas beranak) tapi aku gatal nak merayap ke umah Wan Chor. Masa on the way balik tersepak pasu bunga and kuar darah/tumpah darah dari bahagian sulit. Haaa... tumpah darah itu dipanggil bentan. Tak paham lagi? Ahh lantak mike la. Sila google.


Anyway... tentang bentan ni... actually aku tak tau la aku kena bentan ke idak masa mulanya.

Jom bace... pastu korang rase aku bentan ke idak?

Ingat tak entry aku ke Lumut untuk amik kereta laki aku tu? Haaa... well, masa kat sana memang la aku ada ngemas umah sikit-sikit bla bla bla and balik ke Beruas pun aku sendiri drive kereta sorang-sorang. Lepas sampai Beruas, aku mendapati banyak pulak darah yang keluar. Macam darah period. Untuk makluman, dah beberapa hari before tu aku memang tak pakai pad dah. Pakai pantiliner jer... sebab darah nifas dah sikit...kejap ada, kejap takde...

So, aku macam pelik jela bile tetiba banyak kuar darah...tapi wat bodo... kot2 darah jadi banyak tetiba cos minum nescafe masa kat Lumut ke... (umah Beruas takde nescafe... aku minum cos nak bagi berak... sejak beranak ni, susah betul nak berak hari-hari)

Esoknyer, waktu pergi klinik for Razin's one month jab, nurse tanya darah banyak lagi ke? Aku jawab la yer. Then dia tanya, darah camne? Aku cakap la banyak macam darah period. The aku citer la dah beberapa hari aku tak pakai pad (and kekadang tak pakai panties pun) cos darah nifas cam sikit and kering... alih-alih since balik Lumut kena pakai pad cos memang kuar banyak.

Nurse kata, "Darah period la tu.. Ada orang memang cepat period"

Time ni aku dah pelik. Cos selalunya breastfeeding mom lambat datang period kan? Ini... habis pantang pun belum lagi, dah period??

Nurse kata lagi, "Tunggu lagi beberapa hari... kalau cukup 5,6 hari kuar darah and then stopped, betul la period."

Well, pas balik Klinik... hari Jumaat gerak balik Pahang...

Balik dari Pahang, aku mula rasa pedih bila kencing... luka ke ape tak tau la kan... I told hubby, hubby suh berurut (kot-kot peranakan jatuh lagi ke ape ke). So, balik Beruas aku gitau Mak.

I told Mom and Opah and also Mak Cik yang ngurut aku tu.. Then they all sume pandang sesama sendiri. "Bentan la tu... tumpah darah kan?" kata Opah.

"Ntah... nurse kata period"

"Hisy.. takkan la period... aku rasa kamu ni kena bentan. Bawak kereta sendiri... pastu duduk dalam kereta lama-lama masa ke Pahang tu..." kata Mak plak.

"Hang bawak kereta? Ya rabbi budak ni... aku rasa betui la kena bentan. Tu yang berdarah banyak tu... Orang time nak habis pantang ni lagi nak jaga... Ibu jari tu kalau tersepak ape-ape pun leh turun darah" tambah Mak Cik Timah plak sambil urut-urut badan aku.

Hmmm... ntahla. Semalam dah takde dah kuar darah banyak tu. Semalam jugak first time aku bertangas. Mak risau so dia bakar la ranting semalu and halba untuk aku bertangas. huhu

I did asked them "Abis, kalau bentan camne? Kena pantang balik 44 hari ke?"

"Isy... takdela kena pantang balik... mampoih la nak ulang balik 44 hari" jawab Mak Cik Timah.

"Takde ape la... dah jadi... orang nak elak dari tumpah darah tu... kot-kot nanti tak cukup darah ke... ni dah jadi, sudah laa" kata Opah.

Pengajarannya di sini: Time berpantang tu toksah le ke sana ke mari je kejenye... Ramai yang nak beranak sikit lagi kan (to mommy to be yang nyinggah bace blog ni)... so jadikan ni pengajaran masa berpantang nanti eh... huhu

Akhir kata, sekian...

Isnin ni aku merdeka! ho yeahhhh!


UPDATED!

-Lupe nak tulis kat sini yang since balik Pahang, bila aku nak kencing je mesti pedih... that's why la Mak, Opah n Mak Cik Timah tu ingat aku bentan.

- Tapi bila bace balik pengalaman orang and komen-komen di entry ni and twitter, aku rase betul la aku period.

- As for rasa pedih masa kencing tu, well itu sebab kencing aku kotor. Masa pergi klinik tu pun nurse dah kata kencing aku kotor.. patutla lame-lame pedih... mesti tak bersih lagi air kencing aku... huhuh... so sekarang tengah nak minum air masak banyak-banyak supaya jangkitan bakteria (yang buatkan aku pedih tu) akan hilang... and aku plan nak pergi jumpa doktor mintak antibiotik kalau tak ok lagi dalam sehari dua ni... huhu


alhamdulIllah...
Wednesday, April 6, 2011
bismIllah...


Mood masih down dengan milk production. Dan arini aku tak pam susu langsung. Malas dan takde masa. Hari ni Razin susah betul nak tidur siang. Kalau tidur pun sekejap-sekejap.. paling lama sejam, pastu kena dukung... And aku bagi jer susu walaupun aku tau dia takdela lapar cos pastu mesti dia luah susu balik. So arini aku penat sikit. Huhu...

Suami dah berlayar hari ni. Next week baru balik. Next week juga Razin akan dicucuk kat klinik cos dah cukup sebulan. Cam tak caya jer baby dah nak sebulan. =)

Semalam Mak Cik Timah yang mengurut tu datang. Dia nak urut Mak actually tapi Mak pulak tak balik lagi dari Manjung (makan di Shabu-Shabu bersama kawan-kawannya). So, aku suruh la Mak Cik Timah tu urut aku... lagipun, nak urut untuk banyakkan susu kan? And I also asked her to massage me sebab aku ada rasa tak berapa sedap di bawah tu. Bukan luka jahit yang sakit.. tapi... something la... camne nak explain tah. Aku suspek peranakan aku macam jatuh.

Well, memang betul la peranakan aku ada jatuh sikit. Sakit jugak bila mak cik tu betulkan. Huhu... no wonder ar rasa cam tak best jer... Aku rasa, jadi camtu cos aku selalu gak macam berlutut and almost macam bercangkung bila nak amik Razin dari tilam dia di lantai. Aku rasa sebab tu. Tapi alhamdulillah Mak Cik Timah tu cakap jatuh sikit... takdela teruk mana. She said normal la pas beranak ni kedudukan peranakan tak berapa nak cun kalau tak jaga elok-elok. huhu...

Mak pulak kata peranakan aku jatuh sebab pakai corset Premium Beautiful (PB)!
Well, corset tu adalah corset Mak aku, aku pakai cos Mak aku tak pakai pun. Bazir beli mahal-mahal. Memang ketat gak even aku pakai (ni maknanya size badan aku almost sama cam Mak aku ker? T___T ). Benda alah PB ni ada 3 helai; bra, girdle and waist nipper (betulke aku eja nih). Selalunya aku pakai waist nipper jer... yela, cam ala-ala bengkung gak kan... so pakai jela. Lebih selesa and senang... cangkuk jer...

Yang girdle tu aku pakai gak tapi kadang-kadang... kalau aku malas, aku tak pakai. hehe.. bukan ape, seksa woi nak pakai... kena ada orang tolong cos ketat giler... Mak aku sendiri langsung tak pernah pakai... Memang aku akan salute dia la kalau dia leh pakai. HAHAHA :p

Bra lak memang aku tak pakai langsung cos aku kan breastfeeding Razin. Pakai nursing bra.. so tak koser la aku nak pakai bra PB tu. Ntah muat ke idak cos size Mak kan... Aku memang tak sentuh langsung. hehe

Back to my Mom's comment- Mak suruh aku stop pakai corset (waist nipper) PB tu cos katanya, corset tu menekan ke bawah.

Mengikut teori Mak, pakai corset kan ketat dan lebih terletak...
Bahagian bawah corset tu (yang bulat warna merah dalam pic di atas) menekan peranakan aku ke bawah...
btw, atas tu bukan corset PB. aku gugel jer pic tu



Aku protes cos aku suke pakai corset PB ni cos selesa and yang paling penting, memang kempis ar perut... (sape tak suke kan??) hehe... And aku banyak jer bace yang ramai orang pakai corset PB time pantang untuk dapatkan balik shape sebelum beranak Pembetulan: Aku tak bace, tapi orang yang rekemen pakai time pantang... Yang aku bace, mostly selepas pantang baru pakai... Takde lak aku bace something yang negatif... siap orang dok promote lagi untuk pakai time pantang ada. So aku sambung pakai after diurut Mak Cik Timah.

And you know what? I think my mom was right. Terasa balik 'something yang tak best' tu setelah beberapa jam pakai (memang takde melutut or bercangkung dah pas kena urut). Haishhh...

Camne nak explain eh 'rase yang tak best tu'... Mmm rasa macam bila kita bangun dari duduk, benda kat bawah tu sakit. Macam nak jatuh? eh, macam over sangat bunyinya... tapi cenggitu le lebih kurang... yang sakit tu bukan luka jahit btw. Cos luka aku dah dah baik (setakat yang leh nampak) and tak sakit dah. Hmm...

So, arini aku tak pakai pun corset PB tu.

However, aku rasa MAYBE sebab aku just pakai waist nipper je kot? Tapi kekadang aku pakai gak girdle... hmmm tak tau la...

Ade sesape nak komen?

By the way, entry ni bukan nak condemn PB lak ek. Kang ada lak orang marah cos macam nak tutup periuk nasik orang (yang berMLM) plak. BUKAN. Ni lebih kepada curiosity and seeking truth? Err... any expert on corset leh la komen... betuike corset ni menekan ke bawah? Sebab tu ke peranakan jatuh? (Masih dalam pantang lagi btw... Dalam 25-26 hari berpantang.) Cos 'rasa yang tak best tu' memang waktu tu jugak leh rase...tadi takde, ni tetiba ada (cos Mak Cik Timah tu suruh aku jalan-jalan lepas urut untuk check aku rase lagi ke 'something yang tak best' tu and ternyata tak rasa lepas diurut) sebab tu aku berani tulis camni. huhu

Hubby kata takyah la pakai dah. At least sampai abis pantang... well, we'll see... cos aku serius suka pakai corset PB ni dari bengkung. Perut kempis wehh... ekekeke (belum 100% buncit-less but I think in time, I will... heheh). Bengkung ada, tapi aku maleh nak ikat-ikat... nanti loose jugak ikatan tu so cam tak best. Pakai PB, cangkuk jela... senang :)

Tapi bab peranakan ni jangan dibuat main. Lama lagi nak pakai ni wehhh... err... Nampaknye aku kena pakai bengkung gak ler kot?

Nak review aku tentang PB? Well... kita tunggu Kak Di review dulu... ekekeke...

By the way, aku rasa kang mesti nak tau camne aku berpantang kan?

Well.. takde la strict bebeno... Aritu kan aku ada tulis aku ada skip-skip bertungku kan? Haaa... sekarang TIDAK LAGI (well, since bace komen entry tu, memang aku tak skip dah). Risau wehhh... bertungku tu bagus sesangat. Kalau betul caranya, peranakan takde la jatuh. Kita leh tolong naikkan sendiri... :)

Tapi bab makan, well... aku makan jer apa Mak aku hidang. Antara yang aku rasa orang berpantang lain tak makan TAPI AKU MAKAN maybe benda yang gatal-gatal kot. Laksa and ayam (adela sekali dua) aku bedal jer. Makanan berangin ada gak aku ngap (patutnya takleh) seperti keledek goreng...

Ermm aku takde la salahkan corset cos bab makan pun aku tak strict sangat (sebenarnya sebab dah takde benda nak makan... itu jer ada. makan jela) and aku TAK PAKAI FULL SET? Pakai corset memang takde la letak benda alah ape-ape kat perut cos nanti kotor lak. Time pakai bengkung ada la sekali dua letak, pastu tak letak... malas.

See? Berpantang pun tak strict maner... :(

Apa-ape pun, entry ni untuk panduan/perkongsian ngan readers blog ni.

Sebenarnya aku nak update benda lain, terupdate benda lain plak.
Ape-ape jelah labu...

Salam...



alhamdulIllah...
Tuesday, March 22, 2011
bismIllah...


1. Hubby is currently in Pulau Tioman. He called half an hour ago. I miss him so much! Terasa lebih feeling-feeling since dah ada anak bersama-sama ni. Serius... huhu... Beliau dok bising kata Tioman takde ape.. well, I wouldn't know cos I've never been there. Tapi aku tetap pesan, kalau jumpa fridge magnet Pulau Tioman jangan lupe beli! We're collecting those things... nak tiru cam Mr Penyubiru yang kumpul fridge magnets of places he's been. :)


2. Aku masih belum timbang berat badanku since bersalin. Main reason adalah takut berat tak berubah. Huahuahua... Tapi dari segi fizikal, macam tak banyak berubah je. Perut still buncit. But then, Mak kata awal lagi... Tak sampai 2 minggu pun. Hmm... mintak-mintak laaaa leh kurus balik!


3. Semakin tak selera nak makan lately. Tapi perut sentiasa lapar. Aku makan sebab perut aku sakit... dan juga sebab nak bagi buang air besar. I'm lucky cos baru 2 hari bersalin dah leh buang air besar (bersalin hari Jumaat, membuang hari Isnin). Ada orang sampai seminggu lebih tak berak-berak (aku jumpa masa kat hospital manjung aritu). Uiii giler... Aku ni 2 hari xberak pun dah tak senang duduk... camne ler kalau seminggu tak berak?? Naya!! Aku memang takleh kalau tak membuang setiap hari...


4. I'm thinking of pumping my milk. I think I have too much milk. It's good, right? Tapi leceh gile bila time tidur pun basah baju aku cos susu still keluar eventho tak nyusukan anak. Kalau pam and then bagi Razin EBM thru bottles at this early time, takpe ke?? Eventually still kena ajar dia minum guna botol gak kan? Nipple confusion ni tak berlaku kat semua babies kan.. but of cos, lebih baik mencegah dari menyesal... tapi... hmmm... eh entahlah! konfius...


5. Botol susu jenis ape sesuai untuk baby yang aku nak breastfeed dan jugak bottle-feed at the same time?


6. Ok. Takyah beli pacifier... but... macam kena beli botol susu jer... errr...


7. Hubby berlayar seminggu... which means seminggu jugak la ikan-ikan dalam akuarium kat rumah di Lumut tak makan. Mintak-mintak diorang tak mati laaa... huhuhu


8. Aku kena buat checklist barang yang kena beli laaa... gaji akan dapat hujung minggu ni tapi benda yang nak dibayar cam banyak je... Mintak-mintak la duit cukup!!


9. Aku rasa macam kena buat satu lagi blog special untuk blogging tentang Razin. Tapi cam maleh pun ada... tengok la, kalau rajin aku buat. Bukan ape, aku tak nak 'menjadi orang lain'... a different person that who I used to be. Asyik blog pasal anak jer... well, aku memang nak blog pasal anak, but maybe not here in this blog. Ahh korang tak paham kot, tapi... that's me. Bukanla aku tak nak update langsung pasal Razin kat sini, tapi... another blog is a good idea for me to record his progress and my motherhood experience, no? Tengok laaaa (kalau rajin).


10. When is the safest time to have sex after given birth?

........................

Kalau segan nak komen, leh guna Anonymous profile.

Kthanksbai.



alhamdulIllah...
Sunday, March 20, 2011
bismIllah...


Aku bersyukur sangat Razin dilahirkan pada Jumaat (11 March) lepas. Elok-elok jer time nak cuti sekolah selama seminggu... Lega la Mak aku cos tak payah amik cuti untuk jaga cucu dan uruskan aku nak berpantang... :)

Setakat ni aku memang tak makan apa-apa makanan yang panas. Lada hitam? Halia? That's a big NO NO since my baby kena jaundice the other day. Untuk ibu yang dalam pantang memang elok la makan benda-benda bagi panas kan... But since aku ni breastfeed baby, takleh la nak makan camtu cos risau kuning Razin naik balik. Oh tidak... Lebih baik berjaga-jaga dulu... Mak Cik Timah yang datang ngurut hari tu pun nasihatkan jangan makan... Dah 2 minggu lebih camtu baru leh makan.

Menu berpantang aku setakat ni ok jer... Mostly makan ikan merah dan sayur sawi. Ikan merah sama ada mak goreng biase, masak bersos or masak kicap yang bodo. Sawi standard la... tumis. Ok la jugak. Takde la macam sesetengah orang aku tengok makan ikan bilis je kerjanya. huhu...

Yang aku fedup bab makan ni adalah bila part aku takleh makan durian. Bengangnyer rasa... keliling rumah buah durian banyak gugur! Meleleh air liur aku tengok orang makan deroyan! Hampeh.

Gambar buah durian bergayutan di pohonan...
Gambar dari kamera Nan...


Since duduk berpantang di rumah ni, tak henti-henti orang datang melawat untuk tengok baby... Alhamdulillah... Hari ni Nyda (my bestfriend dan juga pengapit aku masa kahwin dulu) datang dengan kawan dia melawat aku. Sebelum tu, pagi tadi, Eti (my cousin) datang dengan suaminya, Dafi. Terima kasih sebab melawat... I really appreciate it. Murah rezeki Razin... =)


Thanks Auntie Nyda cos datang melawat Razin...
Thanks jugak cos belikan hadiah kat Razin... =)


Gambar Razin dengan Mak Yang Eti takde cos Razin tidur jer waktu diorang datang... hehehe

Hari ni Razin kena timbang dan dicheck kuningnya oleh nurse yang datang melawat. Alhamdulillah takde ape-ape... Berat lak baru naik sikit. Dari 2.70 kg masa lahir aritu, sekarang dah 2.80 kg. 100 gram je... Takpela, slow-slow k...

Another thing about Razin is, dia macam perlu puting/pacifier/soother... I'm not so sure tapi nampaknya macam dia perlukan soother. Sebab utama adalah, dia dah kenyang ngan susu, pampers tak basah/kotor and dipeluk tapi still mulutnye macam nak menetek. Padahal dah nyusu sampai kenyang and muak-muak...

As a new mom, I'm quite confused. Ada pendapat dari mommies out there? Please advise! huhu

Alamak, Razin dah bangun.. Nak nyusu lagi la ni...

That's all for now.

Salam...

p/s: Nanti sambung lagi...

Friday, March 18, 2011
bismIllah...

Olololo... tomeynya dia senyum... ^___^



Hello! Today is Friday... so maknanya Razin dah cukup seminggu hari ni. Alhamdulillah... since dah kuar wad kelmarin, nurse yang datang ke rumah melawat takde pun bagitau Razin punyer kuning tinggi or tak... So insya Allah, Razin sihat je... Ramai orang datang ke rumah melawat Razin. Moga-moga ramai yang mendoakan Razin sentiasa sihat juga yer...

Tali pusat Razin dah lama jatuh... actually, masa malam kedua di hospital aritu. Which means, masa Razin berumur less than 5 days old. Cepat kan? Ramai yang komen cepat... Well, I guess ianya disebabkan Razin dijemur bawah lampu biru tu... Kulit dia kering... Tali pusat pun kering, so jatuh la... Aku ada simpan tali pusat dia cos ada sorang nurse veteran suh simpan. Katanya, nanti kalau Razin ada adik-adik lagi, simpan tali pusat mereka sekali. Kumpulkan so that nanti dah besar hubungan adik-beradik rapat... Tak bergaduh... Itu kata nurse tu la.

Kawan aku lak kata kalau simpan tali pusat tu dalam almari baju Mak baby, baby akan rapat mak... begitu juga kalau disimpan dekat ngan baju bapak baby... baby akan rapat ngan bapak...

Macam-macam kan petua orang tua-tua?? Kita memang kaya betul dengan benda-benda camni... hihi... (nak ikut boleh tapi toksah la percaya sgt)

:pandaGeli_12::pandaGeli_12::pandaGeli_12:


Ok. Tu bab tali pusat.

Ni bab tahi lak. Sekarang Razin dah abis berak hitam+hijau (mekonium) tu... dah abis jugak phase berak hijau... sekarang dia asyik berak kuning... cirit more so. But itu memang normal cos dia minum susu ibu je.

Selalunya muka Razin macam ni la bila nak berak...



Ni plak aku sempat snap gambar dia tersenyum lepas berak.
Kelakar je... :)


And I found it real funny bila dia berak. Bunyi kentut sekali ngan kuar berak. Bunyi tu kelakar gila! Aku mesti tergelak-gelak kalau dengar. huahuahua

:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:

Lagi ape nak update...

Oh ye, Razin semakin kuat menyusu. And I am suffering from sore nipples. Tapi takde la serius sangat. Bila lama dia nyusu, takde la sore dah. Masa mula-mula dia start je. huhu...

My milk production? Alhamdulillah... banyak... sampai meleleh-leleh kalau lepas mandi and lepas nyusu. Nasib baik ada beli breast pads. Washable ada, disposable pun ada.

Hopefully leh la continue breastfeeding Razin sampai dia 2 tahun. Paling koman pun 6 bulan ke... insya Allah... aku ni bukan ape, risau malas je... Paham-paham jela bila dah start kerja nanti... huhuhu...

Ok. Enuff about Razin.

Mommy updates plak.

Aku baru start berurut semalam... Hari ni berurut gak. Siap Mak Cik Timah tu mandikan aku lagi. huahuahua... Esok last Mak Cik Timah datang untuk urut. Aku ingat lepas pantang nanti nak suruh dia urut lagi la before kembali bekerja. Baru sedap sikit.

Arini nurse datang melawat cam biase. And she said rahimku dah mengecut... dia nak ukur pun takleh dah cos dah tak dapat nak rasa. Alhamdulillah...bagus le kan...

Sekarang ni tak sabo nak tunggu luka baik. Cepat le... rimas tol nak jalan terkepit-kepit... and tahan sakit. huhu... tak best!

Aku mandi sekali je sehari. (Malas nak mandi 2x. Time Maghrib aku just cuci badan ngan wipes je sikit-sikit. HAHA) Mandi air rebusan daun yang berbau... agak tak best. Tapi arini aku mandi air panas biase je cos aku rimas. Hehehe... errr esok kena gak mandi air daun cos Mak Cik Timah tu disapprove ler kalau mandi air panas biase... aishh... (bau busuk, tu yang tak best)


Sekarang nak citer hal Abah Razin plak.

Esok hubby dah nak ke Kuantan!!!

Warghhhhh... hatiku sangat sedih oke... Cuti seminggu je... Esok dia kena ke Kuantan cos kapal dia ada kat sana. So, dia kena naik dari sana.

Patutnya kan dia sailing hari Isnin lepas (time Razin kena warded) tapi dapat cuti cos bini beranak hari Jumaat. So ni kena la naik dari Kuantan. Tadi baru beli tiket. Tiket hari Ahad dah abis so terpaksa la naik bas petang esok. Sedih... T___T

Rasa sekejap sangat masa bermanja... Dah la 2 malam tak dapat tidur sama-sama cos aku kena tidur hospital ngan Razin...Rugi dah 2 malam. huhu...

Yer, gedik benonya bunyinya kan?

But I want hubby by my side! Baru seminggu... tak cukup! Ngan sapa aku nak ber'pillow talks' malam-malam... (kepala hotak aku ni byk fikir macam-macam.. kena luahkan kat hubby baru okey...huhuhu...)

Malam ni Razin tidur ngan Opah dia la...

Mak nak peluk Abah Razin puas-puas malam ni... Nangis nak susu baru Opah hantar kat Mak ek... :'(

Haihh... serius hati tak seronok bila dapat tau hubby kena ke Kuantan esok. Ingatkan leh la pergi ke Kuantan hari Ahad (Isnin baru start sailing dari Kuantan) tapi tiket lak takde. Hmmm...

Tu jelah nak update.

Takde mood tetiba.

Salam....

alhamdulIllah...