Showing posts with label Lata Ulu Licin. Show all posts
Showing posts with label Lata Ulu Licin. Show all posts
Monday, July 27, 2009
bismIllah...


Okay... maybe it wasn't as fascinating as you guys might think, but nevertheless, to me it WAS! hehehe

On Saturday, I woke up real late cos I slept after Subuh. Punyerlah lame tido. Aku bangun kul 12 tengah hari kot? =) Mak lak takde cos ade program ape tah kat sekolah... Semua orang pun macam tak buat ape. Nini lagi la... tido sampai kul 1 kalo tak silap. For your information, kitorang dalam rumah ni tengah giler membaca novel. Kadang-kadang membaca sampai awal pagi walaupun kononnya plan awal hanya nak baca buku sampaila mengantuk. Dari Mak sampaila ke anak-anak (me and Nini jer selalunye), same je perangai. Ni semua sebab Mak baru tukar buku cerita kat Novelhut. So banyak la stok novel-novel baru (bukanla baru... tp yang belom dibace ler...). Sangatlah best cos Mak tak borong Mills & Boons shj. Dia borong buku2 dari terbitan lain gak.

Okey, enuf about books. Kalo citer tentang buku, lagi panjang perenggannye. Aku nak citer tentang aktiviti hari Sabtu sebenarnya... camne leh melencong lak.

Pada petang Sabtu, kami ke Lata Ulu Licin! Mak, Nini, Diyana, Amirul, aku dan Mr Chubby Cheeks satu kereta (Mak malas drive). Then Hanis datang ngan motor.

Actually, kitorang selalu pergi sana waktu pagi cos nak cop tempat best-best. Tapi sebab Mak pergi sekolah pagi tu and Mr Chubby Cheeks baru abis duty pagi tu, kitorang pergi petang jela. Dan malangnye, takde tempat yang best. Terpaksa la kitorang settle for 3rd class picnic spot. Area air tak dalam. Ade la dalam paras paha. T___T

This time, I was so fascinated by the butterflies that kept coming to our spot. Banyak lak tu! adela dalam 5,6 ekor. Diorang datang dan pergi berulang-kali. And yang lagi aku kagum, rama-rama tu mengeluarkan cecair dari bahagian belakangnya! Macam buang air. haha... Okay, aku dah lama tak ngusya National Geographic atau Discovery Channel ataupun Animal Planet. So, jakun la sekejap. Indeed, it was fascinating!! huhu

Ada 3 ekor rama-rama dalam gambar. Sangat comel!!


Aku siap ade amik video lagi masa kat lata tu. Video yang merapu... ada tentang butterflies kencing, then ada tentang Amirul berendam dan Mr Chubby Cheeks buat muka comel. Belasah jela. Maleh aku nak mengedit. Tapi best la dapat capture video rama-rama yang cantik tu. Masa amik video ni rama-rama dah berkurang and tinggal 3 ekor kot. Kalau nak tengok video tu, leh usya kat sini. (malu nak embed kat blog. hik hik)


Aktiviti lain di lata adalah berendam jela. Berendam dan makan. Hehehe...


Hari Ahad plak aku ke Manjung untuk jumpa kawan. Kawan aku ni aku kenal dari chatting. Masa chatting dia suggest aku apply kerja kat satu tempat ni. He told me to give him my resume and then we'll go check out the workplace. Dia macam nak tolong la kan.. so aku pun ikut jer. Apply jerla kot-kot dapat...

So aku pergi Manjung ngan Mak and Nini. Aku suruh Mak drop kat McD jer cos nak Mr Chubby Cheeks tunggu kat situ. And aku cakap kat kawan baru ni pun jumpa kat McD je. Sajela nak kenalkan Mr Chubby Cheeks ngan kawan baru aku ni. Yela kan, aku sendiri tak pernah jumpa kawan baru tu sebelum ni! heheheh...

Lepas bagi resume, kitorang gerak kat area tempat aku apply kerja tu. Saje ar kawan baruku ini nak tunjuk-tunjuk... So aku and Mr Chubby Cheeks ikut dari belakang...

Ni antara area tempat kerja tu... I was 'fascinated' by the surrounding too...

My friend and Mr Chubby Cheeks


Huhuhuhu... >_<


alhamdulIllah...
Sunday, June 14, 2009
bismIllah...


Semalam Sabtu. Aku kerja sampai kul 1 petang jer. Balik umah kemas-kemas barang and tidur... Petang dalam pas Asar aku bergerak pulang ke kampung di Beruas. Sebabnyer Mamito buat barbeku. Haruslah datang kan... hehe...

Aku sampai-sampai jer Mamito tengah nak hidupkan api. Pastu, Abg Tapa take over. Yang si Nan dan Hanis boleh lak pergi main bola kat padang sekolah. Bukan nak tolong. Pentingkan sangat main bola tu. Hampeh.

Anyway... Kitorang pun mula lah panggang-panggang ayam yang Mamito dah perap. Bau sungguh mengasyikkan.. hehe... Mula panggang dari 6.30 petang... then berhenti Maghrib jap and makan-makan sikit. Pastu sambung lagi panggang... Time ni barulah Nan and Hanis take over sikit. Yong dan suaminya lak sampai Beruas dalam pukul 9 malam. Bertuah betul. Sampai-sampai terus ngap. Abang Tapa lak blah balik Lumut kul 10 malam. Dia ada duty esoknye. Sian.. :P

Okey okey.. aku ngaku ar... gambar ni eksyen je lebih.. hehe...
Sanggup pakai sweater berdiang dekat bara sebab nak bergambar! haha! (*pakai short sleeve)


Ade 2 beradik lelaki yang bergaya je lebih... adik sape lah tu... huh!
Opah lak jadi mandur... :P



Punyer lah banyak makanan... Buntat giler aku dibuatnyer! Banyak giler Mamito prepare. Selain dari ayam yang dipangang, ada puding karamel (siap hias ngan hirisan buah peach lagi), ade salad sayur dan buah (tembikai, anggur, lettuce, tomato kecik etc), sosej goreng, drummet goreng, coleslaw (yang tak sedap sangat cos Nini buat---kalo Yong buat baru masyukk). Air lak air sarsi bancuh jer. :P


Esoknyer plak (pagi tadi), kami ke Lata Ulu Licin untuk bermandi-manda. Aku memang dah set dalam otak sejak kat Manjung lagi untuk ajak Mamito and the rest of the siblings pergi lata. So memang best gila ah dapat berendam di lata. Tapi Nini tak join. Jaga Opah. Kalo ikutkan, rase nak bawak je Opah pergi Ulu Licin. Dah puluhan tahun Opah tak jejak kaki kat lata tu. Tapi dia takmo pergi. So... takpelah. Hm.

Layan gambar jelah. Banyak siot amik gambar. Tapi stended kamera cabuk jelah. hehe. Leh kata semua gambar-gambar dalam blog ni semuanya amik guna kamera henpon aku jer. So, kalo gambar tak berkualiti, paham-paham jelah. :)


Ini muka tak mandi aku. Baru bangun tidur. Tak basuh muka+gosok gigi pun. Nasibaik taik mata yang berselepat dah takde cos bangun Subuh. Haha. Excited nak mandi lata.




Adakah Majin akan muntah dengan tertampalnyer gambar Nan di entry kali ni? Hahaha...
Jangan jeles yer. Chokilala yang kata adik aku ade kelab peminat. So, kena akur kehendak Presiden kelab ar.. Aaa... Sickchild jangan jeles eh. Leh jadi Naib Presiden. Wakakaka..

:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:



Melintas di celahan bamboo:

1) Adakah aku makin gemuk dengan bermakan-makan dengan banyaknye di rumah?
2) Adakah aku cuba mengelak berhadapan dengan realiti yang menekankan aku bila aku update blog dengan entry yang santai-santai begini?
3) Aku just nak enjoy moment-moment yang ada. Salahkah?

Haih.


alhamdulIllah...
Friday, January 30, 2009
bismIllah...


Eleh..beria je letak tajuk 'pertengahan semester' padahal baru mula kuliah 3 minggu dah cuti. huhu... Anyway, dah seminggu jugakla aku tak ngupdate blog yer... Tu yang nak lepas gian nih.. :P


JUMAAT
Aku pulang ke kampung pada 23hb Januari bersamaan hari Jumaat. Tumpang kereta kawan. Dah orang offer, terima jela... hehe. Senang la aku dan Nini balik. Hantar sampai ke rumah lagi. Terima kasih daun keladi, ya Wan. Ada rezeki, leh tumpang lagi. :D




SABTU
Esoknya hari Sabtu, aku mengekor kawanku, Jurufoto Kahwin Ipoh (amik kau... nama kat YM aku letak!) pergi kenduri kahwin cos saje menyibuk nak tengok dia amik gambar. Dalam dilema gak cos aku malas gila nak ke kenduri kahwin. Untuk makluman, aku ni bukanlah manusia yang suka sangat bersosial. Aku kan diam je.. Tapi, sebab minat gila bab amik2 gambar nih, aku pun ikut laa... hehe




Memang best dan menarik gila hari Sabtu aku. Lepas kenduri kahwin tu, pergi Manjung plak cos ade orang nikah kat surau Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung. Lama giler tunggu tok kadi... Masa ni memang aku dah letih gila dah... Aku memang stress gila bab menunggu-nunggu nih. Nasib baik perut dah kenyang. Dah makan kat kenduri kahwin sebelum tu, pastu pau En. Nizam makan lagi... hehehe. Lepas selesai hal nikah and amik2 gambar, baru balik. Nasibaik sempat sampai umah time Maghrib. Esoknya ade shooting outdoor kat Lumut, tapi aku takleh nak ikut la. Penat seyh. Lagipun ada plan lain... heheh

Actually, hari Sabtu (hari ni) pun ade photoshoot gak. Kat Kuala Kangsar. Outdoor. Tapi aku tak dapat nak gi nyibuk cos dah balik Shah Alam hari ni... huhu... :(

Yang berkaitan, http://fadhilpictures.fotopages.com/. hehe...


AHAD
Seterusnya, hari Ahad. Hari Ahad aku keluar ke Ipoh walaupun konon-kononnya penat sehari sebelum tu gi kenduri semua... Tapi kali ni keluar jugakla cos satu isi rumah berangkat untuk enjoy-enjoy. Ini idea Cikgu Pah la cos dia dah tolong belikan tiket wayang cerita Inkheart. Best ker cerita Inkheart? Mmm.. bolehla.. takde la meninggalkan kesan sangat. :P

So, pagi Ahad dalam pukul 8 lebih kami keluar. Meeting point ialah umah Yong di Batu Gajah cos Yong pun nak ikut. Tapi suami dia tak dapat ikut cos kerja. Cikgu Pah sampai umah Yong dalam 9.30... Lepas makan-makan barulah kami konvoi 2 kereta ke JJ Kinta City. Almaklum, tiket wayang early birds... Murah sikit. Nak beli sampai 9 keping lak tu. Amirul pun ikut jugak! Duit wayang Mak belanje la...

Lepas tengok wayang kat JJ, kitorang gerak ke Greentown Mall plak. Saje jenjalan. Pastu pergi main boling. Nasib baik takde pengalaman memalukan terjadi. heheh. Pas main boling, Mak beli kain untuk buat langsir. Cikgu pun beli kain gak kat Nagoya. Pas makan-makan kat foodcourt Greentown Mall, kitorang bergerak pulang ke Batu Gajah.


ISNIN
Hari Isnin projek ape ek... Oh ya! Kami mandi lata! Lata mana lagi kalau bukan Ulu Licin... Pagi-pagi lagi Mak dah masak-masak untuk berkelah di lata. Kali ni kitorang mandi bahagian atas sikit. Aku sendiri tak pernah sampai situ. kehkeh... Memang best la... lepak dari 10 pagi sampai kul 12 jer. Sebab aku nak merayap ke Manjung plak cos teringin nak makan lasagna. :P



SELASA
Aku tak ingat aku buat ape masa hari Selasa. Takde mende kot. So takdelah gambar nak ditempek.


RABU
Hari Rabu takde wat mende. Pergi Pekan Rabu. Borong barang makanan untuk stok membesarkan badan. Banyak gila makanan yang aku baham cuti ni. huhu.. Hari Rabu je makan Yong Taufu, Taufu Fa, Jeruk mempelam dan halia, dan burger daging. Yong Taufu beli banyak giler... aku makan 2nd round malam tu. heheh... takde gambar...


KHAMIS
Hari Khamis. Mmm... aku membuat rekod dengan merayap dengan motor seorang diri untuk jumpa kawan. Dan petangnya dikejutkan dengan kedatangan kawan ke Beruas untuk berjumpa aku tapi tak bagitau awal-awal. Dahle masa tu aku kat Manjung ngan Mak. Terus rush balik. takde gambar...


JUMAAT
Hari Jumaat takde aktiviti sangat. Oh...ade jugakla drive kereta ke Manjung cos nak beli barangan Avon. kehkeh... dan teman Daybab pergi intebiu keje kat Ayer Tawar. dia boring takde wat ape pas stpm... Tu jela. Kereta mak yang dah ditukar enjin sangat-sangat tak best untuk dibawa. Giler lambat pick up!! Stress gila aku... Mak lak asyik membebel aku bawak laju...padahal 80-90 km/j jer (kereta Kancil nak bawak laju-laju?)... huhu... takde gambar jugak...


SABTU (HARI INI)
Hari Sabtu balik Shah Alam semula. Singgah beli motor kat Jeram. So, aku dah dapatla sebijik motor Kriss tahun 2006 berharga RM2000. Jadila... nak beli motor Honda takdek bajet. :'(



Motor Kriss tu dibawa pulang ke Shah Alam oleh pemilik kenderaan yang kami tumpangi. Sebaliknya, kami (aku dan Nini laa) plak yang bersenang-lenang naik kereta plak... Terima kasih yer, Mr. Rostafar!


Sekian.

Panjang gak entry ni ek... tapi kenapa dari mula sampai habis takde gambar aku sekeping pun? Asyik muka Nini je! Ahh...ape susah, upload gambo aku sekeping...

hehe..

Daaa...



alhamdulIllah...
Sunday, August 24, 2008
alhamdulIllah...

Hello!
:pandaGeli_36:

I'm back with pictures I promised to upload. heheh...
Malas nak menulis panjang2 tentang ape yang daku buat ketika di kampung...
Tapi, diharap gambar2 yang diupload ini dapat menceritakan aktiviti2ku masa cuti...
Ala, aku upload lima keping gambar jer...
Jangan malu2 nak klik kat gambar utk tumbesaran berganda*
Thanx to tips dari Cik Chokilala, kita leh view gambar dengan lebih senang bila bace blog!
heheh...

So here goes...

This is my birthday cake. Di'sponsor' oleh Mizi... :D
Simple jer...
ala, dah tua2 xpayah nak yang fancy2! ekeke...



Haaa.. inilah envelope yang tiba pada 18th August yang lepas...
Kiriman CM. Thanx tau! Sangat terharu...




Aktiviti di masa cuti 1: Ngadap TV sambil bedal jeruk buatan sendiri
Ngadap TV bukan tengok cerita sangat pon...
selalunya layan my brothers main game... jadi tukang tengok...
Jeruk tu mak yang buat, cos banyak mempelam telur kat rumah...
Ape lagi, makan jeruk tak ingat!
Habis la satu bekas jeruk tu sepanjang me and siblings berkumpul kat rumah...




Aktiviti di masa cuti 2: Pergi Ulu Licin bersama rakan
Aku berkesempatan jugak melawat Lata Ulu Licin time cuti lepas...
Actually, aku tak plan pon...
Tapi bila dah melepak rumah kawan, mula la idea nak merayap tu timbul...
Went here with my old friend, Idayu dengan menunggang motorsikal mak
Lame giler aku tak datang lata ngan motor, cuak jugak
Mane tak nye, dahla pegi bukan time weekend
Aku fobia kalau2 ade babi hutan melintas... bukan tak pernah!
huhu...

ermm...gmbr kedua tu kena blur ckit kat tengahnya
cos aku nmpk gemuk pelik...
:pandaGeli_28:

Daaa....

alhamdulIllah...

Monday, May 5, 2008
Bismillah...


Hmm... boleh catat rekod la aku balik umah kali ni. Aku tak tengok2 tv lagi. I mean, movies ke... rerun shows ke... ape2 jelah yang leh buat aku berjam-jam depan tv tu. Paling kurang ade la malam aku balik tu aku tengok konsert AF. Tu pon cos wat kat Istana Budaya. Kalau tak, macam biase la... baik aku tengok dvd yang berlambak2 kat umah ni...

Ya..ape kah aktiviti-aktiviti yang leh dibuat once I'm home now?

1. Tidoq/sleep/schlafen - ini memang aktiviti favourite aku. Tapi yang tak best nyer, sekarang ni panas sangat kalau time siang. Takleh tido ngan selesa. Kalau umah aku ber'air-conditioned', xpela jugak...huhu...

2. Tengok tb/watching tv/fernsehen - Aku belum berkesempatan lagi nak tengok TV. Cos aku memang bukan jenis yang akan bukak TV. Aku hanya akan join kalau ade orang lain dah bukak tv, and kebetulan ade cerita cambest di tv. Even Melodi semalam pun aku tak tengok cos tido. hehe...

3. Baca novel/reading novels/'Romane lesen'[is that correct, Heike?] - Oh... I do have this in mind... hehe... Now that I'm back in Perak, I can go to Novelhut and rent lots of novels! Yeay!

4. Mandi-manda di Ulu Licin - Aku ade jugak plan nak pergi semalam tapi oleh kerana semalam hari Ahad, so tak jadi pergi cos mesti agak crowded. Lagi2 musim2 panas ni. Huhu... Dan jugak kerana aku ajak Bedah tapi Bedah xmo join! Cess...

5. Hmmm.... Tak tahu la nak buat ape lagi dok umah ni. Well, bak kata Abang Tapa; "Ajar Amirul and jaga Opah" Hehe... yer, will do. And Mak tambah, "Kemas rumah, masak".Huhu...bab mengemas tu no problemo, tapi bab memasak memang aku surrender. Ngan kitchen yang serabot nyer, urghh... malas aku! Ala, korang takkan paham. Mizi jer yang paham. Huhu..

Okeylah...

Cukup2 la update kali ni. Pasni kalau takde benda penting, malas aku nak ngupdate cos internet speed cam sipot babi. Bengang jer aku...

Tambahan lak, aku nak ngupdate kat 'my other blog'. Huhu...

Salam.


Alhamdulillah...
Tuesday, April 15, 2008

Bismillah...



Last weekend, aku and Nini pulang ke Beruas bersama Mizi. Well, dah tak ade masa lain nak balik, so aku balik la... Lagipun mak and Opah rindukan Mizi. Tapi ini tidak bermakna things are the way it was. No. We're just friends.

So, kat cni nak letak gambo2 yang diambil masa gi berkelah kat Lata Ulu Licin hari Sabtu lepas... Dah lame rasenye aku tak pegi mandi lata. Dah lain rupanya. Ade la pulak kerusi2 yang baru di letak, ada jambatan [tak upload gambar cos gambar xcantik] and tgkle 1st pic kat atas tu. Ade la pulak papan tanda yang comel. Dulu xde pon. Hehehe....

Well, berbalik kepada cerita berkelah tu; Yang pergi adalah; Mamito, Nini, Debab, Amirul, Aku and Mizi. 2 Kancil. And di sana, Cikgu Wati and her little family [hubby and anak dia,Leeya] dah sedia menunggu. Hehe... Port kitorang takdelah best sangat cos Cikgu Wati memang cari port yang sesuai untuk anak dia mandi. Tengok la... Macam pantai jer... So, budak-budak, sila bermain kat gigi air sahaja...hehe...


Nini muka excited...haha....




Suami Cikgu Wati panggang ayam time kitorang baru tiba...heheh




Mizi and Amirul [wat istana pasir la konon], dan juga Aleeya yang debab [budak ni xmenggeletar lgsg even berendam berjam2!!]


Yaa.... itulah sahaja update terkini. Sekian, selamat datang ke Beruas.

p/s: To people yang xtahu Beruas tu kat mane, pegi cari dalam peta Perak. Ahaks! [nyampah nk bgtau Beruas tu katner... tahula tempat tak glemer....tapi ada dalam buku teks Sejarah Sek. Menengah tau! huh..]


Alhamdulillah....