CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA CHOMEL FANA | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Chomel Fana | Profil | Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini memilih bekas artis bawah KRU Music iaitu Chomel Fana. Baru-baru Chomel Fana sudah bebas dan tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Oh ya, Chomel Fana cantik bertudung baru-baru ini, ada perubahan kan? Bagi yang hendak mengenali Chomel Fana, dibawah penulis memaparkan maklumat biodata profile Chomel Fana secara ringkas. Malah, gosip terkini mengenai perkembangan terbarunya.




NAMA PENUH: Noorhanis Farhana Shaharuddin

NAMA KOMERSIAL: Chomel Fana

TARIKH LAHIR: 22 Ogos 1986

UMUR: 27 Tahun (2013)

ASAL: Kuala Lumpur

ADIK-BERADIK : Anak keempat daripada lapan beradik

KARIER : Pelakon, penyanyi dan pengacara

PENCAPAIAN: tempat ketiga pertandingan nyanyian PPW Idol 2007

ANTARA DRAMA: Comel, Kapten Kid, Bong, Puteri, Hotel Mania, Technofobia, Roda-Roda KL, Diva-
Diva Pencen, Laila Sari (telemovie)

FILEM: Cinta Kura-kura, Siti Suka Ramli Sarip (filem pendek), Azura

TAJAAN PAKAIAN DAN SOLEKAN: 25 Gals, Gobok Derina, Rina Derina


Gosip Hangat Terkini: Chomel Fana Telah Keluar KRU Music

Pelakon dan penyanyi (Gambar Artis) Chomel Fana mengesahkan dia tidak lagi menjadi artis di bawah naungan KRU Music Group, selepas menamatkan kontraknya dengan syarikat tersebut pada hujung tahun lalu.

Chomel atau nama sebenarnya (Gambar) Noorhanis Farhana Shaharuddin, 27 tahun, berkata, kontrak itu ditamatkan selepas kedua-dua pihak melihat tiada sebarang perkembangan yang boleh mengetengahkannya sebagai seorang penyanyi.

"Dua tahun lalu saya sertai KRU Music kerana mahu mengembangkan karier nyanyian. sehingga kini saya sudah mempunyai sebuah single berjudul BFF.

"Tapi saya melihat tiada sebarang perkembangan di situ dan seperti semua sedia maklum pihak KRU lebih memberi keutamaan di bidang perfileman. Jadi lebih baik saya tidak menyambung kontrak dan saya boleh membawa haluan sendiri," katanya.

Chomel Fana Tidak Bergaduh Dengan KRU

Bagaimanapun tambah Chomel, dia berharap tiada pihak yang memandang serong dengan keputusan itu kerana ia dibuat tanpa sebarang perbalahan antara satu sama lain.

"Kami profesional dan tidak pernah berbalah berkaitan isu seperti ini. Tidak dinafikan pihak KRU juga telah mengembangkan bakat lakonan saya. Cuma bidang nyanyian sahaja agak perlahan dan rasanya itu adalah perkara yang normal," tuturnya.

Dalam pada itu, Chomel Fana berkata, sejak menguruskan kerjaya sendiri, dia lebih senang dan selesa untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu memberitahu kepada pihak syarikat naungannya.

Chomel Fana Mendapat Banyak Undangan Selepas Bebas

Malah, Chomel tidak menyesal dengan keputusan itu selepas melihat dia lebih banyak mendapat undangan nyanyian selepas meninggalkan syarikat rakaman itu.

Dalam perkembangan lain, Chomel kini sibuk menjalani penggambaran drama Menjinak Ombak bergandingan dengan Talha Harith untuk siaran TV3.

Lakonan Chomel turut dapat ditonton menerusi drama Balqis yang bersiaran bermula 3 Jun lalu setiap Selasa pada pukul 1.30 tengah hari di TV2. - MStar



VIDEO MUZIK LIVE - CHOMEL FANA - BFF

Mohd Rohaizad - Begitulah serba ringkas maklumat biodata profil mengenai Chomel Fana. Dibawah naungan KRU Music, Chomel Fana tidak dapat pergi jauh walaupun sudah dua tahun bersama dengan syarikat rakaman tersebut. Kesian juga kepada Chomel Fana, hanya ada satu single lagu iaitu BFF. Ke mana hala tuju Chomel Fana selepas ini? Adakah Chomel Fana akan terlibat sepenuhnya dalam bidang lakonan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA CHOMEL FANA | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 11.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...