Jump to
Press alt + / to open this menu

#KamekSayangSarawakBah

Aiming to spread awareness to the people of Sarawak on the history and circumstances of the situation in Sarawak, Malaysia. All sources are reliable published documents from various public,, journals, events and public opinions.
Feb 13, 2018 ·  · BUAH TAMPOI Tampoi atau Tampui atau Larah atau Ngeke atau Merkeh, inilah nama-nama tempatan yang kebiasaannya merujuk kepada satu lagi buah yang dikeluarkan oleh satu pokok yang dipanggil Pokok Tampoi. Sebenarnya pokok tampoi ini hidup tumbuh meliar di hutan hujan Tropika di seluruh Malaysia mahupun di Asia Tenggara lebih-lebih lagi di Kepulauan Borneo. Buah Tampoi atau dengan nama saintifiknya Baccaurea Macrocarpa adalah hasil daripada pokok Tampoi yang merupakan tumbuh-tumbuhan nadir hutan dari pokok saka Dioceous iaitu salah satu spesis di dalam keluarga Phyllanthaceae. Di Sarawak, buah tampoi sememangnya sangat popular dan sentiasa menjadi dambaan masyarakat Sarawak itu sendiri tetapi jika di Semenanjung Malaysia, dikatakan buah tampoi tidak popular langsung malah generasi baru misalnya sememangnya tidak mengetahui langsung mengenai keberadaan buah tampoi ini. Hanya Orang Asli sahaja yang dikatakan mengetahui tentang kelebihan buah tampoi ini yang dikatakan kelat dan masam rasanya sebelum ianya mencapai waktu matang. Dan kerana itulah sejak dahulu lagi, masyarakat Orang Asli telah menjadikan buah tampoi ini antara enzim utama di dalam membuat minuman tapai mereka. Sebenarnya untuk mendapat buah tampoi ini bukanlah menunggunya ranum masak dan gugur ke bumi sebaliknya buah tampoi ini apabila ianya sudah cukup masak maka hendaklah dipetik. Dan tanpa ramai mengetahui jika sekiranya banyak buah-buah yang lain akan diserang oleh makhluk perosak tetapi sebaliknya untuk buah tampoi ini tidak memerlukan mana-mana agen penyembur serangga perosak kerana ianya sendiri merupakan tumbuh-tumbuhan organik. Ada yang mengatakan bahawa rasa buah tampoi ini seakan-akan rasa buah rambai iaitu ada rasa-rasa masam manis dan kelat sedikit. Namun begitu ada juga yang mengatakan rasanya akan menjadi manis apabila terlalu matang. Walau apa jua rasanya samada masam manis atau manis seumpama gula sekalipun, buah tampoi ini tetap menjadi antara buah-buah pencuci mulut bagi masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa sejak dari dahulu lagi. -HB- #KamekSayangSarawakBah! Re-posting*
'BUAH TAMPOI

Tampoi atau Tampui atau Larah atau Ngeke atau Merkeh, inilah nama-nama tempatan yang kebiasaannya merujuk kepada satu lagi buah yang dikeluarkan oleh satu pokok yang dipanggil Pokok Tampoi. Sebenarnya pokok tampoi ini hidup tumbuh meliar di hutan hujan Tropika di seluruh Malaysia mahupun di Asia Tenggara lebih-lebih lagi di Kepulauan Borneo. Buah Tampoi atau dengan nama saintifiknya Baccaurea Macrocarpa adalah hasil daripada pokok Tampoi yang merupakan tumbuh-tumbuhan nadir hutan dari pokok saka Dioceous iaitu salah satu spesis di dalam keluarga Phyllanthaceae.

Di Sarawak, buah tampoi sememangnya sangat popular dan sentiasa menjadi dambaan masyarakat Sarawak itu sendiri tetapi jika di Semenanjung Malaysia, dikatakan buah tampoi tidak popular langsung malah generasi baru misalnya sememangnya tidak mengetahui langsung mengenai keberadaan buah tampoi ini. Hanya Orang Asli sahaja yang dikatakan mengetahui tentang kelebihan buah tampoi ini yang dikatakan kelat dan masam rasanya sebelum ianya mencapai waktu matang. Dan kerana itulah sejak dahulu lagi, masyarakat Orang Asli telah menjadikan buah tampoi ini antara enzim utama di dalam membuat minuman tapai mereka.

Sebenarnya untuk mendapat buah tampoi ini bukanlah menunggunya ranum masak dan gugur ke bumi sebaliknya buah tampoi ini apabila ianya sudah cukup masak maka hendaklah dipetik. Dan tanpa ramai mengetahui jika sekiranya banyak buah-buah yang lain akan diserang oleh makhluk perosak tetapi sebaliknya untuk buah tampoi ini tidak memerlukan mana-mana agen penyembur serangga perosak kerana ianya sendiri merupakan tumbuh-tumbuhan organik.

Ada yang mengatakan bahawa rasa buah tampoi ini seakan-akan rasa buah rambai iaitu ada rasa-rasa masam manis dan kelat sedikit. Namun begitu ada juga yang mengatakan rasanya akan menjadi manis apabila terlalu matang. Walau apa jua rasanya samada masam manis atau manis seumpama gula sekalipun, buah tampoi ini tetap menjadi antara buah-buah pencuci mulut bagi masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa sejak dari dahulu lagi.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Re-posting*'
Update apa saja info berkaitan Sarawak.
(Started on Monday 21 Jun 2016)
Feb 20, 2018 ·  · …#OnlyInSarawak #SarawakItuUnik #KamekSayangSarawakBah #KamekMiakSarawak
Kamek Miak Sarawak's photo.
Kamek Miak Sarawak's photo.
Kamek Miak Sarawak's photo.
Aiming to spread awareness to the people of Sarawak on the history and circumstances of the situation in Sarawak, Malaysia. All sources are reliable published documents from various public,, journals, events and public opinions.
Jan 10, 2018 ·  · ALLAHYARHAM TOKNAN DALAM KENANGAN 11/1/2017 SETAHUN berlalu semenjak “Apai Besai” iaitu mantan Ketua Menteri Sarawak ke-5, Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Haji Satem meninggalkan kita semua. Biar 12 purnama sudah berlalu namun sehingga ke hari ini kesedihan atas pemergian Allahyarham masih lagi terasa seolah-olah baru semalam ianya terjadi. Begitulah besarnya impak yang ditinggalkan oleh Allahyarham biarpun pada hakikatnya tempoh perkhidmatan dirinya sebagai pemimpin no. 1 Sarawak tidak pun sampai sepenggal. Mana mungkin kami boleh melupakan segalanya mengenai Allahyarham kerana beliaulah pemimpin yang paling dekat di hati rakyat Sarawak. Jenakanya yang bersahaja tetapi penuh makna masih lagi bermain-main di kotak fikiran dari dahulu sehingga sekarang. Ketiadaannya bersama-sama rakyat Sarawak memperjuangkan hak-hak Sarawak begitu dirasai walaupun pucuk pimpinan sudah berganti tetap Allahyarham menjadi rujukan yang utama di dalam memperkatakannya. Mengimbau cerita setahun lepas apabila menerima perkhabaran duka tentang kehilangan seorang pemimpin yang begitu dikasihi ini. Selaksa rakyat dari seluruh penjuru alam negeri Sarawak sehingga menyeberangi Laut China Selatan dan yang berada di luar negara berduka dan menangisi pemergiannya. Satu pemergian langsung tidak dijangka sehingga menyebabkan kami kelu lidah tanpa mampu berkata apa-apa atas apa yang terjadi pada ketika itu. Di ketika hari terakhir Allahyarham di mukabumi menyaksikan rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan budaya mahupun politik, kecil atau besar, miskin atau kaya meninggalkan rutin harian mereka dan menziarahi jenazahnya di Masjid Jamek tanpa perlu disuruh. Bagi yang tidak tidak berkesempatan untuk “pulai menoa” pula mengadakan upacara-upacara keagamaan mengikut fahaman masing-masing bagi memberikan penghormatan untuk dirinya. Makamnya di Tanah Perkuburan Islam Samariang yang menjadi tempat persemadian kekal Allahyarham pula tidak putus-putus dikunjungi oleh rakyat Sarawak, para selebriti Malaysia serta ramai lagi. Malah dikatakan sehingga ke hari ini makamnya tidak pernah sepi daripada kunjungan hormat rakyat jelata dari seluruh pelusuk Malaysia. Begitulah aura seorang pemimpin yang sukar diganti bagi kami rakyat Sarawak. Kehadirannya di pentas politik sebagai pemimpin no. 1 Sarawak cukup singkat tetapi masa bukanlah alahan kepada Allahyarham kerana begitu banyak yang sudah dilakukannya bagi mensejahterakan rakyat Sarawak pada ketika itu. Budinya memang tidak mampu kami balas walau sampai bila-bila. Allahyarham Toknan adalah pemimpin satu di dalam sejuta bagi kami. Nama Toknan sentiasa terpahat dihati kami semua sebagai ayah atau bapak atau apai untuk rakyat Sarawak pelbagai bangsa. Pesanan terakhirnya “Jaga Sarawak Menar-menar” sentiasa menjadi azimat untuk kami semua menjaga Sarawak apa adanya. Benar kata orang tua-tua, orang yang baik sentiasa Tuhan ambilkan dahulu untuk berada dekat denganNya. Sesungguhnya rindu yang paling sarat ialah rindu pada insan yang sudah pergi selama-lamanya. Kerana kami akur pada ketentuan Illahi bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati makanya rindu itu kami simpan dan tanam nun jauh di lubuk hati yang paling dalam dan hanya akan dibisikkan di dalam doa kami semua. Semoga roh Allahyarham Toknan ditempatkan dikalangan para Ambiya dan Syuhada. Al-Fatihah. Amin Yarabal Alamin. Kami rindu Toknan! -HB- #KamekSayangSarawakBah!
'ALLAHYARHAM TOKNAN DALAM KENANGAN 11/1/2017

SETAHUN berlalu semenjak “Apai Besai” iaitu mantan Ketua Menteri Sarawak ke-5, Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Haji Satem meninggalkan kita semua.  Biar 12 purnama sudah berlalu namun sehingga ke hari ini kesedihan atas pemergian Allahyarham masih lagi terasa seolah-olah baru semalam ianya terjadi.  Begitulah besarnya impak yang ditinggalkan oleh Allahyarham biarpun pada hakikatnya tempoh perkhidmatan dirinya sebagai pemimpin no. 1 Sarawak tidak pun sampai sepenggal.  

Mana mungkin kami boleh melupakan segalanya mengenai Allahyarham kerana beliaulah pemimpin yang paling dekat di hati rakyat Sarawak.  Jenakanya yang bersahaja tetapi penuh makna masih lagi bermain-main di kotak fikiran dari dahulu sehingga sekarang. Ketiadaannya bersama-sama rakyat Sarawak memperjuangkan hak-hak Sarawak begitu dirasai walaupun pucuk pimpinan sudah berganti tetap Allahyarham menjadi rujukan yang utama di dalam memperkatakannya.  

Mengimbau cerita setahun lepas apabila menerima perkhabaran duka tentang kehilangan seorang pemimpin yang begitu dikasihi ini.  Selaksa rakyat  dari seluruh penjuru alam negeri Sarawak sehingga menyeberangi Laut China Selatan dan yang berada di luar negara berduka dan menangisi pemergiannya. Satu pemergian langsung tidak dijangka sehingga menyebabkan kami kelu lidah tanpa mampu berkata apa-apa atas apa yang terjadi pada ketika itu. 

Di ketika hari terakhir Allahyarham di mukabumi menyaksikan rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan budaya mahupun politik, kecil atau besar, miskin atau kaya meninggalkan rutin harian mereka dan menziarahi jenazahnya di Masjid Jamek tanpa perlu disuruh.  Bagi yang tidak tidak berkesempatan untuk “pulai menoa” pula mengadakan upacara-upacara keagamaan mengikut fahaman masing-masing bagi memberikan penghormatan untuk dirinya.  

Makamnya di Tanah Perkuburan Islam Samariang yang menjadi tempat persemadian kekal Allahyarham pula tidak putus-putus dikunjungi oleh rakyat Sarawak, para selebriti Malaysia serta ramai lagi.  Malah dikatakan sehingga ke hari ini makamnya tidak pernah sepi daripada kunjungan hormat rakyat jelata dari seluruh pelusuk Malaysia.  

Begitulah aura seorang pemimpin yang sukar diganti bagi kami rakyat Sarawak.  Kehadirannya di pentas politik sebagai pemimpin no. 1 Sarawak cukup singkat tetapi masa bukanlah alahan kepada Allahyarham kerana begitu banyak yang sudah dilakukannya bagi mensejahterakan rakyat Sarawak pada ketika itu.  Budinya memang tidak mampu kami balas walau sampai bila-bila.    
  
Allahyarham Toknan adalah pemimpin satu di dalam sejuta bagi kami.  Nama Toknan sentiasa terpahat dihati kami semua sebagai ayah atau bapak atau apai untuk rakyat Sarawak pelbagai bangsa. Pesanan terakhirnya “Jaga Sarawak Menar-menar” sentiasa  menjadi azimat untuk kami semua menjaga Sarawak apa adanya. 

Benar kata orang tua-tua, orang yang baik sentiasa Tuhan ambilkan dahulu untuk berada dekat denganNya. 

Sesungguhnya rindu yang paling sarat ialah rindu pada insan yang sudah pergi selama-lamanya.  Kerana kami akur pada ketentuan Illahi bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati makanya rindu itu kami simpan dan tanam nun jauh di lubuk hati yang paling dalam dan hanya akan dibisikkan di dalam doa kami semua. 

Semoga roh Allahyarham Toknan ditempatkan dikalangan para Ambiya dan Syuhada. Al-Fatihah. Amin Yarabal Alamin.  

Kami rindu Toknan! 

-HB- 

#KamekSayangSarawakBah!'
Sep 7 ·  · Anak iban,tapi ba luar mayuh org ngumbai mua baka melayu😆
'"Only in Sarawak"

Bila ayah kita berbangsa Melanau dan ibu kita berbangsa Iban maka jadilah ia "Melaban". Anda pula bagaimana? Sila pilih satu dibawah. Yang tiada dalam senarai sila nyatakan diruangan komen.

1. Melayu + Iban - Melaban/Yuban
2. Melayu + Bidayuh - Melayuh
3. Melayu + Melanau - Yunau
4. Melayu + Cina - Mena
5. Melayu + Kayan - Meyan
6. Melanau + Iban - Melaban
7. Melanau + Cina - Meci
8. Iban + Bidayuh - Banyuh
9. Iban + Melanau - Banau
10. Cina + Iban - Ciban
11. Cina + Bidayuh - Ciyuh
12. Cina + Melanau - Cinau
13. Cina + Kenyah - Ciken
14. Kenyah + Iban - Keban
15. Kenyah + Bidayuh - Kenyuh
16. Kenyah + Melanau --» Kenau
17. Lun Bawang + Lun Daleh - Lunleh
18. Lun Bawang + Penan - Lunan
19. Lun Bawang + Melayu - Lunyu
20. Lun Bawang + Iban - Lunban

#InilahSarawak
#SarawakItuUnik
#KamekSayangSarawakBah'
Loading more results...