Jayavarman II

Ketika meneliti sumber-sumber Kelantan dan Champa,saya terbaca tentang Jayavarman II yang memiliki sejumlah 'bodyguard' yang terdiri daripada hulubalang-hulubalang Melayu!

Mulanya saya fikir,darimana sumber yang mengatakan begitu?Namun kemudiannya saya fikir ini boleh diterima sebab Malay city-states seperti Tambralinga memang punya hubungan sejarah dengan kaum-kaum Mon-Khmer apatah lagi dengan Funan dan Chenla.

Kemudian,hasil dari perbincangan saya dengan Suzuki Takashi,profesor dari Universiti Kobe (penulis The History of Srivijaya) minggu lepas,mendedahkan bahawa Jayavarman II bukanlah anak raja Khmer yang memberontak tetapi gabenor Melayu yang diarahkan memerintah Kemboja selepas peristiwa yang dicatatkan dalam "Muruj adh-dhahab wa ma'adin al-jawahir" oleh sejarahwan Arab era Abbasiah,Masoudi kira-kira pada 947 Masehi (peristiwa itu berlaku sebelum itu).

Srivijaya telah menyerang Chenla yang menduduki Chaiya (kini di wilayah Surathani,Thailand),menewaskan dan berjaya membunuh rajanya serta menguasai Sungai Mekong,kemudiannya mengarahkan komander tentera laut dalam ekpedisi itu untuk mentadbir Chenla (Kemboja) bagi pihak Kedatuan Srivijaya.

Komander itu adalah Jayavarman II!

Jayavarman II kemudiannya melantik dirinya sebagai 'maharaja' bagi seluruh Chenla Darat dan Chenla Laut dan mengasaskan Empayar Angkor.

Ini tercatat dalam satu prasasti di Sdok Kok Thom.

Sebab itu dalam wat-wat tertentu di Thailand memaparkan sebahagian Ubosoth yang memiliki keris,sebagai perlambangan hulubalang-hulubalang Melayu semasa era Angkor.Sejarah Melayu 'tersembunyi' dalam begitu banyak 'puzzle' dalam budaya Thailand dan Khmer.Stupa pada puncak Wat Arun adalah senibina 'prang' Khmer pada Angkor Wat,yang berasal dari senibina Srivijaya,seperti yang kita lihat di Chaiya dan candi-candi era Sailendra di Jawa.

Bayangkan,pengasas Angkor adalah laksamana Melayu.Sampai ke tahap ini,kita tidak akan merasa aneh lagi mengapa Suryavarman I,Jayaviravarman dan Udayadityavarman I dimana masing-masing adalah anak-anak raja Melayu boleh berperang sesama sendiri merebut takhta Angkor pada abad ke-11 Masehi,lama sebelum Permaisura membuka 'seaport' antarabangsanya di Melaka.

~Srikandi
The Secretkeeper of Ketomala dan Sriwijayamala Dynasty

No photo description available.