Kenapa Tidak guna WINDOWS

dipetik dari laman: htttp://http://hardyw3b.wordpress.com/

Merujuk kepada soalan diwang yang tanya apa kelebihan OshiriX SPE..

( cerita ini dari sudut pandangan seorang pengguna Linux Desktop )

Susah juga nak jawab soalan budak diwang nih, ok aku dah bagi jawapan kat dia dalam komen dan juga Facebook. Salah satunya kerana adanya tok guru. Dulu masa zaman mula mula aku blajar linux hanya melalui buku. Sorang kawan cadangkan kat aku supaya blajar Slackware, aku pun try la install slackware 7.0[ kalau tak silap time tu] dengan berpandukan buku manual yang aku photostat. Masa tu tak de guru. Walaupun berjaya up terminal, tapi aku tak berjaya aktifkan X window…stakat blajar command linux . ok lah.

aku frust sbb tak de orang nak ajar aku pasal Linux, jadi aku tinggalkan, tumpu pada teknikal komputer dan tahun 2004, aku mula berjinak jinak dengan Redhat9. blajar dengan budak budak Kustem [ Juke, Putragreen, jemi Spanar, Pian, zuwan- diaorang di ajar oleh En Ariffin]. Time tu, lepak kat putera.com, Fedora core 1 kuar, time nih redhat9 dah pecah jadi Redhat ENterprise ngan Fedora Communiti. Sumber rujukan utama masa tu, Terunasuci [ guru linux redhat base] . Kira banyak gak lah yang dia ajar walaupun dia jarang ada kat forum. Yang paling aku ingat, blajar compile kernel Fedora. Aku rasa masih lagi simpan nota tu kot.

Oshiri,[ guru linux debian base] datang.bantu newbie cam aku, blank, ciku, fryshadow, enno, lon3sa tar,tuah,lagi sape ekk lupa la. , kitaorg diperkenalkan dengan Livecd. Masa tu,kalau sebut Livecd, yang glamer Knoppix. tapi Oshiri guna yang satu lagi Kanotix. kira-kira adik kepada Knoppix la.Masa tu aku buta kayu, bila Oshiri sebut pasal Kanotix boleh bubuh chetcode . aku gelak, macam game pulak siap ada cheetcode. Rupanya apa yang dia kata tu betul.

Hari tak sentiasa cerah, forum putera.com bahagian Linux terjejas sedikit kerana ketidak sefahaman antara dua orang guru linux..RPM base dan DEB base. Jadi, oshiri, ciku,enno dan blank mula menubuhkan komuniti sendiri, dengan menggunakan hosting percuma pada mulanya.Pasal masa tu, ciku sedang menuntut ilmu linux secara terbalik daripada oshiri. [ maksud terbalik di sini, ciku belajar linux level master dulu dan kemudian baru ke level newbie- tak ke pelik tu] , Jadi mereka memerlukan tempat untuk perbincangan dan nota. Aku masih lagi terpingga pingga .. sehingga diaorang tarik aku ke komuniti tersebut,ramai juga budak putera.com yang join komuniti baru nih, antaranya ech a.k.a ganux yang tak sefahaman di bahagian network.

Dah lima tahun maaa. dari putera.com, dari domain mambang.blabla.com. hingga ke mambang.org [ terima kasih lon3star.. sponsor hosting dan domain ] dan sekarang mambang.org.my [terima kasih padli, sponsor domain, hosting tong pitis skit sorang], kitaorang dah ada livecd sendiri. Homemade Linux. hehehe. Madaing Malaysia.

aku dah guna Redhat9, fedora 1 hingga 5, kanotix, slax, oshirix, ubuntu, damnsmall linux..

Lupa nak cakap, tengok gambar kat bawah tu,itu tengah run sebis apache ngan mysql tu , Windows 7 leh guna ram paling minimum tak ? TinyXp, aku tau la memang boleh run under 100MB ram first startup..
screenshot_001

Sekarang mambang.org.my digerakkan oleh mereka yang berdedikasi tinggi walaupun dalam keadaan low profile. laman tersebut telah pun menerima hampir 900 user berdaftar.. dan aku harap ia akan berkesinambungan sampai bila bila.

Di mambang.org.my, kami adalah rakyat berbilang distro..tak kisah kau nak guna apa pun. waima pengguna Windows pun bole daftar dan aju kan permasalahan mereka untuk sama-sama kita selesaikan..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: