VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Februari 2014 / 3 Rabiul Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/04/2006

Biarlah Rahsia kisah cinta Siti Nurhaliza


SITI NURHALIZA.


Hari ini album terbaru penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza yang berjudul Transkripsi berada di pasaran. Akhirnya Siti mengubat kerinduan para peminat yang sentiasa dahagakan alunan vokal lunaknya setelah dua tahun dia tidak muncul dengan album baru.

Apa yang menarik, lagu Biarlah Rahsia yang terkandung dalam album itu sudah mula memikat halwa telinga para peminat Siti kerana sering disiarkan beberapa stesen radio tempatan.

Ramai yang tertanya-tanya tentang mesej lirik lagu itu tatkala perasaan mereka dibuai kelunakan irama lagu itu.

Lagu Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslow dan liriknya nukilan Siti sendiri menggambarkan kisah percintaan pasangan kekasih yang terhalang.

“Fahami lirik lagu itu kalau nak tahu tentang kisah percintaan Siti,” kata Siti secara terbuka selepas persembahan Minggu Setiausaha Hotel Quality di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kenyataan Siti itu menarik perhatian ramai peminatnya yang memang teruja mahu mengetahui kisah cinta Siti yang tengah hangat diperkatakan.

Apa yang pasti, lirik lagu itu seolah-olah ditujukan kepada seseorang atau mungkin lebih daripada seorang yang tidak merestui percintaannya.

Luahan hati Siti dapat dihayati pada rangkap pertama yang menggambarkan rasa terkilannya terhadap seseorang yang tidak pernah memahami perasaannya.

Seterusnya, dia berharap pihak yang menghalang percintaannya itu dapat seketika berada di tempatnya untuk memahami apa yang dilaluinya.

Takkan tugumu kebal

Tiada pertimbangan

Bait-bait lirik di atas jelas mencerminkan rayuan Siti yang mengharapkan pertimbangan pihak tertentu yang menghalang cintanya.

Andai kau jujur memahami

Tiadaku menjauhi

Bait-bait lirik itu seolah-olah menggambarkan hati Siti yang merajuk kerana seseorang tidak memahami percintaannya.

Semakin aku hidup dalam cinta

Tiada kuasa mampu menghalangnya

Hentikan kata-kata

Bertulangkan dusta

Rangkap lirik di atas juga menarik untuk diinterpretasikan. Siti seolah-olah sudah nekad dengan pilihannya dan tiada siapa yang mampu menghalang cinta agungnya itu.

Keseluruhannya, lirik Biarlah Rahsia banyak menyembunyikan rahsia yang tersirat dalam hati Siti. Siapakah yang dimaksudkan Siti sebagai tidak merestui percintaannya? Apakah dia mungkin orang yang terdekat dalam hidupnya?

Atau lirik itu mungkin strategi Siti untuk menarik perhatian peminat terhadap album terbarunya.

Transkripsi yang bermodalkan RM100,000 bukan sebarangan album. Ia begitu bererti bagi Siti kerana ia adalah album pertama terbitan syarikatnya sendiri, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Kata Siti, album itu bagaikan kelahiran semulanya di persada seni tanah air setelah 10 tahun bersama Suria Record (SRC).

Album Transkripsi mengandungi 13 lagu yang menampilkan komposer-komposer hebat di Malaysia dan Indonesia. Antaranya Aubrey Suwito, Yassin, Cat Ruffedge, Damien V.E, Erwin Gutawa, Glenn, Tengku Shafik selain Siti sendiri dan Melly Goeslow.

Antara lagu-lagu lain yang terdapat dalam album itu ialah Intrig Cinta, Bisakah, Hati Berbisik dan Destinasi Cinta dan Siti Situ Sana Sini.

BIARLAH RAHSIAN

Lagu: Melly Goeslow

Lirik: Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika

Berada di tempatku

Membayangkan pahit manis berlalu

Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan

Berdepan dengan kata yang menyesakkan

Takkan tugumu kebal

Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan

Kepayahan jiwa meluahkan

Andai kau jujur memahami

Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang

Menambahkan berat yang memandang

Lantas kupendam

Kuputuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta

Tiada kuasa mampu menghalangnya

Hentikan kata-kata

Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika

Berada di tempatku

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:51
Maghrib 7:28
Isyak 8:39
 
 



IKLAN@UTUSAN




Jom chat dengan SABHI SADDI

BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.