Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
LAYAT SABAH PINOSOOU AU ODUUNG DO GUGUMAGA |  26,000 Kad Ceria pinotikid kuminaa mogiigizon Labuan |  Kosuulon sipoot kiguno posotolon kumaa susumikul |  Padau’ monginginsada ginuno tapanazan momboom sada tinaan do APMM Kota Kinabalu |  26,000 Kad Ceria diedar kepada penduduk Labuan |  Weston bakal miliki bangunan Sekolah Agama Negeri baharu |  Sabah ambil langkah berjaga-jaga dalam hubungan dagang dengan Filipina |  Banyakkan amal ibadat di bulan Ramadan: Rahim |  Penerbitan lagu bantu promosi, kembangkan bahasa ibunda Murut |  APMM Kota Kinabalu tahan bot nelayan disyaki bom ikan |  Pejalan kaki maut dilanggar ketika melintas jalan |  Rubber market to trade cautiously |  With Geely, Proton can achieve economies of scale |  4WD catches fire at Taman Indah Jaya |  Woman killed after 4WD driven by son goes out of control, crashes | 
 BM

Unit khas polis ESSZONE akan terima RPG baru

240517-lead-9b
ALBUM KENANGAN ... Muhammad Sabtu bergambar kenangan bersama peserta latihan pengendalian RPG di Lapang Sasar Tinagat.

24th May, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Senjata Rocket Propelled Grenade (RPG) versi terbaharu akan dibekalkan kepada anggota unit khas pasukan polis di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai menguatkan pasukan di darat dan perairan kawasan itu.

Pengarah keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Dato Sri Muhammad Sabtu Osman berkata anggota unit Khas di ESSZONE akan menjadi kumpulan pertama dibekalkan senjata RPG terbaharu dari Bulgaria itu.

Menurutnya, pada masa kini usaha melatih anggota sebagai pendedahan menyesuaikan diri dengan senjata itu sedang dilakukan oleh jurulatih dari Unit Komando 69.

“Setakat ini saya tak perlu sebut berapa jumlah RPG yang kita ada sekarang, tapi kita akan buat penempatan dan agihan kepada anggota unit Khas di ESSZONE dan kalau tak cukup kita akan buat pembelian lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pengendalian RPG di Lapang Sasar Tinagat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, dekat sini, kelmarin.

Katanya, senjata RPG itu sememangnya digunakan dalam peperangan dan amat penting dibekalkan dan ditempatkan di ESSZONE sebagai langkah menguatkan pasukan bagi menjaga keselamatan negara.

“Buat sementara ini kita belum buat pembekalan kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) dan unit lain tapi kita juga akan beri tumpuan kepada unit Tiger Platun,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sabtu memberitahu tiada kumpulan bersenjata melakukan pencerobohan terbaru di Sabah termasuk ke kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu, seperti dilaporkan pada 14 Mei lalu.

Menurutnya, selepas siasatan terperinci dan pemeriksaan di lokasi dimaksudkan, pasukan keselamatan tidak menemui sebarang tanda pencerobohan kumpulan bersenjata.

“Dakwaan itu hanyalah maklumat sebelum disahkan dan selepas siasatan dan pemeriksaan di lapangan, tiada kumpulan atau musuh yang dimaksudkan menceroboh ke negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai penambahan anggota di kawasan berisiko, beliau berkata ianya bergantung kepada maklumat yang diterima dari semasa ke semasa.

“Pada masa kini, tahap keselamatan di Sabah terutama di kawasan ESSZONE berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Hadir sama, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

   
Email Print
   
 
 
E-browse