Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,006 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 109,115 kes (78.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 11 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,232 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 138,224 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 28,554 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,226 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,769 kes adalah warganegara Malaysia (79.5 peratus) dan 457 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 557 kes (25.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 404 kes (72.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 396 kes (17.7 peratus) dan Sabah sebanyak 374 kes (16.8 peratus).

Sebanyak 194 kes (8.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), dan Kluster Pagar Siput (5 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 187 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 555 kes (0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur  (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
552121697SelangorPerempuan (WN)56Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
553126619SelangorLelaki (WN)54Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemmia, dan jantung
554134204SelangorPerempuan (WN)47Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
555133961SabahLelaki (BWN)50Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 11 Januari 2021, terdapat sebanyak 594 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 336 kluster, termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kemang, Kluster Taman Bunga, Kluster Damar Laut, dan Kluster Tapak Bina Awan Baru. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 258 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 68 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Teratai (83 kes), dan Kluster Beringin (48 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KELULI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Segamat di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MEDAN IDAMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya yang terletak di Medan Idaman. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JELITA

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122769) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Melaka. Nama kluster merujuk kepada tempat tinggal sementara kes indeks yang terletak di Taman Jelita, Miri. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG RENOK

Kluster ini melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115045) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Renok Baru, Gua Musang. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG GETING

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125400) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Pulau Pinang. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti  di mana kes-kes dikesan iaitu Kampung Geting, Tumpat. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LUMUT BARAT

Kluster ini melibatkan sebuah kem di daerah Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114928) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUBANG BUJUK

Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian agama yang terletak di Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131085) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KEJAYA

Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125428) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI 11 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai negeri-negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selaras dengan langkah proaktif kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia. Diharapkan segala usaha yang dijalankan oleh semua pihak akan dapat menjadi “circuit breaker” dan memutuskan rantaian jangkitan serta penularan COVID-19 di dalam negara kita ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Januari 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH37441,040
SELANGOR557 (1)40,284
WP KUALA LUMPUR204 (2)16,173
JOHOR396 (2)10,319
NEGERI SEMBILAN1029,109
PULAU PINANG1125,057
PERAK513,738
KEDAH403,591
WP LABUAN81,806
PAHANG 461,655
MELAKA371,620
SARAWAK153 (1)1,428
KELANTAN951,393
TERENGGANU41525
WP PUTRAJAYA13420
PERLIS366
JUMLAH KESELURUHAN2,232 (6)138,224

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,232 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 557 kes 
    • 121 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara;
    • 152 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 396 kes
    • 237 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Keluli;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 374 kes 
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 239 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 204 kes  
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Medan Idaman;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 153 kes
    • 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelita;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara
    • 78 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 112 kes 
    • 48 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 102 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 95 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Renok dan Kluster Kampung Geting;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 51 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lumut Barat;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 46 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  41 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kubang Bujuk dan Kluster Kejaya;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 40 kes
    • 11 kes daripada kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 37 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.